Saturday, January 21, 2012

Resepi Puding Caramel yang tidak muak...

Assalam all,
Harini Malaysia cuti panjang sempena sambutan Chinese New Year (4 hari full off..). Seronoklah bagi yang sedang bekerja, tapi bagi saya sama saja..ha..ha..ha..

Okesla, harini saya try buat puding caramel yang kalau kita makan sure tak muak. Sebab saya tak letak telor, hanya gantikan dengan serbuk agar-agar dan susu cair saja. Tak perlu letak telor seperti yang kita selalu buat tu..

Saya sebenarnya tengah terkasima dengan google Ad sense saya ni...dulu memang saya ada akaun tu tapi sekarang dh tak boleh guna, saya resubmit pada Google Ad sense tapi diaorng balas email saya bgtau website saya tak guna language yang diaorg support..WTH???saya tak fahamla...rasanya dah banyak kali saya betulkan language tu tapi masih sama juga..ehmmm, entahla..

Ops, sorry, tadi nak bagi resepi kan??Ok, ni resepi yang saya cilok2 sikit dalam internet..

Check it out...

Bahan untuk Caramel
1. Gula dalam 2 senduk (3/4 cawan).
2. 3 sudu air masak

Cara Masak
1. Panaskan kuali, then masukkan gula tu dan kacau sehingga ia menjadi gula hangus.
2. Lepas tu bila ia sudah mencair, sila masukkan pula air tu (kena perlahan sebab ia akan percik2 - nanti kena muka pulak..hehehe..)
3. Lepas tu tuang dalam bekas yang kita nak buat la (pilihlah yang plastik dan ada corak2 bagi nampak cantekk sikit kan..hehehe)
4. Lepas tu biarkan sejuk sekejap. Buat pulak pudingnya.

Bahan untuk puding
Bahan-bahannya..
Bahan A
1. Serbuk agar-agar (spt dalam gambar tu..hehe) - cari yang ada tanda CLEAR okes?
2. Gula dalam 1 senduk la
3. Air dalam 4 cawan

Bahan B

1. Tepung Kastard dalam 2 sudu besar
2. Susu cair dalam 1 tin
3. Perasa vanilla dalam 1 sudu kecil

Cara Masak

1. Gaul rata semua Bahan B dulu dalam 1 bekas sebab tepung kastard tu akan berketul2 kalau kita kacau terus dalam periuk.
2. Panaskan pula periuk dan masak pula Bahan A. Dah agak2 mendidih tu kecilkan api then masukkan pula Bahan B yang kita dah kacau dalam bekas yang berasingan tadi. 
3. Kacau2 sehingga nampak pekat dan likat sedikit (dalam 3 minit saja..).
4. Dah siap, masukkan dalam bekas yang kita dah letak caramel tadi. Hati2 ye sebab panas..
5. Lepas tu sejukkan sekejap then barulah boleh dimasukkan dalam peti ais. Jangan masukkan panas2 tu, rosak pulak peti ais tu karang.
6. Tunggulah lebih kurang 4 - 5 jam, sampai dia sejuk sikit then, bolehlah dipotong2 untuk dimakan..hahahhaa..

Believe me, tak muak sebab takde telor, rasanya sangat yummy, macam cotton..hehehe..

Ni dia puding caramel saya..sila la menjamu mata...

Setelah keluar dari peti ais..yummy..
Sebelum dipotong..
Wah..macam cake..sedapnya...

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

No comments:

Post a Comment

Dugaan PhD di bumi UK

Assalam reader, Sudah 2 tahun 2 bulan saya di bumi UK. Alhamdulillah, banyak dugaan pahit dan manis yang saya tempuhi sepanjang menjala...