Saturday, January 07, 2012

Berjalanlah di bumi Allah ini..

Assalam all,
Orang kata...kita hanya mampu merancang, tetapi perancangan Allah lebih baik dan teliti. Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengasih. Justeru, janganlah kita berasa sedih dengan apa jua perancangan yang telah Allah laksanakan untuk kita sekarang mahupun akan datang. Kata orang juga, kalau kita redha itu namanya ikhlas dan jika sebaliknya adalah pasrah (wah, macam lirik dalam cerita Ombak Rindu - dialog antara Mila dan Izzah ketika di pondok usang di tepi sawah padi..)..So, what its mean??

As for me, memang banyak perancangan yang kita atur dan rancangkan tetapi jika tidak mendapat persetujuan dari Allah SWT, belum tentu lagi akan bernilai untuk kita. Saya dah melalui pelbagai insiden yang mana saya dan hubby merancang sesuatu tetapi tidak terjadi, tetapi sebaliknya dan kadang2 kami realize memang perancangan Allah SWT itu amat2 teliti. Memang benar dan sebenar2nya..Ia seolah seperti kata-kata berikut:

Jika kita sedang berada dalam cuaca yang baik, tiba2 datang guruh dan kilat serta hujan yang lebat, janganlah kita berasa sedih dan pilu. Bila habis semua guruh dan kilat serta hujan, percayalah akan datangnya pelangi yang akan menyinari petang kita. Ini bukan saja kata2 tetapi memang benar2 berlaku. jika kita saksikan sendiri penciptaan Allah SWT, lihatlah apa akan terjadi selepas guruh dan kilat serta hujan, waktu petang tu mesti ada pelangi kan??So, jangan risau, tempuhilah semua itu kerana Allah tidak akan memberi cubaan dan dugaan melampaui dari kemampuan hambaNya sendiri..
Pelangi..datanglah menghiasi hari2 kami...

Nah., sekarang benar kan??Allah adalah Perancang yang Teramat Baik. Setiap yang dijadikan olehNya ada makna tersirat dan tersurat. Sebab tu kita kena percaya Rukun Iman. 
Saya dan suami merancang pelbagai rancangan untuk 2-3 tahun ini tetapi jika Allah SWT tidak mengizinkan, tiada usaha atau daya kami untuk melawan takdir Allah. Kami terima seadanya apa jua yang telah ditentukan olehNya. Semoga ada pelangi petang yang akan menyinari hari2 kami..Insya Allah..

Nukilan abadi, 

Fyad Yasir 12'

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

No comments:

Post a Comment

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...