Thursday, June 19, 2014

Cabaran ke arah pengajian PhD...

Assalam rakan-rakan yang saya sanjungi,

very soon...can't wait!!!

Lagi seminggu kita akan bakal menerima kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Tak sabar rasanya nak mula berpuasa bersama keluarga tercinta sementalah saya berpuasa di bumi Nihon tahun lepas. Berpuasa dalam keadaan keseorangan tak sama dengan keadaan dimana kita ditemani keluarga dan saudara-mara. Alhamdulillah, masih diberi nafas oleh Allah untuk terus berada di muka buminya ini, menyaksikan kehadiran bulan yang penuh beerti ini.

Saya agak busy lately - maklumlah, perjalanan PhD saya semakin hampir. Suami pula sibuk dengan beberapa projek besar yang sedang di usahakan, so kami berdua sangat busy sampaikan kadang-kadang bertegur sapa melalui whatsapp je. Itulah hakikatnya, nak sama-sama kejar mencari peluang menambah keberuntungan dalam hidup, kenalah banyak berkorban dan bersabar - tapi yang pastinya sentiasa buat dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT, InshaAllah.

Okey, nak story pasal cabaran saya ke arah pengajian PhD saya:

1. Sudah mendapat tawaran bersyarat dari MARA - tapi belum siap sepenuhnya sebab masa saya apply online haritu, saya letak negara Australia, tapi disebabkan beberapa faktor, saya beralih ke UK. So, banyaklah sikit benda yang saya kena betulkan. Banyak pilihan University tapi masih lagi dalam usaha memilih yang terbaik.
2. MARA meletakkan beberapa tarikh tertentu untuk kita menghantar segala dokumen untuk dijadikan sebagai tawaran tanpa syarat - so dah boleh dapat Financial Affidavit la masa ni. MARA sponsored semua termasuklah fees, elaun sara hidup, buku etc. (banyak juga). Yang pastinya, tarikh tawaran MARA ni sehingga pengajian April 2015.
3. Saya sedang tukar sedikit research proposal saya sebab tak jadi ke Australia, so kena tukar research ikut SV yang kat UK pula. Itu yang jadi terbeban sedikit. Requirement UK tak sama macam requirement di Australia.
4. Bulan ogos, saya akan ambil IELTS di PJ/KL. Harap saya results boleh achieved 7.0.
5. Bulan Oktober target hantar semua borang pada MARA.
6. If tiada aral, bulan Januari dah boleh ke UK untuk memulakan sessi pembelajaran di sana.
7. Oh yea, dalam bulan nov to dec, saya akan settlekan semua document termasuk visa keluarga (kena buat TB test), translate semua sijil (nikah etc.).
8. One more, pergi kursus BTN (wajib utk semua student MARA).

Phewww...banyaknya check of list??.

Kita hanya merancang, tapi Allah jualah yang menentukan. Sebagai hambaNya, kenalah kita merancang, selebihnya serahlah pada Allah yang Maha Mengetahui. Selalunya perancangan dari Allah adalah yang terbaik.

Okey, entry sambung kemudian, saya nak sambung study pasal research PhD saya.

Till meet again, xoxo!!

UK, tunggu aku datang!!!!

harap dapat menjejakkan kaki disini - InshaAllah

Regards, Dr to be - Intan

Dugaan PhD di bumi UK

Assalam reader, Sudah 2 tahun 2 bulan saya di bumi UK. Alhamdulillah, banyak dugaan pahit dan manis yang saya tempuhi sepanjang menjala...