Wednesday, November 30, 2016

Perjuangan di bumi UK

Assalam and good day to all my readers,

Lamanya tidak update di blog. Tuntutan tugas sebagai seorang pelajar PhD memang agak busy. Banyak perkara perlu disettlekan. Juga, saya tak sempat nk fikir apa nak ditulis di blog even sebenarnya banyak idea nak tulis. Salah satunya tentang vacation la. Tapi, memang tak sempat, maaflah pada semua reader (ada ke yang nak baca?).

Whitby Town 


Alhamdulillah, perjalanan PhD saya di bumi UK ni berjalan lancar. Memanglah ada dugaan sana sini tapi semuanya InshaAllah dapat dihadapi dengan bantuan Allah SWT. Hanya pada Allah la tempat saya mengadu kalau ada masalah. 

Tahun lepas, banyak dugaan yang saya hadapi; Mak kesayangan saya meninggal sebulan sebelum saya defense proposal (Mak meninggal 20/10/2015), jari kaki (toe) patah dan saya tidak dapat berjalan hampir 3 minggu. Masa mula-mula sampai, laptop rosak (Macbook), dan banyak lagilah. Dugaan saya masa tahun pertama ni memang sentiasa bersangkut paut dengan kesihatan.

Tahun lepas juga saya dapat meluangkan masa bercuti ke bahagian selatan UK, perjalanan bermula dari Hull - Liverpool - Birmingham - Bath - Kent - Oxford - Hull. Kami bercuti selama 7 hari, driving ke sana. Kat sini kalau nak jimat, kena duduk di hotel yang budget macam Travelodge, Premier Inn or Holiday Inn. Rata-rata rate hotel2 ni harga berbaloi. Cuma, kalau Travelodge, some places charge parking, some free of charge. Tapi wireless sure kena bayar, GBP3/day. Premier Inn kalau booking awal, sometimes harga dia murah, sama dengan Holiday Inn. So, kalau nak bercuti ke UK, kena pandailah booking in advanced, jangan buat last minutes.

Malaysian Community in Hull

Tahun lepas juga saya ke Scotland dengan kawan saya dari Hull. Drive dari Hull, ke Dundee, ambil masa lebih kurang 7 jam juga. Tahun ni ada impian nk ke sana lagi, nanti baru saya share perjalanan ya. Yang tahun lepas dah lupa ceritanya. Haha..

Yorkshire Moors Railway - my most fav place in Yorkshire

Tahun ni, dapatlah merasa menjejakkan kaki ke bumi Switzerland. Cantiknya Switzerland ni hanya Allah yang Maha mengetahui. Kalau nak tengok snow yang cantik dipergunungan, memang kena ke Switzerland ni. Saya juga dapat menjejakkan kaki ke Oslo, Norway. Negara scandinavian ni memanglah cantik dan MAHAL. Kena sediakan banyak duit kalau nak ke negara2 cantik ni ya. Nanti kalau kami berjaya menjelajah negara2 scandinavian ni, bolehlah saya update ke blog. Tapi, saya bukanlah 'budget traveller' sebab pada saya kalau terlalu budget pun, baik jangan keluar bercuti. Kalau kita nak bercuti tu, kena pandailah spend duit, masa dan tenaga. Kalau nak berkira, jangan keluar bercuti ya.

Rasanya itu sajalah celoteh saya. Penat nak baca,...haha!

Nanti nak share 'How to improve your English'

Regards, Dr to be - Intan

Dugaan PhD di bumi UK

Assalam reader, Sudah 2 tahun 2 bulan saya di bumi UK. Alhamdulillah, banyak dugaan pahit dan manis yang saya tempuhi sepanjang menjala...