Monday, December 17, 2012

Tak tidur la saya!

Assalam all,

Bila kali terakhir anda tak tidur langsung?

Saya?

Dulu masa ambil 1st degree, memang selalu saya tak tidur malam. Bukan sebab apa, sebab selalu belajar last minute - lepas tu mengelabah la bila nak amik exam..hehe..itula saya masa belajar di UTM Skudai dulu-dulu!

Ini perkara biasa pada saya..tertidur di depan lappy!

Now, semenjak saya mengambil keputusan untuk belajar di peringkat Master, saya terpaksa mengubah jadual waktu tidur saya!Masa awal-awal dulu saya banyak tidak tidur sebab banyak masa menyiapkan Post Module Assignment (PMA) dan sekarang, saya sibuk dengan thesis pulak! Aduh, pening kepala dibuatnya. Banyak juga masa saya dihabiskan dengan mengadap komputer! stress jugak, tapi selalu saya release kan dengan keluar berjalan-jalan dengan hubby and my beauty dotter tu..

And, now onward, saya lagi bertambah stree sebab research proposal kena di 'viva' kan pada awal Januari 2013..OMG!!! saya sangat stress..tapi, kena jugak hayun la, what to do? If not, tak graduate la saya sebab tak siap thesis. Bertambah pening sebabs saya mengambil double degree..hahaha..pandai sangat la kan? Nak buat research 2X just for MEBM and MBA..yup, i will get double master degree. Tapi, hakikatnya, saya sangat tired on that matter!

Orang memangla cakap, wow, you buat double degree??mantap seyyy..mantap ke? Dah naik berbulu kepala saya ni dok mengadap journal yang berlambak nak dibaca, sintesis, comment etc. Banyak benda kena buat untuk di ambil sebagai data collection, itu, ini...fuhh, baru saya tahu, betapa payahnya nak buat research! Saya sangat mengagumi orang-orang dalam bidang akademik yang sering buat research, tabik spring..toing..toing...

Menuntut ilmu itu wajib!

Even macam mana pun, i have to run through all this! No matter how, no matter where to start!

Dalam hati ini, 

"Ilmu Allah kena dicari dan dipelajari seterusnya dikongsi bersama. Kejarlah ilmu setinggi manapun tetapi jangan lupa disebarkan kepada insan-insan lain sebagai kembangnya ilmu dalam mengejar erti kehidupan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini"

Man jadda wa jadda!

From,
Fyad san!

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Wednesday, December 12, 2012

Harini..12.12.12


Assalam all,

Cantik sungguh tarikh harini..12.12.12..

Rasa saya banyak yang buat majlis spt kahwin, tunang, etc. Yelah, tarikh yang pada dasarnya nampak cantik. Tapi, hakikatnya, cantik ke?Maybe cantik bila ditulis, dilihat dan disebut tapi pada saya apa yang cantik sangat??

Pada saya yang cantik tarikh tahun ini ialah 20.12.2012. Sebab??kalau ditulis sebaris nampak spt 20122012 or dalam matematinya (2012) kuasa 2..Hehe..Yang paling best, itu adalah tarikh hari kelahiran mak saya yang ke 63 tahun..Birthday mak saya sama dengan tarikh birthday Che Det (Tun M).

Sebenarnya, saya tiada apa yang nak tulis tapi saya nak share satu blog yang dikendalikan oleh seorang pensyarah pendidikan kimia yang sangat la hebat dan terror dalam membuat/melaksanakan thesis. So, sesiapa yang sedang dalam dilema (macam saya) untuk buat thesis, silalah jengok ke blog beliau disini Dr OT ..

Dr OT wrote..

Dalam kelemahan ini, saya nak ucapkan selamat berbahagia kepada semua umat manusia yang membuat 'something' berharga di tarikh hari ini (bukan buat maksiat ye!).

Marilah sama-sama cari keredhaan Illahi. Aminn

Nukilan,
Fyad san.

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Thursday, December 06, 2012

My Dropbox...

Assalam all,

How are you?

Me??ok as usual..Sihat seadanya..Alhamdulillah.

Busy juga tapi busy-busy pun sempat juga menulis di blog..sempoi..Itulah dugaannya, disamping 'menelaah' nota-nota di internet, saya akan jadi 'gatal' nak tengok blog..arghhh, susah juga.

Sebenarnya saya nak share knowledge. Korang mesti dah tau pasal perisian baru yang sangat glamour kat luar sekarang ni selain FB, Twitter etc. Bagi yang bergelar siswazah terutama siswazah postgraduate (Master and Phd) pasti tahu pasal Dropbox. Satu perisian yang boleh dikatakan efisyen bagi menggantikan thumbdrive kita. Saya dah guna Dropbox dari tahun lepas lagi setelah di galakkan oleh research team akan perkongsian file antara kami. 

Saya dah ada 5.5GB space, hadiah dari Dropbox..yehaaa
Ha, Dropbox boleh selamatkan semua file kita dari hilang ke, rosak ke sebab semua file kita akan tersimpan dalam data Dropbox. Banyak benda boleh save. Yang bestnya, ianya synchronize dalam semua Dropbox kita as long kita daftar dengan nama user email dan password yang sama la. Semua data boleh di aksess dari mana-mana jua (janji ada internet la). So, takyah bawa pendrive lagi dah. Lagi senang student macam saya ni yang sangat-sangat takut kehilangan data thesis. Fuh, kalau hilang, boleh gilo den dibuatnya.

Masa mula-mula daftar, Dropbox hanya beri kita 2GB space tapi if kita memang meng'utilise' kan Dropbox, InsyaAllah akan dapat tambahan space dari Dropbox Team. Secara sejarahnya, mamat yang cipta Dropbox ni mendapat ilham setelah beliau selalu terlupa bawa pendrive masa nak buat thesis, so, banyak benda terbengkalai bila kita tertinggal pendrive apatah lagi semua maklumat dalam pendrive tu kan? Dulu, saya selalu mengalami masalah hilang pendrive. Ironinya, hilang sebab selalunya bila lepas print, lupa nak amik dari thumb slot kat PC, lepas tu baru teringat dan bila teringat, kirim salam nak dapat balik pendrive - sure hilang kena rembat, Malaysia kan??

So, gunakanlah seadanya apa jua kemajuan IT yang ada di dunia ni. Tapi, ingat jugak pasal security la. Jangan la simpan data yang bukan-bukan dalam file Dropbox such as gambar porno ke apa ke. Ianya boleh mengundang kebarangkalian kena macam-macam dari orang yang tidak bertanggungjawab. Jangan risau pasal security Dropbox, sebab DB menggunakan ciri keselamatan Secure Sockets Layer (SSL) dan AES-256 bit encryption yang mana tahan dari serangan hackers. 

Pada hemah saya, selaraskan kemajuan rohani seiring dengan kemajuan dunia teknologi moden tetapi jangan sampai tidak menjaga batas-batas agama.

Sekian,
Fyad san.

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Wednesday, December 05, 2012

Lirik lagu untuk diri ini...

Assalam all,

Ni entry sambungan dari entry tentang Cik Eton.

Lagu Menaruh harapan liriknya sangat puitis. Lagu ni ciptaan komposer A. Ali dan bait-bait lirik oleh Habsah Hassan. Sememangnya Habsah Hassan memang terkenal dengan bait-bait lirik yang merdu dan puitis. Lagu MENARUH HARAPAN ni dicipta sebelum berlakunya kemalangan ngeri Zaiton Sameon. Jadi, ramai yang berpendapat (masa tu) lagu ni berhantu dan macam ada kena mengena dengan kehidupan Cik Eton ketika itu.

So??

Lirik lagu ni juga ada kena mengena dengan diri saya (rasanya..) sebab bait-bait liriknya semacam ada pengaruh dalam kehidupan saya sekarang atas apa yang sudah berlaku. Mari kita hayati liriknya:


Tajuk Lagu: Menaruh Harapan
Penyanyi/Artis: Zaiton Sameon

Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui

Ku menghimpun doa bertahun
Mencari pepohon yang rimbun
Bertemu dahan yang rapuh
Tempat ku berteduh

Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap…
Dihati kecil ku menaruh harapan…

Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Ku yakin rahmat buat ku
Di hadapan menunggu…

P/S: Rasa macam nak huraikan setiap bait lirik tapi...????

Biarlah rahsia..


::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Aku dan Cik Eton...

Assalam all,

Apa khabar??

Saya tidak sihat selama seminggu berikutan terkena keracunan makanan yang agak kronik (pada saya kronik sebab saya terlantar sakit selama seminggu). Saya mengalami sakit perut (cirit-birit) yang kronik, sehari saya boleh membuang lebih dari 20 kali, sampaikan berat badan saya susut sehingga hampir 7kg. Saya tak lalu makan, dah ler pulak tu saya sedang mengalami 'period' yang sangat panjang dan maybe mengalami 'keguguran'??. Entahla, banyak pulak dugaan di saat-saat akhir saya ingin membentangkan hasil kajian saya terhadap Quality System in Food Processing. Hampir seminggu saya meninggalkan 'jurnal2' saya tu.

Tapi itu tidak menjadi masalah yang besar pada saya. Alah bisa tegal biasa - semua perlu diatasi dengan semangat yang kental dan kuat.

Saya takkan patah semangat!

Itu cerita tentang 'sakit' saya. Sebenarnya saya nak cerita berkenaan apa yang saya buat di hujung minggu kelmarin. Saya dan my family outing dengan menonton wayang. Pada mulanya nak tengok Twilight (saya kan minat cerita ni dari dulu lagi), tetapi setelah dikaji, maybe cerita ni boleh bertahan di panggung selama lebih sebln (setelah melihat keadaan cerita James Bond - dah lebih sebulan di pawagam), so kitaorang decide nak tengok cerita melayu - Sepah The Movie, Bukan Biasa-Biasa!! Biasalah, kami nak sokong industri orang Malaysia. Boleh tahan la tahap lawak yang dipersembahkan, tak rugi duit tiket yang kami beli tu. Suami saya memang minat dengan sepah, maybe sebab diaorang orang Kulai, Johor dan yang paling penting, lawak diaorang menjadi selalu.

Ok, saya bukan nak komen pasal cerita sepah. Saya nak story pasal cerita Zaiton, Ceritaku. Saya melanggan cerita ni di Astro First. Pada mulanya saya melanggan cerita Istanbul, Aku Datang (best jugak! Nama Lisa Surihani adalah Dian, sama panggilan anak saya dan dalam cerita tu Dian takut kucing, sama macam anak saya!) dan tiba-tiba hati meruntun nak tengok cerita cik eton!

Pada hemah saya, cerita Zaiton tu memang menyentuh jiwa.

Apa yang saya nak bagitahu, saya merasakan apa yang berlaku ke atas Cik Eton tu ada persamaan dengan kehidupan saya sekarang. Yang bezanya, dia ditimpa kemalangan (as dugaan) sedangkan saya ditimpa dugaan yang berbeza. Cik Eton kehilangan 'dunia kerjaya' nya selepas itu, sama seperti saya. Segalanya hilang selepas tragedi hitam itu!, sama juga seperti saya. Dunia seperti tiada hala tuju, tiada apa yang ingin dijalankan, segalanya hilang sekelip mata. Kawan-kawan yang dulu sama-sama dikala senang, semuanya 'hilang' entah kemana. Yang ada hanyalah suami sebagai tempat bergantung sepenuhnya!. Lama juga untuk cik Eton kembali bangkit semula untuk meneruskan hidup, tetapi dia sangat cekal dan kuat semangat. Dia seperti 'dihidupkan' semula oleh Allah untuk terus berjuang dalam kehidupan! Cuma, kesian cerita tu, hanya mampu meraih kutipan sebanyak RM150,000 sahaja. Itulah cerita melayu, kesian juga kan??

Saya ada terbaca artikel dalam internet yang mengatakan cik eton semasa zaman kegemilangannya, dia amat seksi, kaya dan sangat glamour. Yelah, masa dia galmour tu saya masih kecil, mana saya tahu pasal artis walaupun ketika itu saya sudah berusia 6 hingga 8 tahun macam tu. Dan lagi, cik eton ada pernah membeli sebuah banglo di area rumah Datuk Yusuf Haslam pada ketika itu. Tetapi, segalanya hilang setelah dia mengalami kemalangan tersebut. Apa yang paling sedih, dia terus kehilangan anaknya buat selama-lamanya.

Zaiton Sameon di zaman 1980-an
Zaiton Sameon now..

Satu ketika dulu...

Saya??

Yup, saya juga akan terus berjuang sehingga ke hembusan nafas yang terakhirnya. Allah telah memberi 'kehidupan' yang baru untuk saya!. Tiada lagi dunia disiplin, berpakaian seragam, 'duty' diwaktu malam, kursus ke sana ke mari etc. Saya bersyukur atas apa jua yang Allah dah beri sekarang. Apa jua yang Allah beri, semuanya cukup pada saya. Pelbagai 'koleksi' dugaan yang perlu saya hadapi - satu persatu saya hadapi dengan tenang dan tabah. Saya tidak menganggap ianya meyusahkan malahan saya bersyukur kerana Allah mengurniakan nikmat lain atas apa jua dugaan yang diberikan.

Oh yea, ada lagi persamaan saya dan cik eton, tarikh berlaku kemalangan dia adalah pada 21 feb 1990 (tarikh lahir saya 21 feb 1982) - tarikh sama kan??. Juga tarikh saya accident dua kali (21 Ogos 2011 dan 21 Ogos 2012) dan ada lagi tarikh 21 Jul (biarlah rahsia) yang semuanya kebetulan. Ye semuanya kebetulan saya tidak mengambil apa-apa makna, just kebetulan pada tarikh yang sama kan??

Jadikan pengajaran apa yang berlaku, berhati-hati dalam menjalani kehidupan supaya tidak mendapat murka Allah, murka sultan takpe lagi tapi kalau dah sampai dapat murka Allah, faham-fahamlah kan??So, saya akan cuba baiki apa jua yang telah saya lakukan di masa lalu dengan yang lebih baik masa kini. 

Hanya satu tujuan saya, jalan menuju Allah SWT.

InsyaAllah, 

Hasil nukilan rasa,
Fyad San.

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Friday, November 23, 2012

Alhamdulillah..rezeki tahun baru..

Assalam all,

Syukur padaMu ya Allah..Alhamdulillah..

Tidak tergambar dengan kata-kata. Tidak terfikir di benak fikiran.

Saya mendapat tawaran biasiswa KPT atas program Mybrain15 @ Mymaster. Walaupun saya terlewat membaca email mengenai tawaran tapi syukur, biasiswa itu memang rezeki dari Allah untuk saya. Tq Allah.. Saya ada tempoh 3 hari untuk menyelesaikan semua surat berkenaan perjanjian penjamin, medical etc. Biasalah, kalau dapat biasiswa kerajaan, macam2 kena isi..borang itu dan borang ini. Tapi takpe, alah bisa tegal biasa. Dulu masa dapat masuk UTM pun, dapat ATMA, macam2 juga kena isi.

Syukur kerana dipermudahkan Allah atas apa jua yang direncanakan. Maybe ada hikmah atas apa yg kawan saya buat pada saya-taknak bayar hutang saya!

Ini adalah langkah pertama atas seribu langkah yang akan saya perjuangkan!Man jadda wa jadda..setiap yang berusaha pasti dibantu oleh Allah. Saya sentiasa bersangka baik pada apa jua yang telah Allah beri samada dugaan mahupun nikmat.

Semoga segalanya dipermudahlan olehNya.

Regards,
Fyad san.


Thursday, November 08, 2012

I loike this song soooo much..Kunci Syurga by Muhibbain..

Assalam all,

Penatnya..arghhh..

Ye, sedang penat yang teramat sangat dengan beratus jurnal yg perlu di 'telaah', saya suka mendengar lagu dari kumpulan nasyid Muhibbain tajuk lagunya Kunci Syurga. Bait2 liriknya amat menyentuh jiwa dan suaranya amat 'special' pada saya.

Jom layan lirik lagu ni..

Korus:
La Ilaha Illallah, Muhammadur Rasullullah (SAW)
La Ilaha Illallah, Muhammadur Rasullullah (SAW) 
La Ilaha Illallah, Muhammadur Rasullullah (SAW) 
La Ilaha Illallah, Muhammadur Rasullullah (SAW) 

Tujuh tingkat ada rumah
Tiap rumah ada pintu
Tiap pintu ada kuncinya
Tahukah kunci yang utama

Dalam rumah amat indah
Indah tak bisa dibayangkan
Makin tinggi makin berharga
Paling tinggi Firdausi A'ala

[Ulang Korus 2x] 

Dari sini hingga ke sana
Ada waktu tinggi dan rendah
Jauh dekat terus usaha
Jangan putus asa rahmatNya

Jalan elok ikut Ulama'
Para ahli waris Anbiya'
Bawa panji cahaya mulia
Panji kasih sayang Baginda

Jalan pulang bukannya mudah
Musuh nafsu ajak menyerah
Maha Bijaksana Rabbuna
Beri bekal dengan Mahabbah

Mohon taufiq mohon hidayah
Agar selamat dari fitnah
Jangan pulang tanpa kunciNya
Tanpa kunci tiada makna

[Ulang Korus 2x]

Pesan saya: Jangan lupa Kunci tu, ada dalam diri kita sendiri..

Wallahualam..

????

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Monday, November 05, 2012

Aku tidak halalkan duit yg ku byr utk riba'..

Assalam semua,

Terkedu kan dgn tajuk tu?

Ye, saya tidak menghalalkan satu sen pun duit yg saya bayar atas riba yg keterlaluan dari pihak perbankan..

Interest dari pihak bank yg terlalu tinggi menyebabkan kebanyakan rakyat menderita!. Fikirkanlah wahai manusia yg bernama islam bekerja makan gaji di institusi perbankan!. Adakah anda sedar akan perkara ini?

Ye, saya amat tidak berpuas hati dgn salah satu bank di Malaysia ni yang katanya menggunakan islamic sebagai kadar rate interest tetapi sesungguhnya interest yang dikenakan sangat luar biasa, melebihi rate konvensional, lebih 21% untuk keuntungan bulanannya!..Dah macam along gamaknya tu.

Takpe, kau makan la duit seluruh rakyat Malaysia, aku takkan sekali-kali menggunakan khidmat bank kau untuk urusan kewangan aku di masa depan. Cukup sekali terkena dengan tipu helah kau wahai bank yang kononya membela nasib RAKYAT!

Aku tidak halalkan semuanya..

Tuesday, October 30, 2012

Azam untuk kurus!

Assalam semua,

Macam mana kehidupan?. Semoga terus dalam lindungan Allah hendaknya..aminn.

Sedar tak sedar,kita dah nak menginjak ke tahun baru Hijrah!. Dah tertunaikah azam dan impian tahun ni?saya?. Jgn tanya sbb saya tidak menyimpan apa-apa azam tahun ni. Ini mungkin kerana saya sedang sibuk memikirkan jalan penyelesaian terhadap masalah yang sedang saya hadapi. Allah itu maha adil dan bijaksana - segalanya berjalan dengan sempurna. Terima kasih Ya Allah.

Tetapi, harini dan start dari minggu ni saya nak memasang azam dan impian untuk kurus!. Saya rasa badan dah tersangat naik mendadak sebab itu saya rasa, saya perlu kurus!. Bukan saja untuk kelihatan langsing tapi untuk menjaga kesihatan juga. Last week saya ke Jusco untuk membelek-belek baju blouse tapi alangkah tak bestnya sebab semua baju dan seluar yang saya minat tak match dengan saya!. Sedih kan??ye, sangat sedih dan saya rasa badan saya besar sangat.

Saya tidak memilih untuk mengambil apa-apa ubat pelangsing, hanya bergantung pada diet seimbang dan senaman yang kerap!. InsyaAllah, kalau ada keazaman yang tinggi, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Saya kena kuatkan azam. Dan, step saya yang pertama adalah menghentikan pengambilan nasi, saya memilih vegetarian untuk diet saya pada minggu ini. Nak tengok macam mana perubahannya. Kalau nak kurus, kenalah kuat kan?. Lagipun, suami amat mengambil berat akan perubahan mendadak pada berat saya ni. Risau juga bila dah kerap ditegur suami.

Apapun, inilah azam dan target saya!

Semogz berjayz buat insan bernama fyad!

Sampai jumpa lagi,
Fyad-san.


Friday, October 19, 2012

Bersabar...

Assalam all,

Salam zulhijjah..

Semoga Allah membuka jalanNya dengan seluas-luasnya untuk saya mengembangkan sayap harapan saya untuk terus hidup di muka bumi Allah ini..

Labbaikallahummalabbai..

Saya memasang impian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci sbg tetamu Allah suatu hari nanti dan harapannya sebelum usia menginjak ke 40 thn..aminn..saya berdoa untuk itu..semoga dapat mengerjakan haji ke tanah suci bersama suami tersayang sebelum usia saya menginjak 40 tahun..amin, ya Allah.

Orang sabar selalunya:

1. Diuji dgn pelbagai dugaan dan cabaran-semakin tinggi kesabaran, semakin dekat kita dgn Allah. Allah akan datangkan ujian dgn pelbagai bentuk samada melalui kebendaan, kesusahan, kehilangan dan sbgnya. Semua itu utk menguji tahap kesabaran dan keimanan kita pada Allah SWT. Jika kita sering bersabar, insyaAllah, Allah janjikan dengan sesuatu yang tidak terjangkau akan akal kita utk memikirkannya.
2. Tidak cepat melenting jika diuji. Maksudnya, seseorang yg penyabar akan berishtifar apabila ditimpa masalah.
3. Bertindak mengikut iman dan akal bukannya nafsu. Ini kerana, syaitan sering memberi nasihat 'pantas' apabila seseorang ditimpa musibah or bala.

Itulah sebahagian dari pandangan dan nasihat saya untuk diri saya dan sahabat sekalian. Saya suka dengan madah berikut;

Orang yang menangis tidak akan terus menangis sekiranya tahap keimanannya tidak sempurna waima diuji dengan dugaan yang amat hebat. Sebaliknya, dia akan berhenti menangis, mengelap airmatanya dan terus bangkit menyempurnakan harinya dengan impian dan azam yang baru untuk terus berjuang.

Ini adalah madah yang diberikan oleh seorang sahabat saya menerusi emailnya. Alhamdulillah, masih ada lagi sahabat saya yang masih mengambil berat akan masalah besar yang sedang menimpa saya tika dan saat ini. Syukur ya Allah.

Tapi pepatah melayu ada berkata: kesabaran pun ada tahapnya. Jangan diduga lautan yang dalam sekiranya kail hanya panjang sejengkal.

Itu pepatah melayu lama. Ada betulnya dan ada juga sebaliknya. Tepuk dada tanya iman bagaimana kita cuba mentafsirkannya. Pada saya, memang benar, kadang kala hati terusik dengan nasihat dan kata-kata nista syaitan yang menghasut. Menasihati kita agar membalas dendam dengan apa yang berlaku. Tetapi, bak kata pepatah melayu juga, turutkan hati mati, turutkan rasa binasa. Wallahualam

Apa yang saya tahu, saya sedang bersabar dengan apa jua dugaan Allah. Saya meletakkan harapan setinggi gunung agar Allah sentiasa menitipkan hidayahNya yang berkekalan dalam hati dan sanubari saya. Semoga taubat dan amalan saya diterima olenNya. Saya juga turut meletakkan kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada Allah atas apa jua pemberianNya.

Saya juga sentiasa mendoakan semua sahabat saya mendapat nur dan hidayah Allah SWT. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang2 yang dilaknat oleh Allah.

Sampai jumpa lagi.
Fyad-san.


Thursday, October 11, 2012

Persiapan untuk ke Jepun..

Assalam all,

Alhamdulillah. Berkat kesabaran, akhirnya tercapai juga cita-cita. Saya akan menetap di Tokyo, Jepun selama setahun setengah. Dan andai diberi kekuatan oleh Allah, saya juga mungkin akan menyambung pengajian sehingga ke petingkat PhD. Syukur atas nikmat Allah ini.

So,persiapan sekarang adalah semua data collection untuk paper thesis saya. Kena siapkan seawal januari thn dpn kerana saya dijangka berangkat pada awal thn hadapan. Sekarang saya sedang berusaha keras menyediakan kelengkapan sebelum bertolak. Yang pastinya, saya ke sana seorang diri memandangkan suami belum menamatkan perkhidmatan dan anak saya masih berusia 5 tahun.

Masa keberangkatan saya ke tokyo nanti, musim disana dijangkakan sedang winter. Risau juga saya kerana saya akan pergi keseorangan. Tiada bantuan dari suami pula. Nasib ada kawan yang sudi membantu di sana. Insya Allah.

Segalanya selesai berkat doa yang tidak pernah berhenti.

Will updated again about japan. Thanks

Fyad-san.


Wednesday, October 10, 2012

Tamparan hebat...

Assalam all,

Kadang-kadang Allah turunkan hujan lebat,kita mengeluh kerana basah kuyup dek air hujan, berusaha kita untuk mencari payung ataupun tempat berlindung dari basah tadi. Kita tak henti-henti mengeluh kenapalah hujan masa kita sedang enak menikmati perjalanan yang hebat. Pelbagai kita temui ketika sedang menempuh perjalanan tadi, pokok-pokok bunga yang harum mekar, haiwan-haiwan yang comel dan awan yang berarak melindungi perjalanan kita. Tiba-tiba hujan turun membasahi kita dengan tidak semena-mena. Habis basah seluruh pakaian kita sehinggakan ada juga tercalit air takungan hujan di lopak air tepi-tepi jalan sepanjang perjalanan kita tadi. Puas kita berdoa semoga hujan ini dihentikan supaya kita boleh terus berjalan dan berjalan untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT ini. Kita mengeluh dan berasa geram serta marah akan apa yang berlaku tanpa sedikit pun rasa bersalah.

Ya, memang itulah gambaran kehidupan yang kadangkala tidak terjangkau akan akal kita untuk memikir hatta merangka apa yang akan berlaku. Tetapi, percayalah dan bersangka baiklah pada Allah. Kerana, hidup ini umpama putaran roda, adakalanya kita berada di atas, dibawah mahupun ditengah-tengah. Apabila ditimpa musibah iaitu umpama ditimpa hujan, tanpa kita sedari kadang-kadang kita terlepas kata pada Allah, terlepas bersyukur dengan nikmat Allah.

Percayalah pada Allah.

Sebenarnya Allah sedang menguji kita iaitu dengan diturunkanNya hujan. Dan sebenarnya, tanpa kita sedari selepas hujan yang lebat itu, Allah beri kita sinar pelangi yang indah dan cantik untuk kita pandang, lihat dan nikmati.

Justeru, bersangka baiklah pada Allah. Apa jua yang telah disediakan oleh Allah, terimalah dengan hati yang terbuka tanpa rasa sangsi. Allah akan beri pelbagai dugaan untuk hambaNya tempuhi sebelum didatangkanNya 'pelangi nan indah'.

Untuk itu, bersyukurlah kerana kita masih diberi oleh Allah kekuatan dan daya usaha untuk meneruskan kehidupan. Dan sesungguhnya kehidupan didunia penuh dengan pancaroba sebelum kita berjaya di akhirat kelak. Dan, hemahnya, Allah sangat sayang pada hamba-hambanya dengan menurunkan pelbagai 'koleksi dugaan' untuk menguji keimanan seseorang itu. Jika berjaya, nescaya 'pelangi nan indah' menjadi habuan. Dan ingatlah, kita patut bersedih sekiranya kita tidak diberi dugaan oleh Allah kerana sekiranya Allah tidak sayang kepada kita, nescaya dibiarkanNya sahaja kita terus alpha dan leka dengan urusan dunia yang penuh tipu muslihat ini.

Wallahualam bissawab.

Nukilan,
Fyad-san.
10 oct 12


Tuesday, October 09, 2012

Biarku bawa hati ini..

Assalam fren,

Saya sebenarnya suka menulis sajak waima masa saya dibangku sekolah menengah dulu, saya pernah menang pertandingan menulis sajak peringkat negeri (dapat no 3) dan kalau di sekolah, saya adalah seorang yang sangat aktif berkorikulum. Saya pernah menjadi pendeklamator terbaik sekolah dan sajak saya memang selalu mendapat tempat pertama di sekolah.

Itu masa di sekolah.

Sekarang?

Segalanya terkubur saja sbb komitmen belajar di university. Saya dah lama tinggalkan semua minat saya semasa di sekolah dulu.

Tapi, ni dalam masa senggang ni tertimbul pula idea nak mengarang sajak. Tapi ini bukan sajak yang saya tulis, just adaptasi dari sebuah lagu lama.

Beratnya rasa hati nak melangkah pergi
Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir
Inginku mengucapkan semoga dirimu berbahagia selalu
Tentang diriku ini terserah padaMu Tuhan menentukan

Tak perlu kau bertanya kemanaku pergi
Pandailah aku menjaga diriku ini
Sekaliku melangkah
Oh biarlah ku teruskan
Perjalanan ini walaupun sendirian
Hanya Tuhan yang tahu
Duka lara hidupku ini tak terkata
Aduhai sayang

Ku masih lagi teringat
Bicaramu yang terakhir
Peritnya hingga menikam kalbu..bisanya
Selamat tinggal sayangku
Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini

Kiranya tempian membasahi jendelamu
Itulah airmata yang jatuh dipipiku

Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu
Oh itulah rinduku yang menyebut namamu
Setelah kian lama tak jumpa..

Sajak buat RMN dan ATMA.

Meminta hanya pada Allah, memberi pada manusia...

Assalam fren of mind,

Tajuk tu ada kaitan dengan topic yg dibincangkan oleh ikim.fm semalam. Best dgn tajuk tu sbb membuatkan saya terfikir sejenak, apa itu erti bersyukur.

Ustaz menambah "rezeki secupak takkan jadi segantang".

Apa maknanya?

Ye, memang kalau diikutkan, rezeki yang secupak takkan jadi segantang. Itu kalau kita tak beruasaha, tak pernah bersyukur dengan rezeki yang sedikit, kalau banyak apatah lagi kan?. Yang saya tertarik dengan penjelasan ustaz adalah tentang pengertian rezeki. Sebelum kita nak merasa nikmat bersyukur, perkara pertama yang perlu kita fikirkan adalah apa itu pengertian rezeki?. Dalam konteks yang bagaimana kita memahami erti rezeki?

Rezeki kena dipandang luas supaya minda kita tidak terikat hanya pada satu-satu makna sahaja. Sebagai contoh, kita hanya mengerti rezeki itu adalah wang. Sedangkan sebenarnya pengertian rezeki cukup luas, antaranya rezeki isteri, suami, anak, pekerjaan, kesihatan dan sbgnya.

So, please luakan makna rezeki supaya kita dapat memahami makna dan pengertian kata-kata ustaz, "rezeki secupak takkan jadi segantang".

Wallahualam.

Fyad-san.


Sunday, October 07, 2012

Kekuatan diri dan hati...

Assalam my dear friend,

Alhamdulillah..

Semua urusan dunia yg amat memeritkan saya sudah selesai. Saya malas nk memanjangkan cerita yang pendek. Biarlah ianya tersemat dalam diari kehidupan saya untuk selama-lamanya. Biarlah ianya menjadi lipatan sejarah yang tidak mungkin diulangi kembali. Allah berhak menghukum dan sememangnya hukuman Allah adalah yang paling relevan kerana Allah itu maha pengasih dan penyayang.

Kehidupan harus diteruskan dengan berbekal iman yang semakin ingin dikuatkan dengan impian jalan menuju Allah. Semoga cerita hari ini menjadi bekal dan pedoman untuk saya serta cucu cicit waima seluruh keturunan saya untuk lebih berhati-hati dalam meniti dunia yang fana ini.

Prinsip saya hanya satu-berhati dalam memilih kawan. Kawan yang bagaimana?

Untuk itu,berkawanlah dengan seadanya. Sememangnya kawan ketawa amat mudah diperolehi terutama ketika kita senang tetapi kadang-kadang kawan ketawa ini yang menikam kita secara bertubi-tubi dari belakang tanpa kita sedari. Doa saya,moga Allah memberi hidayah untuk mereka2 yang sesat.

Tips saya-untuk menguatkan diri dan hati, bacalah:

LAHAULAWALA KUWATAILLA BILLA

Baca sebanyak yang boleh. InsyaAllah,ianya sangat mujarab. Saya mengamalkannya sejak tahun lepas dan Alhamdulillah, saya diberi oleh Allah kekuatan hati yang sangat luar biasa.

Wallahualam.

Fyad-san


Sunday, September 30, 2012

Bukakan hatinya untuk byr hutang saya, Ya Allah...

Assalam semua,

Hope enjoy the weekend.

Saya?

Enjoy juga tp enjoy dgn kelas bhs jepun sy yg tak hbs2 lagi..pandai bertutur nya pun tak menjadi juga..saya ni malas juga kadang2 tu..nak kata nyk fikir tak juga tapi apa yg saya sedang fikir adalah salah seorang kawan saya yg sangatla liat nak bayar hutang. Saya pun speechless.

Dah berkali juga saya email,sampai naik muak dan jemu nak mengirim email..kadang tidak berbalas n kebanyakkannya tak berbalas-nasib la email tu free,if not,membazir juga kan?

Hutang if baru dalam 2-3 bln tkpe,ni dah masuk 2 thn. Saya tak tau la nk cakap apa. Bila diminta,mcm2 alasan diberi. Sampai bila,saya pun tak tahu la..kita kalau meminjam,faham2 la,cpt2 la byr balik,bkn apa,kita tau ke org yg duitnya kita pinjam tu ada masalah ke, apa ke..entahla..yg pasti,hutang kena byr walau mcm mana pun.

Saya hanya berdoa pada Allah agar peminjam membayar balik hutang saya tu. If not,biarlah Allah yg menentukan.Amin

Fyad san.


Wednesday, September 26, 2012

Perjuangan yg belum selesai...

Assalam all,

Saya masih dalam dilema..

Dilema terhadap masalah yg menimpa...tiada pengakhirannya..

Satu saja doa saya, moga Allah permudahkan segalanya...

Aminnn...


Wednesday, September 19, 2012

Ya Allah..permudahkanlah...

Assalam all,

How are you today?

Me??

Alhamdulillah, still dalam lindungan Allah, even kami mengalami sedikit kemalangan jalan raya pada 21hb August yg lalu (raya ke-3). Habis remuk kereta kami dan sudah selesai masuk workshop untuk kerja-kerja pembaikan. Pada hemahnya, kami tak salah sebab kereta kami dilanggar dari hadapan oleh sebuah kereta model Proton Saga (lama) yang hilang kawalan setelah kereta yang dipandu terlanggar lopak air (cewah, macam wartawan pulak..hehe). Saya mengalami sakit dada dan bengkak (bentuk sit belt). Luka bahagian dalam tu tapi effect nya agak panjang. Sampai sekarang saya masih sakit dibahagian dada - sakit bila beresin, batuk dan angkat benda berat. Saya menganggap semua ni adalah dugaan Allah. Saya bersyukur kerana saya menjadi hambaNya yang terpilih untuk diduga. Saya yakin, Allah memberi ujian dan dugaan hanya kepada hambaNya yang disayang. Sekiranya Allah tidak sayang pada kita, tentunya Allah membiarkan saja hambaNya itu terus terjerumus ke lembah 'duniawi'..

Keputusannya, kami takkan pakai dah kereta yang dah 2X accident - bukan apa, rasa fobia juga. Kami memilih untuk membeli kereta lain yang lebih ekonomi dan pastinya hanya sebuah kerata yang dapat menggerakkan kami ke sana dan ke mari. Buat masa sekarang, tiada plan untuk membeli kereta yang 'trendy' kerana kami akan berhijrah ke luar negara selepas ini. Husband juga sedang menghabiskan sisa saki baki perkhidmatan dalam industri pertahanan.

Itu saja coretannya.

Permudahkanlah Ya Allah...

Saya sangat sibuk dengan pelbagai kerja bertangguh. Dengan thesis yang tak habis2 dalam penelitian (literature review) - itulah, sapa suaruh ambil double master kan?pandai la sangat..hehe..

Jawapan saya: dah rezeki Allah nak bagi, apa salahnya??Yang penting skrg, fukus untuk habiskan dua master saya ni dan seterusnya jalan menuju PhD dan akhirnya menggenggam segulung Doctor of Philosophy..InsyaAllah..Dr Fyad to be..

Last but not least, sedih tetapi tetap bersemangat untuk meneruskan kehidupan kerana kehidupan merupakan rahmat Allah kepada hambaNya..

Syukran Ya Allah.. 

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Tuesday, August 07, 2012

Salam Ramadhan...

Assalam teman2..

Ramadhan qareemm.

Alhamdulillah, sudah 18 hari kita berpuasa..macam mana puasa anda?tepuk dada tanyalah iman..InsyaAllah kalau hati bersih, pasti kita sedih tatkala bulan ramadhan kian menghilang.

Saya?

Oh ye, dah lama tak updated blog, rasa tak sempat je, tapi saya sempatkan jugala..sebab, menulis ni adalah minat saya, kalau tidak menulis di blog, saya akan tulis di pc, kadang2 cerita rekaan untuk novel etc.,tapi tak publish sebab rasanya karya saya tak sehebat penulis2 yg sudah sedia maklum berjaya.

Saya sudah pulang dari kota tokyo tapi hati masih tertinggal di sana..sebab apa?sebab tokyo adalah sebuah bandarbyg sangat unik di mata saya. Saya pernah ke singapura, thailand dan indonesia tapi semua negara itu tidak langsung menarik minat saya, tetapi jepun, ianya sangat mengujakan saya!InsyaAllah, saya akan ke sana pada thn hadapan untuk menggalas tanggungjawab sbg seorang student full time..risau pulak rasa.

Saya jenis open minded, tak kisah dengan keperitan hidup kerana setiap kesusahan Allah janjikan dengan pahala yg lain..anggaplah itu satu ujian yg perlu kita tempuh sbg seorang mukmin yg Allah sayang. Allah takkan uji seseorang itu kalau Allah tidak sayang kepadanya. Itulah motivasi saya sepanjang bergelar orang awam.

Seminggu selepas raya saya akan menghadiri intenational conference di melaka yang melibatkan research paper saya. InsyaAllah, saya merupakan salah seorang yang akan membentangkan tajuk research saya iaitu berkenaan kaizen approach..berdebar juga sebab ini kali pertama saya menyertai international conference. Harap saya sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Saya sangat terhutang budi pada supervisor saya di Meiji Uny, Japan kerana beliaulah, saya terpilih untuk menempatkan diri di jepun untuk urusan final sem dan writing thesis. InsyaAllah, jika diizinkan Allah, saya akan berada di jepun untuk tempoh setahun sehingga saya graduation. Tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Kalau Allah tidak benarkan, maka adalah sebenarnya perancangan Allah untuk kita yg lebih baik hendaknya.

Semoga jumpa lagi..

Fyad-san


Friday, July 06, 2012

Hoping for next year...

Assalam all dearie,

Ohayo Gozaimasu..

Here is some information from Tokyo, Japan.

http://www.japan-zone.com/japan_albums/people/people116.jpg
People of Japan...
Alhamdulillah,sudah masuk seminggu saya di bumi matahari terbit,Japan. Sangat seronok kerana perbezaan budaya yang sangat ketara disini. 

Banyak perkara yang saya belajar tentang orang Jepun;

1. Mereka sangat sayangkan masa.
2. Mereka sangat menghormati orang lain.
3. Mereka sangat bersopan-santun.
4. Negara mereka sangat bersih dan indah.

Banyak lagi sebenarnya yang saya nak listkan, tapi cukuplah setakat itu dulu. Insya Allah, jika scholarship saya bersama JASSO lulus, saya akan tinggal di Jepun selama setahun untuk menyiapkan kajian case study (Thesis MBA) saya disini. Buat masa sekarang,sedang menunggu kelulusan dari pihak JASSO. InsyaAllah, jika ada rezeki,dapat juga saya duduk dan tinggal di Jepun untuk menimba ilmu. Banyak benda yang kita boleh belajar dari Jepun. Sistem TPS (Total Production System) semestinya dari sini, banyak bab2 kualiti,datangnya dari Jepun - mereka sangat efisyen.

Sampai disini saja,to be continue..

Pray for my hoping..aminnn...

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Wednesday, June 27, 2012

Ready for Tokyo, Japan...

Assalam all,

Are u ready?

Me?

Ehmmm, ready la kot..susah nak gambarkan apa yang saya dah ready..beg?..its about 50% dah pack la..tinggal nak sumbat2 mana yang patut bawa saja. Its complete finished..InsyaAllah. Ada lebih kurang kurang dari 52 jam sebelum boarding..yup, saya akan berlepas ke Tokyo pada jumaat ini - InsyaAllah..hope kawan2 doakan perjalanan saya ini success..

Yang saya risaukan keadaan di sana. Bukan apa, sebelum menjejakkan kaki ke Meiji University, Tokyo, dah jenuh juga saya study apa yang perlu dibuat untuk thesis saya bersama Prof Feihong Jiang (my SV), kalut ada, bersemangat tu rasanya 20% je and the rest saya banyak gemuruh. Yelah, ini first time in my life mengambil Course dari luar negara. Sebelum ni di Malaysia saja, even my MEBM pun dari UTM, and now my MBA comes from Japan..Speechless juga la..but, in my mind, Syukur Alhamdulillah..

MEBM is completely finished and now running another MBA. Fuh, penatnya nak study, nak tulis research paper lagi, berserabut rasanya kepala ni - tapi, kenalah kuatkan semangat, bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah..

Hidup ini memang penuh dengan dugaan dan cabaran dari Allah SWT. Kita kena kejar ilmu Allah seberapa banyak yg boleh. Sebab Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu kalau dia tidak berusaha untuk mengubahnya. Pada saya pelaburan ke atas pendidikan adalah sesuatu yang menguntungkan - memang tak nampak sekarang, ia akan menjadi asset di masa depan. Begitu juga pendidikan untuk anak2 - such as hantar ke kelas muzik, belajar taekwando etc, itu semua memang memerlukan wang tetapi ianya amat bernilai untuk masa depan. I strongly believe in that!

Apa yang saya mohon, moga2 Allah merahmati perjalanan saya ini. Semoga saya sentiasa dalam peliharaan Allah SWT, dikuatkan iman dan akal untuk melihat kebesaranNya..Aminn..

Sampai jumpa lagi..will updated my blog at Tokyo, Japan.

Tokyo Tourist Information. Welcome to Tokyo, Japan
di kawasan tumpuan pelancong - daerah Asasuka
Arigato.

Fyad San.

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Dugaan PhD di bumi UK

Assalam reader, Sudah 2 tahun 2 bulan saya di bumi UK. Alhamdulillah, banyak dugaan pahit dan manis yang saya tempuhi sepanjang menjala...