Thursday, September 05, 2013

Mendaki Gunung Fuji 2013: pengalaman dan tips

Assalam kalian my lovely friend of mind,

My last entry would be on 16th August which is around 4 days before climb.

So, dah hampir 3 minggu tak updated status. Really busy lately ni. Saya mendaki gunung fuji pada 20 dan 21 August 2013, 26th August till 29th, saya balik ke Malaysia untuk present a research paper di Istana Hotel for 2nd International Conference on Engineering Business Management (ICEBM) 2013. So, memang sangat penat dan agak letih. Bayangkan lepas turun gunung fuji, saya cuma ada masa 4 hari sebelum pulang ke Malaysia. Mananya sempat nak updated status di blog.

Well, Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan wishlist saya untuk mengibarkan bendera Malaysia di puncak gunung fuji telah berjaya!. Dan dalam masa yang sama, saya juga berjaya membentangkan hasil kajian saya ke atas Green Supply Chain berjaya dan success. Dan, apa yang lebih menggembirakan saya, masa conference itu, future supervisor saya untuk PhD telah mengumumkan yang dia telah menerima saya sebagai salah seorang student PhDnya untuk sessi 2014. Alhamdulillah untuk semua pemberian dari Allah SWT ini.

Syukur pada Allah yang Maha Esa, Maha Memberi dan Maha Penyayang.

Okey, sekarang nak cerita pasa pendakian saya ke Mount Fuji. Sebelum cerita, mesti kena ada prolog kan?. macam buat novel, mesti ada prolog cerita. Actually, daki gunung fuji sama macam kita membuat sesuatu perkara, buat mesti sampai ke puncak, jangan berhenti separuh jalan.

Rentetan Perjalanan Mendaki Gunung Fuji

Saya bergerak dari station Ikuta lebih kurang jam 545am (waktu Japan) kerana bus dijangkakan bertolak dari station Shinjuku kira-kira jam 0730am ke Mount Fuji. Kami tiba di station Shinjuku lebih kurang jam 0630am dan hanya ada 5-6 orang yang sedang menunggu di kawasan sekitar Subaru, Shinjuku.

Shinjuku station, tempat tunggu bus

Bus bertolak dalam jam 0740am ke Mount Fuji. Sepanjang perjalanan, kami melalui lebuh raya yang sangat mendamaikan kerana gunung fuji terletak dikawasan pergunungan yang agak sejuk (kawasan gunung berapi). Perjalanan mengambil masa 3 1/2 jam dari station Shinjuku. Kami melalui kawasan seperti fun fair yang dinamakan Fuji Q. Di Fuji Q ni terdapat roller coaster yang paling curam didunia, tengok pun memang seram sebab tinggi dan curam. Dan juga, diberitakan ada rumah hantu yang sangat lama untuk dijelajahi (lebih kurang 45mnt) dan sangat seram!. Tapi, kami hanya melaluinya, tidak singgah kerana pakej yang saya ambil ni hanya untuk pendakian.

Ni gambar snap dari dalam bus, on the way to Mount Fuji

Itulah roller coaster di Fuji Q
R n R Japan

Kami tiba di Fuji Subaru Line 5th Station pada jam 1030am dan suhu pada ketika itu sekitar 18 degree. Memang sejuk tetapi masih boleh bertahan lagi kerana sekarang tengah summer, suhu sejuk tetapi terik matahari 'meneutralkan' suasana, cewah!. Kami diletakkan dalam kumpulan atas nama Big Holiday travel dan nama guided kami adalah Junji Watarabe. Muka dia macam garang dan sangat serius orangnya, walala!
Inilah Subaru 5th station

SPDA

yeah..SPDA

Kami dikehendaki berkumpul di check point C (ditengah2 kawasan tempat menunggu di 5th station) untuk mula berjalan ke arah Izumigataki (mula pendakian). Sebelum mendaki, guided memberi taklimat ringkas mengenai tips pendakian. Saya tak amik port sebab tak berapa faham (dia ckp dalam Nihongo). Ada 2 couple mat saleh dalam team saya. Kami membeli kayu stick (tongkat) untuk pendakian dengan harga 900yen. Kalau beli stick untuk mendaki tu mahu cecah 12,000 ~ 18,000yen.

our guide---poyo!
Kami mula berjalan menuju ke Izumigataki dalam jam 1100am. Kawasannya berpasir hitam dan ada ada jalan yang ditar. Masa ni tak penat sebab tengah semangat dan jalannya pula agak mendatar. Team kami ada lebih kurang 30 orang semuanya.

Masa mula mendaki selepas Izumigataki, masih ada bukit dilindungi pokok2 hutan yang besar dan tinggi tapi selepas kami tiba di Mt Fuji Safety Guide Center, keadaan sudah bertukar. Apa yang saya lihat, semuanya kering kontang, hanya matahari dan awan yang melindungi kami. Cuaca yang terik dan batu-batu kerikil yang agak besar. Semua toilet disini kenakan charge 200yen untuk penggunaan. Pada hemah saya, memang tak boleh buang air sembarangan sebab tiada tempat berselindung pun sebab semuanya hanya batu kerikil. Memang seram dan pendakian harus diteruskan walaupun penatnya hanya Allah yang Maha Mengetahui.

masa ni boleh sengih2 lagi

Sengih lagi

Minah germany ni otw patah balik turun sebab dia kata maybe tak sempat nak turun keesokkan harinya

Saya sakit perut masa berhenti di Mt Fuji Safety Guide Center dan ini menyukarkan saya untuk berjalan laju kerana menahan perut yang sedang sakit. Team kami meninggalkan kami dan saya (juga kak Rozzeta and anaknya, Nurin) bersetuju untuk meneruskan pendakian mengikut cara kami (slow and steady!). Kami teruskan juga pendakian walaupun slow. Setiap check point agak jauh (saya anggarkan dalam 45minit pendakian) baru jumpa check point. Di check point nilah tedapatnya stem cop untuk disemadikan pada kayu stick yang dibawa dari bawah tadi dan juga yang penting, TOILET!!!. Selepas membuang, saya dapat meneruskan pendakian dengan agak laju sedikit.

keadaan track...fuh...

ni belum smpai puncak dan semangat kibarkan jalur gemilang

one of the hotel in 7th station

bila kat atas, cuba tgk bawah...seram oiii

Team kami tiba di 7th station, hotel tempat kami menginap sebelum meneruskan baki pendakian ke puncak pada jam 0230pm sedangkan kami hanya tiba lebih kurang jam 0430pm, lewat dua jam dari mereka. Hotel kami yang paling atas sekali. Untuk makluman, terdapat banyak hotel di 7th station macam Tomoe-kan, Kamaiwa-kan, Fuji Ichi-kan, Torii-so dan hotel kami namanya Toyo-kan. So, masa ni kami dah mendaki lebih kurang 2,700m.

yezza...

semangat!!

dah nak sampai 7th station

dalam hotel Toyo-kan

hotel kami, Toyo-kan

sejuk giler

yeah...

one of the couple in our team...

Saya dan kak Rozeeta membuat keputusan untuk mendaki awal dari team kami. Team kami mula mendaki pada jam 1100pm dan kami decide nak mula daki seawal jam 0800pm. Masa ni dah gelap, mendaki hanya berbekalkan head lamp. Masa ni batu kerikil sangat besar-besar dan tajam, ada juga falling rocks yang sangat bahaya. Kami teruskan juga dengan semangat yang membara.

Memang kami banyak berhenti sebab cuaca sangat sejuk dan angin memang sangat kuat masa ni. Menggigil kesejukan walaupun saya memakai winter coat masa ni. Sejuk+angin, memanglah jadi menggigil. Kesian pada Nurin, walaupun dia baru 9 tahun, tapi pada saya dia sangat kuat even ada juga dia menangis sebab terlalu sejuk, kami berikan semangat padanya.

starting point baki pendakian

ni dah sampai 8th station...sejuk...grrrr

batu kerikil tajam-tajam sepanjang pendakian

berhenti rehat

Semasa berhenti di 8th station, kalau tidak silap namanya Taishi-kan, saya kehilangan glove sebab diterbangkan oleh angin. Aduhai, tangan dah beku sebab glove yang saya bawa tu tebal dan yang tinggal hanya glove yang orang guna untuk bercucuk tanam tu..huhu, gagahkan jugalah.

Ada sesetengah pendaki akan menginap dihotel di 8th station yang pada saya sangat berbaloi. Sebab kalau kita menginap di 8th station, waktu pendakian ke puncak dapat disingkatkan (sama saja tapi mentaliti tu..). Sebab, apabila berada di 8th station, maknanya kita sudah berada diparas ketinggian 3,400m.

Kami teruskan pendakian sehinggalah ke puncak (masa ni ramai giler orang, dah macam pesta apa sebab semua pakai head lamp). So, kami tiba dipuncak sekitar jam 0445am. Semangat nak tengok sunrise konon tapi saya menggigil tak ingat masa kat atas. Suhu masa ni mencecah sekitar 3-4 degree + angin yang bertiup kencang.
yeah..kat puncak..alhamdulillah

scenery kat puncak mt fuji

tugu dipuncak...3776m...alhamdulillah

Alhamdulillah, pendakian selesai. Selepas sightseeing kat puncak, kami mula turun pada jam 0600am.

Sebenarnya boleh saja nak stay kat atas lama sikit tapi agent pakej kami ni kata, bus akan bergerak balik pada jam 1100am. So, kami kena make sure mesti sampai di 5th station sebelum jam 1100am. Benci betul dengan travel agent ni. Sebenarnya, kay puncak mount fuji tu ada satu post office dimana kita boleh membuat kiriman postcard yang akan mendapat cop 'summit of mount fuji'. Tapi disebabkan oleh travel agent ni yang sangat mementingkan diri sendiri, semua tu menjadi angan-angan saja. 

Mana sempat nak ke pejabat post, perjalanan turun dari summit mengambil masa 4 jam (normal tima) tapi disebabkan kaki saya yang dah beku dan urat tangan yang mengeras, pejalanan mengambil masa 5 jam. Aduhai, travel agent pulak ugut kami, kalau lepas jam 1100am kami takde, kami akan ditinggalkan dan kami kena balik sendiri.

Inilah track perjalanan turun...huhu

Memamg mementingkan diri sendiri betul!. Next time memang saya akan daki sendiri, tanpa menggunakan mana-mana travel agency!

Tapi, alhamdulillah, kami berjaya turun sebelum jam 1100am, sampai di 5th station lebih kurang jam 1030am. Just nice walaupun kuku saya dan macam nak tercabut semua. Semasa turun, jalannya dipenuhi dengan pasir dan batu-batu kecil. Memang licin dan saya dah jatuh terjelepok 2-3 kali. Perjalanan turun pada hemah saya lagi panjang dan memenatkan.

keadaan toilet kat gng fuji...

inilah stamp untu dicop pada kayu stick tu

Selepas bertolak dari 5th station, kami dapat mandi di onsen (macam tempat spa, ada jakuzi, hotspring). Di Jepun, mereka panggil Onsen. Di onsen, tak boleh pakai baju, so faham-fahamlah!. Tapi, saya tak buatlah!

Selepas selesai semuanya, kami bertolak pulang ke Shinjuku Station pada jam 0200pm dan tiba di Shinjuku Station pada jam 0530pm.

Pulang ke rumah dalam keadaan yang sangat letih tetapi gembira kerana misi kami berjaya!.

Alhamdulillah!

melon pan...kuih yang agak famous di mt fuji

signboard falling rock...bahaya

Tips Mendaki Gunung Fuji

1. Air minuman bawa dalam 1L dah cukup, nanti berat nak bawa naik atas. kat atas ada jual, dalam 400yen sebotol.
2. Bawa makanan pemberi tenaga (macam power bar, pisang etc.).
3. Bawa baju tebal dan baju heater - memang sejuk sangat kat atas tu.
4. Glove tebal.
5. Kasut sila pakai kasut hiking, kalau kasut sport bahaya sebab batunya licin dan tajam.
6. Bawa ubat-ubatan.
7. Bawa duit secukupnya.
8. Plastic untuk letak lebihan makanan dan minuman sebab memang takde tong sampah okey.

Okey, setakat ni, ini saja yang boleh saya kongsikan, nanti kalau ada apa-apa nak tanya, feel free to cntc me!

Regards, Dr to be - Intan

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...