Tuesday, October 30, 2012

Azam untuk kurus!

Assalam semua,

Macam mana kehidupan?. Semoga terus dalam lindungan Allah hendaknya..aminn.

Sedar tak sedar,kita dah nak menginjak ke tahun baru Hijrah!. Dah tertunaikah azam dan impian tahun ni?saya?. Jgn tanya sbb saya tidak menyimpan apa-apa azam tahun ni. Ini mungkin kerana saya sedang sibuk memikirkan jalan penyelesaian terhadap masalah yang sedang saya hadapi. Allah itu maha adil dan bijaksana - segalanya berjalan dengan sempurna. Terima kasih Ya Allah.

Tetapi, harini dan start dari minggu ni saya nak memasang azam dan impian untuk kurus!. Saya rasa badan dah tersangat naik mendadak sebab itu saya rasa, saya perlu kurus!. Bukan saja untuk kelihatan langsing tapi untuk menjaga kesihatan juga. Last week saya ke Jusco untuk membelek-belek baju blouse tapi alangkah tak bestnya sebab semua baju dan seluar yang saya minat tak match dengan saya!. Sedih kan??ye, sangat sedih dan saya rasa badan saya besar sangat.

Saya tidak memilih untuk mengambil apa-apa ubat pelangsing, hanya bergantung pada diet seimbang dan senaman yang kerap!. InsyaAllah, kalau ada keazaman yang tinggi, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Saya kena kuatkan azam. Dan, step saya yang pertama adalah menghentikan pengambilan nasi, saya memilih vegetarian untuk diet saya pada minggu ini. Nak tengok macam mana perubahannya. Kalau nak kurus, kenalah kuat kan?. Lagipun, suami amat mengambil berat akan perubahan mendadak pada berat saya ni. Risau juga bila dah kerap ditegur suami.

Apapun, inilah azam dan target saya!

Semogz berjayz buat insan bernama fyad!

Sampai jumpa lagi,
Fyad-san.


Friday, October 19, 2012

Bersabar...

Assalam all,

Salam zulhijjah..

Semoga Allah membuka jalanNya dengan seluas-luasnya untuk saya mengembangkan sayap harapan saya untuk terus hidup di muka bumi Allah ini..

Labbaikallahummalabbai..

Saya memasang impian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci sbg tetamu Allah suatu hari nanti dan harapannya sebelum usia menginjak ke 40 thn..aminn..saya berdoa untuk itu..semoga dapat mengerjakan haji ke tanah suci bersama suami tersayang sebelum usia saya menginjak 40 tahun..amin, ya Allah.

Orang sabar selalunya:

1. Diuji dgn pelbagai dugaan dan cabaran-semakin tinggi kesabaran, semakin dekat kita dgn Allah. Allah akan datangkan ujian dgn pelbagai bentuk samada melalui kebendaan, kesusahan, kehilangan dan sbgnya. Semua itu utk menguji tahap kesabaran dan keimanan kita pada Allah SWT. Jika kita sering bersabar, insyaAllah, Allah janjikan dengan sesuatu yang tidak terjangkau akan akal kita utk memikirkannya.
2. Tidak cepat melenting jika diuji. Maksudnya, seseorang yg penyabar akan berishtifar apabila ditimpa masalah.
3. Bertindak mengikut iman dan akal bukannya nafsu. Ini kerana, syaitan sering memberi nasihat 'pantas' apabila seseorang ditimpa musibah or bala.

Itulah sebahagian dari pandangan dan nasihat saya untuk diri saya dan sahabat sekalian. Saya suka dengan madah berikut;

Orang yang menangis tidak akan terus menangis sekiranya tahap keimanannya tidak sempurna waima diuji dengan dugaan yang amat hebat. Sebaliknya, dia akan berhenti menangis, mengelap airmatanya dan terus bangkit menyempurnakan harinya dengan impian dan azam yang baru untuk terus berjuang.

Ini adalah madah yang diberikan oleh seorang sahabat saya menerusi emailnya. Alhamdulillah, masih ada lagi sahabat saya yang masih mengambil berat akan masalah besar yang sedang menimpa saya tika dan saat ini. Syukur ya Allah.

Tapi pepatah melayu ada berkata: kesabaran pun ada tahapnya. Jangan diduga lautan yang dalam sekiranya kail hanya panjang sejengkal.

Itu pepatah melayu lama. Ada betulnya dan ada juga sebaliknya. Tepuk dada tanya iman bagaimana kita cuba mentafsirkannya. Pada saya, memang benar, kadang kala hati terusik dengan nasihat dan kata-kata nista syaitan yang menghasut. Menasihati kita agar membalas dendam dengan apa yang berlaku. Tetapi, bak kata pepatah melayu juga, turutkan hati mati, turutkan rasa binasa. Wallahualam

Apa yang saya tahu, saya sedang bersabar dengan apa jua dugaan Allah. Saya meletakkan harapan setinggi gunung agar Allah sentiasa menitipkan hidayahNya yang berkekalan dalam hati dan sanubari saya. Semoga taubat dan amalan saya diterima olenNya. Saya juga turut meletakkan kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada Allah atas apa jua pemberianNya.

Saya juga sentiasa mendoakan semua sahabat saya mendapat nur dan hidayah Allah SWT. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang2 yang dilaknat oleh Allah.

Sampai jumpa lagi.
Fyad-san.


Thursday, October 11, 2012

Persiapan untuk ke Jepun..

Assalam all,

Alhamdulillah. Berkat kesabaran, akhirnya tercapai juga cita-cita. Saya akan menetap di Tokyo, Jepun selama setahun setengah. Dan andai diberi kekuatan oleh Allah, saya juga mungkin akan menyambung pengajian sehingga ke petingkat PhD. Syukur atas nikmat Allah ini.

So,persiapan sekarang adalah semua data collection untuk paper thesis saya. Kena siapkan seawal januari thn dpn kerana saya dijangka berangkat pada awal thn hadapan. Sekarang saya sedang berusaha keras menyediakan kelengkapan sebelum bertolak. Yang pastinya, saya ke sana seorang diri memandangkan suami belum menamatkan perkhidmatan dan anak saya masih berusia 5 tahun.

Masa keberangkatan saya ke tokyo nanti, musim disana dijangkakan sedang winter. Risau juga saya kerana saya akan pergi keseorangan. Tiada bantuan dari suami pula. Nasib ada kawan yang sudi membantu di sana. Insya Allah.

Segalanya selesai berkat doa yang tidak pernah berhenti.

Will updated again about japan. Thanks

Fyad-san.


Wednesday, October 10, 2012

Tamparan hebat...

Assalam all,

Kadang-kadang Allah turunkan hujan lebat,kita mengeluh kerana basah kuyup dek air hujan, berusaha kita untuk mencari payung ataupun tempat berlindung dari basah tadi. Kita tak henti-henti mengeluh kenapalah hujan masa kita sedang enak menikmati perjalanan yang hebat. Pelbagai kita temui ketika sedang menempuh perjalanan tadi, pokok-pokok bunga yang harum mekar, haiwan-haiwan yang comel dan awan yang berarak melindungi perjalanan kita. Tiba-tiba hujan turun membasahi kita dengan tidak semena-mena. Habis basah seluruh pakaian kita sehinggakan ada juga tercalit air takungan hujan di lopak air tepi-tepi jalan sepanjang perjalanan kita tadi. Puas kita berdoa semoga hujan ini dihentikan supaya kita boleh terus berjalan dan berjalan untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT ini. Kita mengeluh dan berasa geram serta marah akan apa yang berlaku tanpa sedikit pun rasa bersalah.

Ya, memang itulah gambaran kehidupan yang kadangkala tidak terjangkau akan akal kita untuk memikir hatta merangka apa yang akan berlaku. Tetapi, percayalah dan bersangka baiklah pada Allah. Kerana, hidup ini umpama putaran roda, adakalanya kita berada di atas, dibawah mahupun ditengah-tengah. Apabila ditimpa musibah iaitu umpama ditimpa hujan, tanpa kita sedari kadang-kadang kita terlepas kata pada Allah, terlepas bersyukur dengan nikmat Allah.

Percayalah pada Allah.

Sebenarnya Allah sedang menguji kita iaitu dengan diturunkanNya hujan. Dan sebenarnya, tanpa kita sedari selepas hujan yang lebat itu, Allah beri kita sinar pelangi yang indah dan cantik untuk kita pandang, lihat dan nikmati.

Justeru, bersangka baiklah pada Allah. Apa jua yang telah disediakan oleh Allah, terimalah dengan hati yang terbuka tanpa rasa sangsi. Allah akan beri pelbagai dugaan untuk hambaNya tempuhi sebelum didatangkanNya 'pelangi nan indah'.

Untuk itu, bersyukurlah kerana kita masih diberi oleh Allah kekuatan dan daya usaha untuk meneruskan kehidupan. Dan sesungguhnya kehidupan didunia penuh dengan pancaroba sebelum kita berjaya di akhirat kelak. Dan, hemahnya, Allah sangat sayang pada hamba-hambanya dengan menurunkan pelbagai 'koleksi dugaan' untuk menguji keimanan seseorang itu. Jika berjaya, nescaya 'pelangi nan indah' menjadi habuan. Dan ingatlah, kita patut bersedih sekiranya kita tidak diberi dugaan oleh Allah kerana sekiranya Allah tidak sayang kepada kita, nescaya dibiarkanNya sahaja kita terus alpha dan leka dengan urusan dunia yang penuh tipu muslihat ini.

Wallahualam bissawab.

Nukilan,
Fyad-san.
10 oct 12


Tuesday, October 09, 2012

Biarku bawa hati ini..

Assalam fren,

Saya sebenarnya suka menulis sajak waima masa saya dibangku sekolah menengah dulu, saya pernah menang pertandingan menulis sajak peringkat negeri (dapat no 3) dan kalau di sekolah, saya adalah seorang yang sangat aktif berkorikulum. Saya pernah menjadi pendeklamator terbaik sekolah dan sajak saya memang selalu mendapat tempat pertama di sekolah.

Itu masa di sekolah.

Sekarang?

Segalanya terkubur saja sbb komitmen belajar di university. Saya dah lama tinggalkan semua minat saya semasa di sekolah dulu.

Tapi, ni dalam masa senggang ni tertimbul pula idea nak mengarang sajak. Tapi ini bukan sajak yang saya tulis, just adaptasi dari sebuah lagu lama.

Beratnya rasa hati nak melangkah pergi
Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir
Inginku mengucapkan semoga dirimu berbahagia selalu
Tentang diriku ini terserah padaMu Tuhan menentukan

Tak perlu kau bertanya kemanaku pergi
Pandailah aku menjaga diriku ini
Sekaliku melangkah
Oh biarlah ku teruskan
Perjalanan ini walaupun sendirian
Hanya Tuhan yang tahu
Duka lara hidupku ini tak terkata
Aduhai sayang

Ku masih lagi teringat
Bicaramu yang terakhir
Peritnya hingga menikam kalbu..bisanya
Selamat tinggal sayangku
Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini

Kiranya tempian membasahi jendelamu
Itulah airmata yang jatuh dipipiku

Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu
Oh itulah rinduku yang menyebut namamu
Setelah kian lama tak jumpa..

Sajak buat RMN dan ATMA.

Meminta hanya pada Allah, memberi pada manusia...

Assalam fren of mind,

Tajuk tu ada kaitan dengan topic yg dibincangkan oleh ikim.fm semalam. Best dgn tajuk tu sbb membuatkan saya terfikir sejenak, apa itu erti bersyukur.

Ustaz menambah "rezeki secupak takkan jadi segantang".

Apa maknanya?

Ye, memang kalau diikutkan, rezeki yang secupak takkan jadi segantang. Itu kalau kita tak beruasaha, tak pernah bersyukur dengan rezeki yang sedikit, kalau banyak apatah lagi kan?. Yang saya tertarik dengan penjelasan ustaz adalah tentang pengertian rezeki. Sebelum kita nak merasa nikmat bersyukur, perkara pertama yang perlu kita fikirkan adalah apa itu pengertian rezeki?. Dalam konteks yang bagaimana kita memahami erti rezeki?

Rezeki kena dipandang luas supaya minda kita tidak terikat hanya pada satu-satu makna sahaja. Sebagai contoh, kita hanya mengerti rezeki itu adalah wang. Sedangkan sebenarnya pengertian rezeki cukup luas, antaranya rezeki isteri, suami, anak, pekerjaan, kesihatan dan sbgnya.

So, please luakan makna rezeki supaya kita dapat memahami makna dan pengertian kata-kata ustaz, "rezeki secupak takkan jadi segantang".

Wallahualam.

Fyad-san.


Sunday, October 07, 2012

Kekuatan diri dan hati...

Assalam my dear friend,

Alhamdulillah..

Semua urusan dunia yg amat memeritkan saya sudah selesai. Saya malas nk memanjangkan cerita yang pendek. Biarlah ianya tersemat dalam diari kehidupan saya untuk selama-lamanya. Biarlah ianya menjadi lipatan sejarah yang tidak mungkin diulangi kembali. Allah berhak menghukum dan sememangnya hukuman Allah adalah yang paling relevan kerana Allah itu maha pengasih dan penyayang.

Kehidupan harus diteruskan dengan berbekal iman yang semakin ingin dikuatkan dengan impian jalan menuju Allah. Semoga cerita hari ini menjadi bekal dan pedoman untuk saya serta cucu cicit waima seluruh keturunan saya untuk lebih berhati-hati dalam meniti dunia yang fana ini.

Prinsip saya hanya satu-berhati dalam memilih kawan. Kawan yang bagaimana?

Untuk itu,berkawanlah dengan seadanya. Sememangnya kawan ketawa amat mudah diperolehi terutama ketika kita senang tetapi kadang-kadang kawan ketawa ini yang menikam kita secara bertubi-tubi dari belakang tanpa kita sedari. Doa saya,moga Allah memberi hidayah untuk mereka2 yang sesat.

Tips saya-untuk menguatkan diri dan hati, bacalah:

LAHAULAWALA KUWATAILLA BILLA

Baca sebanyak yang boleh. InsyaAllah,ianya sangat mujarab. Saya mengamalkannya sejak tahun lepas dan Alhamdulillah, saya diberi oleh Allah kekuatan hati yang sangat luar biasa.

Wallahualam.

Fyad-san


Dugaan PhD di bumi UK

Assalam reader, Sudah 2 tahun 2 bulan saya di bumi UK. Alhamdulillah, banyak dugaan pahit dan manis yang saya tempuhi sepanjang menjala...