Monday, January 26, 2015

Permohonan Visa Tier 4 General (sponsored) Student

Assalam rakan-rakan yang budiman,

Alhamdulillah, saya dah pun sampai ke stage yang terakhir - apply Visa UK Tier 4 for General Sponsored Student termasuk dependent husband and child.

Sebenarnya, kalau buat teliti betul2, InshaAllah takde masalah. Cumanya, kita ni kadang-kadang ada tersilap ke masa isi (sebab tak confident dan sbgnya). Sama macam saya, lepas je isi form, saya hantar pada agent untuk check kan untuk saya.

Untuk student sponsored macam saya - MARA so kalau bawa dependent kenalah ada prepared duit dalam akaun yang floating more than 28 days. MARA cuma cover bahagian saya je, so bahagian family kenalah usaha sendiri. Yelah, bersyukurlah sebab ada juga sponsored kan?. Lainlah kalau dapat biasiswa SLAB/SLAI dari KPT or JPA, mereka cover the whole family. Tapi pada saya even MARA cuma cover saya saja, rasanya elaun yang diberi sudah cukup memadai, kalau kita pandai budget la. Ingat tujuan asal ke UK tu untuk sebab apa?. Kalau rasa nak shopping sakan, tak dapek la den nak nolong..hehehe.

Sebenarnya, kalau tak prepared wang floating dalam akaun pun takpe sebab Malaysia ni sudah dikategorikan 'low risk country' by UKVI - so, memang tak perlu pun financial statement. Tapi, demi memenuhi/persiapan awal sekiranya visa direject semasa proses menghantarnya, so kami prepared sajalah. So, kami kena prepared 460GBP x 2 orang (husband and child) x 9 months = 8,280GBP (+- RM48,000) la. So, kena ingat, floatingkan more than 28 days.

Okay, untuk step-step permohonan visa bagi tahun 2015:

1. Buat TB test - either di Gleneglas or Life Care, boleh refer sini
2. Ambil gambar - pergilah kedai gambar dan bgtau nak buat visa UK, mostly mereka tahu kecualilah p amik kat kedai gambar di pendalaman kampung.
3. Dah dapat CAS - dari pihak university - valid 3 bulan je.
4. Dah dapat financial statement dari pihak penaja. Beza dengan financial affidavit, sebab yang isi takde maklumat lengkap tentang full budget yang pihak penaja letakkan. FA selalunya untuk admission purposely while FS is a detailed financial support letter.
5. Buat photocopy salinan degree2 kita - dari 1st degree sampailah ke master (kalau amik PhD).
6. Isi online di sini dan print.

Untuk dependent (husband/wife)
1. Follow step 1-2.
2. Buat translate sijil nikah - saya buat di Mahkamah Jalan Duta. RM30/cert. Call Cik Nora: 0127655444.
3. Buat photocopy semua sijil nikah (yang ori dan ori translate).
4. Isi online (lepas isi kita punya as 1st applicant, isi untuk 'someone else') - Tier 4 General dependent partner. - print.

Untuk Child
1. Follow step 1-2.
2. Buat translate birth certificate. Even pakai yang warna hijau (dwi-bahasa) by JPN, saya suggest buat translate sebab ada je perkataan yang still ditulis dalam bahasa melayu. Bukan apa, ini untuk memudahkan kita masa nak daftar anak bersekolah di UK nanti. 
3. Buat photocopy semua sijil2.
4. Isi online - Tier 4 General dependent Child - print.

Lepas isi online tu, kita kena click untuk appointment interview (untuk submitted semua form). Bear in mind, kalau time peak season (around bulan ogos till early oct), memang lama la nk dapat tempat untuk booking appointment tu. Alhamdulillah, saya masuk time bukan peak season, submitted visa online (lepas bayar-hari jumaat), hari isnin minggu depannya dapat tarikh untuk booking appointment. Bayaran untuk visa adalah 530USD or 310GBP or lepas convert ke RM dalam RM1900++ (bergantung pada rate harian la). Yang ruginya sebab time saya apply ni duit RM tengah jatuh merundum, so memang tinggilah nilai lepas di convert..huhu.

Semasa appointment:
1. Datanglah 30 minutes sebelum masa yang ditetapkan. Saya datang terawal 1 jam so, kena tunggu kat luar sebab memang pak guard tu akan beri masuk ngam2 untuk masa kita. VFS kat tingkat 19 ya di wisma MCA sebelah Hotel Continental. Tapi Alhamdulillah, disebabkan tak ramai orang so, mereka beri kami masuk awal dan ketiga-tiga kami masuk serentak (even masa lain2 masa booking online tu).
2. Lepas masuk kita akan di 'entertain' oleh akak kat kaunter depan tu. Dia akan check document kita satu2. Entahlah, maybe akak tu tengah 'datang bulan' agaknya, muka masam je. Saya tanya sikit dia kata 'sini bukan kaunter pertanyaan/check' - alahai, sedihnya. Tapi takpelah, still senyum je lah kami. 
3. Lepas tu masuk ke dalam satu lagi bilik untuk verify document sekali lagi. Masa ni saya tengok diaorang dah siap-siap nak masukkan semua document dan passport kita (termasuk passport2 kita yang lama).
4. Last sekali diaorang buat biometric - ada tanya sikit2 nama, tarikh lahir, no passport etc. Anak saya pun mereka tanya.
5. Diaorang akan beri resit - kena simpan molek2 ya resit ni sebab nanti nak collect visa kena guna resit ni. Normal visa diaorang proses selama 5-15 hari bekerja. Main proses di Manila.

So, kami now tengah tunggu je keputusan dari VFS Manila. Kita hanya boleh tengok samada visa kita lulus/tidak setelah kita dapat visa tu. Tiada email information dari diaorang kata visa kita reject ke or??. So, now kena berdoa dan tawakal banyak2 semoga Allah permudahkan segalanya. 

Tips:
1. Nak isi online tu memang serabut sikit, ada je yang tak faham. Tapi ikut je apa yang ada dalam CAS tu, follow through.
2. Kalau kita ada tersalah isi, boleh la mintak dibetulkan masa nak submit borang tu nanti.
3. Kalau agak-agak tak sempat nak buat (limited time, maybe dah dekat tarikh kuliah), bolehlah amik priority service, mereka charge RM580/person. Ada juga primetime etc. Saya tak buat tu semua, follow standard procedure sebab takde apa yang kami nak kejar.
4. Siap2la sign semua form visa tu - kalau tak kena sound la dgn akak kat kaunter depan tu macam kami kena..haha.
5. Sila buat salinan tarikh2 travelling kita (yang ada dalam semua passport kita) supaya senang nak isi online form tu nanti. Kalau passport dah hilang, abaikan jelah.

ginilah rupa visanya 

Itu jelah rasanya. Kalau ada apa2 pertanyaan, silalah isi diruangan komen..hehe

Regards, Dr to be - Intan

Wednesday, January 21, 2015

TB test untuk Visa Tier 4 UK

Assalam dear friend,

Penat juga dengan persiapan sebelum ke UK ni.

Semua document yang perlu dihantar ke MARA sudah diselesaikan termasuk semua document berkaitan perjanjian. Now, tengah tunggu mereka masukkan duit untuk permulaan hidup di UK nanti. Mereka akan beri:

1. 6 bulan advance sara hidup - 1,012GBP/month.
2. Elaun penempatan - 1,380GBP.
3. Elaun buku - 375GBP/year.
4. Elaun pekakas - 200GBP/year.
5. Elaun pakaian sejuk - RM1,500.

Itu sajalah yang mereka beri untuk awalan hidup di UK - Alhamdulillah. 

Tiket flight dan visa boleh la di claim di MARA London nanti.

InshaAllah, saya akan ke UK pada cuti CNY ini, sebenarnya saya perlu register pada 2nd Feb 2015 tapi disebabkan banyak hal yang tak settle, saya mohon defer 2 minggu dari pihak university. 

Urusan rumah pula sedang disediakan oleh kawan saya di sana - Alhamdulillah, semoga Allah saja yang boleh membalas jasanya.

Ok now nak cerita pasal TB Test.

Inilah bangunan Life Care - macam Hotel 5 bintang!!

Nak buat Visa UK, kena buat TB test, it's a MUST!. So, UK dah tetapkan hospital panel yang boleh melakukan TB test. Di Kuala Lumpur ni, ada 2 tempat iaitu Hospital Gleneglas dan Life Care, Bangsar. Setelah dikaji dan diselidiki, termasuk pengalaman kawan-kawan yang dah buat, mereka cadangkan buat di Life Care sebab resultsnya dapat on the spot (just tunggu dalam sejam). Kalau di Gleneglas, kena tunggu around 2-3 days.

So, document yang perlu anda bawa:
1. Passport - asal.
2. Offer Letter University - sebab ada alamat di UK yang perlu kita letakkan dalam certificate tu.

Saya ke sana jam 9pagi dan urusan semua settle dalam jam 11pagi. Mungkin sebab time ni bukan peak season kemasukan university di UK, orang tak ramai. Kosnya untuk dewasa (sebab kena buat X-Ray Chest): RM210 dan kanak-kanak (under 11years): RM175, sebab tak buat X-Ray Chest tu. Kalau takde apa-apa (maksudnya kita takde TB), hanya certificate je yg diaorang beri. However, kalau ada problem with our X-Ray, mereka akan beri salinan X-Ray tu.

So, certificate tu kena simpan molek-molek, valid selama 6bulan sahaja. Saya cadangkan dapat je cert tu, terus scan dan simpan dalam soft copy. Sebab nanti masa nak buat visa, mereka ambil yang original ni.

Staff di Life Care sangat baik dan sporting. Mereka akan guide dari A-Z, don't worry, even nak isi form pun diaorang akan pastikan kita tak silap isi. Form tu tak boleh ada kesalahan, kalau salah isi mereka beri sampai 2 kali saja, masuk form yang ke-3, mereka charge RM1/form.

Yang kenangannya - kami parking di basement, lepas tu bila nak bayar parking tiket, tak perasan machine tu hanya terima duit cukup2 untuk apa yang mereka charge. Suami masukkan RM10 sedangkan harga parking RM4, so RM6 tu burn gitu je - suami cakap, takpelah, sedekah kat mereka. Yelah, sedekah la sangat kan - dah salah sendiri..haha.

Okay, itu saja for now. Nanti saya update lagi perihal Visa pula.

Regards, Dr to be - Intan

Thursday, January 15, 2015

Percutian ke Surabaya dan Malang, Indonesia

Assalam dear friend,

Dah lama rasa nak post pasal percutian kami sekeluarga ke Indonesia masa musim cuti persekolahan 2014 yang lalu. Asyik terperuk je entry ni sebabnya gambar dari my Iphone tidak ditransfer lagi. Bukan tak boleh tulis direct dari phone tapi saya lebih selesa bercerita dan menulis dihadapan screen yang besar - senang nak check kesalahan!.

Cuti sekolah haritu kami bercuti ke Surabaya dan Malang, Indonesia (10 - 15 Dec 2014) bersama MIL dan FIL. Sebenarnya, tujuan utama nak ke rumah bekas maid saya di Surabaya then belilah tiket ke sana. Tapi, end up kami tak dapat cari alamat dia plus nombor telefon dia pun dah hilang, kami tukar planning. Memang hasrat kami nak bawa mak dan abah jalan-jalan naik kapal terbang. So, disebabkan ada rezeki lebih, kami bawalah mereka. Next pula nak plan bawa mereka ke UK, harapnya mereka sihat hendaknya.

Kami bertolak dengan pesawat AA QZ8289 pada jam 8:45 malam dan sampai di Juanda Airport dalam jam 11:10 malam (waktu Indonesia). Terus check-in hotel yang telah dibooking melalui booking.com. 










Hari pertama (Khamis) - 11 Dec 2014.
1. Pagi dalam jam 10 kami bergerak ke Malang dengan menyewa kereta (siap pemandu) dengan kos 550,000Rupiah sekali dengan minyak. Kat sini kena tanya samada kereta yang kita nak sewa tu siap ada pak supir (pemandu) dan minyak sebab kadang2 harga murah tapi minyak kena tuang sendiri.
2. Sampai Malang dalam jam 2:30 petang. Keadaan haritu hujan so memang lambat sikit plus kat sini separuh jalan je lalu highway yang balance lalu jalan biasa a.k.a kampung, memanglah macet (jammed).



3. Kami lunch di salah satu kedai famous - Rumah Cabei, Malang (ada 30 jenis cabei). Kedainya biasa saja tapi makanannya sangat sedap - fully recommended la!. 





4. Kami check in di hotel Ibis Malang. Kami book yang special sikit untuk mak dan abah rasa selesa bercuti, duduk di hotel yang awesome. 




5. Petang tu kami berehat je sebab penat long distance dari Surabaya ke Malang. 
6. Lepas solat Maghrib - kami amik taxi untuk jalan-jalan di BNS. BNS ni macam kawasan genting highland, ada banyak permainan untuk kanak2, tapi taklah segah genting. Sebenarnya boring je kat sini, haha. Kami spent masa dalam sejam je lepas tu balik semula ke hotel.





7. Sampai hotel, perut kelaparan, end up kami dinner saja di hotel.





Hari kedua (Jumaat) - 12 Dec 2014.
1. Pagi2 lagi jam 8, kami dah bergerak ke kawasan petik apple di kota batu, Malang. Kat sini kawasan tanah tinggi dan cuacanya agak nyaman, tapi takdelah sejuk sangat. Kota Batu memang famous untuk apple picking. Nak masuk ke kawasan kebun, kena bayar 20,000Rupiah/person dan kita akan dibawa ke kebun menggunakan van tut-tut. Lepas tu sampai je, boleh la petik2 apple dengan unlimited bite, haha (maksudnya, boleh mkn seberapa banyak yang kita nak dalam kebun tu) tapi bila nak bawa balik apple, kena bayar dgn kadar timbangan 30,000Rupiah/kg. Abah dan mak nak bawa balik johor, so kami beli hampir 10kg. Apple kat sini memang manis dan sangat ranum. Tak macam apple yg kita beli kat supermarket Malaysia - apple selalunya diimport dari NZ, Australia ke, rasanya masam.





















2. Setelah puas petik apple, kami turun semula ke tempat kereta sewa kami tadi (naik tut-tut la). Suami dan FIL menunaikan solat jumaat di masjid yang berhampiran. Saya, MIL and Dian membeli sedikit ole-ole yang dijual local people.
3. Pak supir bawa kami ke kedai yang banyak menjual barang-barang ole-ole khas Kota Batu. Harganya agak mahal jika dibandingkan dengan harga yang dijual di kawasan kebun apple. Tapi dikedai ni boleh suruh mereka bungkuskan apple2 kami tu ke dalam kotak. Mereka wrap cantik dan tak perlulah kami membeli beg tambahan, pakai kotak pun dah okay.
4. Kemudian, kami ke Candi Jago Tumpang - sekadar melihat kawasan candi dan membawa Dian melihat kawasan2 tapak lama. 








5. Kami makan petang di restoren warung lesehan yogyakarta. Sedap juga tapi ayam gorengnya di goreng seekor2 sekali dengan kepalanya, haha!. Scary.




6. Kami kembali ke hotel - petangnya Dian swimming di roof top hotel. Dian ni memang suka swimming, sebab tu cari hotel yang ada swimming pool.



7. Kami amik perkhidmatan massage di bilik - murah je dgn harga 50,000Rupiah/sejam.
8. Jam 12mlm, kami sudah bersiap untuk bergerak ke Gunung Bromo. Perjalanan memakan masa sekitar 4 jam, dan kami harus sampai ke kaki gunung sebelum jam 4:30pagi. 

Hari ketiga (sabtu) - 13 Dec 2014.
1. Kami tiba di kaki gunung Bromo dalam jam 4pagi. Pak supir yang membawa kami sudah siap2 tempahkan kami perkhidmatan jeep untuk naik ke puncak gunung. Kat sini, nak naik ke puncak gunung, hanya jeep yang dibenarkan kerana jalannya sangat curam dan berbukit bukau. Nak bawa jeep juga kena ada kepakaran sebab kalau tak mahir, silap2 boleh jatuh tergolek, jalannya sangat berliku2.
2. Cuaca sangat sejuk, semakin kami menghampiri puncak gunung, cuacanya semakin sejuk. Ada lebih kurang 600 buah jeep disediakan oleh pihak pelancongan Indonesia hanya untuk pelancong/local people yang nak naik ke atas dengan akdar bayaran 600,000Rupiah/Jeep. Sebuah jeep boleh memuatkan 4-5 orang. Kalau tak bawa pakaian sejuk, local people sini banyak menjual - tak perlu risau, keluar duit saja. Tapi pada saya still murah - saya sewa jaket sejuk hanya 20,000Rupiah. Beli gloves, head skop (ada tagline Bromo) untuk kenang-kenangan.
3. Setiap jalan hanya muat sebuah jeep saja - kalau lambat, kita akan dibelakang la. So, kami ketinggalan sedikit sebab ada yang sakit perut dan sebagainya. Bila sampai di kawasan berhampiran puncak, kawasan dah penuh, nak berjalan saya rasa ada lebih kurang 2KM lagi ke atas. So, takkan nak suruh mak dan abah berjalan, kesian kat mereka dengan suhu yang sejuk, plus masih gelap lagi. Sebenarnya, tujuan kami nak ke puncak gunung adalah untuk menyaksikan matahari terbit - sama seperti di gunung fuji haritu.
4. So, kalau kita tertinggal, jangan risau. Kita boleh menyewa motor!!. Mereka akan bawa kita terus ke puncak dengan kos 15,000Rupiah/person. Kami menggunakan perkhidmatan ini untuk naik dan turun ke jeep kami. Walaupun dah sampai ke puncak, kami still kena jalan, ada lebih kurang dalam 200meter dengan beberapa anak tangga untuk sampai ke puncak. Ada juag disediakan kawasan untuk solat.
5. Dapatlah Dian melihat sendiri bagaimana matahari terbit. Dari sekecil2 bulatan sehinggalah besar (waktu puncak Dhuha). Syukur Alhamdulillah. Abah dan mak juga dapat merasa teh dan jagong panas di puncak gunung bromo.





















6. Lebih kurang jam 6:30 pagi, kami turun ke jeep. Jeep membawa kami melalui kawasan yang dipanggil padang pasir oleh local people. Kami berhenti disini untuk ke puncak lahar gunung bromo. dari kawasan jeep berhenti, kami menaiki kuda dengan bayaran 150,000/person (return). Jauh juga kalau berjalan kaki ke kawasan lahar ni, saya rasa dalam 1.5KM. Kuda membawa kami sehingga ke kaki anak tangga. So, kuda tak boleh naik tangga kenalah kami menapak anank tangga setinggi 250 anak tangga untuk sampai ke puncak lahar. Letihnya jangan cakaplah tapi demi nak tengok puncak lahar yang amsih aktif, so saya gagahi jugalah. 







7. Kat sini t-shirt gunung bromo agak murah - dalam 20,000/sehelai. So, kalau nak beli ole-ole baik beli disini, lebih murah berbanding di kawasan lain (untuk ole-ole bromo la).
8. Kami bergerak turun dari kawasan kaki gunung sekitar jam 10pagi dan terus menuju ke Surabaya.
9. Dipertengahan jalan, kami singgah lunch di salah satu restoren padang. 
10. Kami ke Makam Wali Sunan Drajat - singgah untuk solat dan melawat makam.












11. Sampai di Surabaya dalam jam 8malam dan check in di hotel (lupa). Kami tertidur kepenatan kerana dari malam tadi berjalan.

Hari keempat (ahad) - 14 Dec 2014.
1. Pagi2 kami ambil kereta sewa ke kawasan shopping 'jembatan merah'. Barang-barang disini murah terutamanya telekong (jilbab). Harini fokus pada shopping sebab kami dah penat berjalan seharian sebelum ni. Tapi, kami tak shopping sangat pun sebab fokus percutian kali ni adalah untuk melihat keindahan alam. Beli sekadar untuk kenang-kenangan saja.
2. Kemudian kami ke muzium kapal selam ditengah bandar Surabaya.






3. Singgah di Masjid Sunan Ampel untuk solat dan melawat makam wali.







4. Pulang ke hotel untuk berkemas. Kami kena ke airport seawal jam 2pagi keesokkan harinya.

Hari kelima (Isnin) - 15 Dec 2014.
1. Kami tiba di airport seawal jam 3pagi tapi disebabkan suami tertinggal blazer yang baru dibelinya di pasar 'jembatan merah', taxi terpaksa berpatah balik. Perjalanan dari hotel ke airport mengambil masa 30minutes tanpa jammed. 
2. Kami dah berdebar menunggu, jam 4pagi baru suami tiba. Tapi kami harus berlari ke kawasan check in kerana ada baki masa sejam sebelum menaiki kapal terbang.





3. Nak dijadikan cerita, kami tak ingat kena bayar tax/person sebelum meninggalkan Indonesia ni. memang kami pernah ke Jakarta dan Bandung sebelum ni, tapi itu tahun 2009, mana nak ingat. Tax yang dikenakan agak tinggi, 200,000/person. Baki duit rupiah dalam beg hanya 500,000Rupiah. So, bergegas kami berpusing mencari sesiapa yang boleh menukarkan wang RM ke Rupiah. Ada la seorang hamba Allah, orang local sudi menukar wangnya tapi charge yang dikenakan memang tak berbaloi. Takpelah, waktu masih awal pagi, belum ada money changer yang buka, terpaksalah bayar mahal kat pakcik ni - kami halalkan ya. So, selepas membayar tax sebanyak 1jutaRupiah kepada Indonesia, kami berlari ke pintu gate penerbangan. 
4. Mak jatuh diatas abah semasa berjalan menaiki eskulator. Kesian kat mak dan abah. Abah mengerang kesakitan sebab tertimpa oleh mak. Keadaan jadi sedikit kelam-kabut, mujurlah takde apa-apa. Cuma abah bengkak2 sikit, nasib baik tak apa2, risau kami.
5. Kami sambung berlari, kali ni Dian pula jatuh tersungkur sebab laju sangat berlari tu. Aduh, berat juga dugaan kami pagi tu. Dari suami ketinggalan blazernya, abah dan mak jatuh dan kali ni Dian pula.
6. Finally, kami berjaya menaiki pesawat pulang ke Malaysia. Alhamdulillah.

Rumusan:
1. Nak datang Indonesia, sediakan wang taxnya - kaya kan kerajaan mereka?. Di Malaysia, takde pun kena bayar tax. Malahan, saya dah pernah duduk di Japan pun tak pernah dikenakan tax apabila keluar. 
2. Masih ramai yang memang sangat miskin di sana - berniaga dikaki lima di bandar raya.
3. Hati-hati jika berbelanja - mereka nampak kita pelancong, kalau tak pandai 'ayat' sikit, kenalah sembelih oleh mereka.
4. Try dapatkan kereta sewa yg paling murah - kalau boleh try bandingkan harga, nego la supaya mereka kurangkan harga.
5. Di kawasan Makan Sunan Drajat - ramai peminta sedekah. Kami memang takde tukaran syiling yg banyak, mereka siap sound2 kami pula, 'datang kenapa tak bawa duit untuk derma?', lawak kan?. Yg paling lawak, ada orang yg buat tukaran syiling kat situ. Niatlah menderma kerana Allah, walau apa pun modus operandi diaorang!.

Alhamdulillah, dapat juga membawa mak dan abah bercuti kali ni. Tak terbalas jasa mereka pada kita, harapnya dapat lagi membawa mereka ke Mekah dan UK, one fine day!.

Mak saya juga tidak ketinggalan - saya tak dapat bawa di bercuti sebab keadaan dirinya yang tak mengizinkan. InshaAllah, saya berhasrat ingin membawa mak ke Mekah dan UK juga walaupun berkerusi roda.

Regards, Dr to be - Intan

Dugaan PhD di bumi UK

Assalam reader, Sudah 2 tahun 2 bulan saya di bumi UK. Alhamdulillah, banyak dugaan pahit dan manis yang saya tempuhi sepanjang menjala...