Thursday, February 27, 2014

Kos hidup di Japan

Assalam semua,

Alhamdulillah, masih diberi nafas oleh Allah untuk meneruskan hidup di bumi matahari terbit ini. Umur dah menginjak ke satu anak tangga yang mana ianya memberi gambaran bahawasanya saya semakin menuju alam tua.

Banyak yang saya impikan sebelum menuju ke usia 40 tahun, itupun jika diizinkan oleh Allah SWT untuk terus bernafas. Saya dilahirkan dalam bulan february, 21. Tak banyak yang saya mohon untuk harijadi saya kali ini:

a) Daftar Ph.D
b) Pergi Umrah
c) Kuruskan badan
d) Tambah bilangan anak

Itu saja harapan dan impian saya untuk birthday shutout 2014. Semoga impian menjadi kenyataan. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah jua yang menentukan segalanya.

Balik Malaysia

Saya akan kembali ke tanah air pada akhir March setelah hampir setahun di sini. Banyak betul pengalaman pahit dan manis sepanjang saya di sini. Segala-galanya segar dalam ingatan saya. Yang paling best adalah waktu menjelajah ke beberapa tempat di Japan. Banyak lagi yang belum sempat saya teroka tetapi apakan daya, sumber masa, kewangan dan tenaga membataskan segala-galanya.

Alhamdulillah - berjaya memperoleh dua Master dalam tempoh 3 tahun 4 bln. Ianya pencapaian yang amat bermakna dalam hidup saya, ditambah lagi dengan keputusan sebagai Pelajar Terbaik MEBM. Segala-galanya ketentuan dari Allah yang Maha Esa.

Kos Hidup Di Japan
kawan-kawan saya di Ikuta

Kawasan rumah di Ikuta

Antara bilik-bilik untuk disewa di Japan

Okey, sekarang saya nak story tentang kos hidup sepanjang saya tinggal di Japan. Ini mungkin boleh jadi sebagai guide line untuk sesiapa yang sedang merancang untuk sambung belajar di Japan.

1. Sewa rumah - rata-rata di sini sewa rumah adalah bergantung pada tempat. Sebagai contoh, saya tinggal di kawasan Kanagawa-ken, Kawasaki-shi, kawasan ni agak moderate kos sara hidupnya even dalam kawasan Tokyo. Kos sewa rumah di Ikuta yang mempunyai fully furnished hanya 50,000yen, jika rumah kosong kosnya antara 35,000yen hingga 60,000yen (bergantung pada size rumah). Ada diantara tuan rumah tidak mengambil kos key money, insurance dan sebagainya dan ada juga yang mengenakan kos-kos tersembunyi ini. Dalam hal ini, kena pandai cari land lord yang terbaik. Jika di kawasan yang betul-betul di tengah-tengah bandar seperti yoyogi-uehara, shinjuku etc., sewa rumah semakin mahal. Kawan saya tinggal di kawasan berhampiran shinjuku dengan kos sewa rumah sebanyak 90,000yen/month. Ini hanya di bandar Tokyo, di kawasan-kawasan lain seperti Miyagi-sendai, Yamagata, Kyoto, etc., kosnya lebih murah. Al-maklumlah, Tokyo antara bandar termahal di dunia.

2. Bil - okey, ini memang tak boleh nak budget. Kena tengok macam mana sikap kita - maksudnya macam mana kita handle penggunaan electric, air dan gas. Untuk saya yang memang selalu menggunakan komputer, tengok tv, charge Hp etc. ni memanglah bilnya agak mahal sebulan. Bil air selalunya akan dibayar 2 bulan sekali, manakala bil yang lain-lain dibayar secara bulanan di kedai-kedai kombini seperti seven-eleven, family mart etc. Bil electric dan gas saya untuk musim summer dan autumn dalam 2,500yen - 3,000yen tapi dalam musim winter naik mendadak sehingga 5,000yen. Manakala bil air pula around 2,500yen hingga 5,000yen/2 month. Bil telefon pula bergantung pada syarikat telekomunikasi - bil saya around 5,000yen/month (soft bank). So, budget bulanan untuk bil-bil utilities ni around 20,000yen.

3. Tambang Train (Densha) - Ini perkara wajib sebab inilah kenderaan saya sepanjang di Tokyo. Train di Tokyo sangat punctual and systematic. Saya sangat mengagumi kehebatan train mereka di sini. Kemana-mana saja ada train, tanpa perlu risau. Kos train pula bergantung pada syarikat konsesi - Keio, Odakyu etc. Pada saya, subway lagi murah berbanding train biasa. Bayangkan kos train dari rumah saya ke University saya (Surugadai Campus) adalah 860yen (return). So, memang kena budget around 10,000yen sebulan kos utk transportation.

4. Makanan - Jangan risau, di sini ada banyak kedai-kedai sayur murah. Cuma kena pandai cari kedailah. Jika tak makan kat luar (i mean - masak sendiri), kos lagi jimat. Sebab makan di restoren sangat tinggi kosnya. Bayangkan nasi beriyani di yoyogi-uehara saja 1000yen sepinggan, manakala udon/soba saja dalam anggaran 600yen/bowl. Kalau masak sendiri lebih jimat kan?. Cumanya, bahan mentah di sini agak mahal (sebab orang Islam kena cari makanan HALAL - ayam, daging agak mahal). Saya budget dalam 15,000yen sebulan untuk semua bahan-bahan mentah ini.

5. Pakaian - Ini pun susah nak jangka tapi pada saya pakaian di sini sangat murah. Ada banyak street fashion di sini - Uniqlo, H&M, GU etc. Mereka selalu buat sales dan kadangkala sehelai skirt labuh harganya hanya 100yen!. So, ini sangat sensitif, kena pandai budget sendiri untuk tahan bafsu shopping!. And, di sini ada banyak Premium Outlet such as Gotenba, Mitsui Outlet etc. Memang berbaloi shopping di Premium Outlet - murah giler. Bayangkan Levis Jeans 501 yang harga lebih RM500 kat Malaysia, kat sini hanya 5000yen.

6. Sight-seeing - Ini memang tak boleh nak tolak la. Kena pandai budget juga. Saya selalu berjalan ikut pakej yang dianjurkan oleh pihak University - pakejnya agak murah sebab untuk student kan?. So far, saya dah berjalan ke Nagano, Yamagata, Miyagi-Sendai, Hokaido - Sapporo. Di kawasan Tokyo, saya dah mendaki Gunung Fuji, Kawaguchiko Lake, Fuji Q, Ketase-Enoshima (tengok tulips), Tachikawa etc. Banyak pula kalau nak tulis satu-satu.

Tapi, bear in mind, ini kos untuk seorang ye, bukan family sebab saya datang Japan berseorangan tanpa family.

Okey, itu saja yang saya nak share. Jika ada sebarang pertanyaan or anything, bolehlah contact email saya.

Till now, xoxo ~~ with love.

Regards, Dr to be - Intan

Monday, February 17, 2014

Blog bersawang ~~ Perjalanan yang panjang (PhD, Travelling etc.)

Assalam kalian rakan yang saya sayangi,

Lamanya tak updated blog. Tebal juga sawangnya, jenuh untuk saya membersihkannya.

Kami di Puroland - Hello Kitty Town, Odakyu Tama Center, Tokyo

Last Updated pada beberapa hari sebelum konvokesyen saya di UTM. Sekarang sudah masuk bulan february 2014. Phewww, lama betul.

Actually, banyak idea yang saya nak share di blog tapi selalu saja masa tidak mengizinkan. Saya sangat-sangat busy dengan final Thesis Master submission. Tak menang tangan handle everything. Haritu bulan nov-dec (sebulan), husband and anak saya datang sini bercuti. Lagilah saya takde masa nak menulis. Karya novel saya juga terhenti beberapa bulan. Semua 'terhenti' seketika.

Dian di Legoland Friends di Odaiba
Apa-apa pun, saya sentiasa positif dengan apa juga yang berlaku samada ianya demi masa depan saya sendiri, suami, anak, mak dan keluarga. Banyak perkara yang sedang bermain diminda. PhD sayalah terutamnya. Umur makin meningkat, kalau tak dimulakan dari sekarang, bila lagi?. If saya start lambat, maka lambatlah saya akan menamatkan PhD untuk bergelar seorang Doktor Falsafah.

Bulan depan saya akan balik Malaysia - back for good la! - Alhamdulillah, semua berjalan lancar, percaturan Allah untuk saya adalah yang terbaik. Saya dapat merasa semua musim - panas, sejuk, bunga, luruh and sakura. Itu adalah hadiah yang paling berharga untuk saya. 

Kami di Tachikawa - Showa Kinen Koen, melihat daun-daun luruh dimusim autumn nan indah

Bagaimana denga PhD saya?.

Ye, saya sedang dalam process nak siapkan Research Proposal. Banyak yang saya fiirkan - samada perasaan saya ataupun perasaan orang lain. PhD is not a simple thing that we can imagine like a writers writing their novels - its about fact thesis!, not an imagination at all..

Saya ke Hokkaido, Sapporo pada 8th Feb till 12th Feb (should be) tapi sebab flight stranded due to bad wheather, so, perjalanan saya jadi 12th to 15th Feb. Inilah pengembaraan saya yang paling worst dan tak best, i bet!. Boring, menyampah etc. Betullah kata sesetengan pendapat, we can describe our friends attitude when we travel together, we can find their true colors!. But, its okey, i don't mind, i have my own philosophy, so just leave it. 

Nantilah nak cerita pasal Hokkaido Journey tu, next time!.

Till now, xoxo!

Regards, Dr to be - Intan

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...