Friday, August 16, 2013

Nak Promote Filem 'Hanyut'...

Assalam kalian kawan2 yg saya sayangi,

Macam mana dah pertengahan syawal ni?..next week saya akan mendaki gunung fuji. Semoga diberi oleh Allah kekuatan untuk sampai ke puncak dan mengibarkan Jalur Gemilang!

Semalam saya ada ter'click' satu trailer filem tajuk 'Hanyut' arahan U-Wei Haji Shaari. Seperti yang kita sedia maklum, U-wei ni selalu buat filem epik, sejarah dan menarik (its for me lah!). Lepas saya tertengok trailer filem ni, saya sangsilah, macam mana pulak akan ada filem yang sehebat in sedangkan takde langsung promosi dari mana-mana pihak (i mean media etc, or maybe saya terlepas pandang).

Its not because ada Adi Putra, then saya minat cerita ni. sebenarnya, saya sangat minat background filem ni. Saya tengok satu-satu video di youtube mengenai how well U-Wei manage filem ni dari basic sekitar tahun 2010. Dia berbincang bersama pengarah dari UK, pergi ke lokasi yang kebanyakkannya di sekitar Pahang (sebab Pahang masih banyak hutan simpan). So, diaorang dirikan semua rumah2 dan istana disana (disatu kawasan). 

Kos filem ini RM18Juta okies!

Salute pada team filem ni yang bertungkus-lumus menyiapkan filem sehebat ini. Dan, disamping Adi Putra, memang pelakon2 yg membintangi filem ini adalah antara yang saya minati - Sofea Jane (memang minat sejak Filem Kekasih awal dan akhir), Diana Danelle, Bront Palare, Khalid Sidek etc. Dan, dalam masa yang sama, nak jgk tengok Adi Putra beraksi dalam genre yang lain sikit (asyik romatik je...).

Sayangnya, saya takde kat Malaysia!..kalau saya ada, saya akan belanja semua ahli keluarga untuk ke panggung menonton filem hebat ini. saya akan sokong filem yang macam ni, yang pada saya sangat hebat dan penuh impian. Kadang2 kita kena tengok filem sejarah untuk mengetahui, yang suatu masa dahulu nenek moyang kita pernah mencipta sejarah dan kita juga akan jadi sejarah masa depan!.

Okies, sinopsis filem ni lebih kurang macam ni:

"Berdasarkan novel pertama Joseph Conrad, filem epic ini bercerita tentang Almayer, seorang peniaga Belanda berjuang untuk meneruskan kehidupan di Borneo pada pertukaran abad ke-19. Dia berimpian untuk menemui gunung emas yang dianggap mitos, tetapi ditentang oleh isterinya yang licik, kerajaan penjajah, intrik politik dari pusat daerah dan pedagang Arab, dan cinta putrinya terhadap seorang pahlawan Melayu yang inginkan kebebasan"

Pelakon-pelakonnya:

  • Chria Vance - Kasper Almayer
  • Ady Putra - Dain Maroola
  • Diana Danielle - Nina
  • Bront Palarae - Sayed Rashid
  • Alex Komang - Sayed Abdullah
  • Khalid Salleh - Babalathci
  • Sofea Jane - Mem
  • Sabri Yunus - Mahmat
  • Hasnul Rahmat - Ali
  • Patrick Teoh - Jim Eng
  • Fez Yuzzrie - Anak Kapal Dain
  • Ramli Hassan - Anjang
  • Normah Damanhuri (Penampilan Istimewa)

Okey, nak tahu lebih lanjut, bolehlah click kat sini

Giler cunn cover!!
Haha...lain giler Adi Putra...
See??...sure best kan cerita ni?
My most fav actress...Sofia Jane
Diana Danelle yang cute!!
P/S: Thanks to en Google sebab saya paste dari google image sume gambar2 tu...and also, en wiki for info! And, saya saja nak promote cerita ni sebab saya nak semua tahu, tak semua filem sejarah itu ' BORING' okey!

Regards, Dr to be - Intan

Saturday, August 10, 2013

Opick ~ Rapuh...my favorite unite song...dan Salam Eid Mubarak dari Japan...

Assalam kalian,

Alhamdulillah, dah berada di Raya ke-tiga di sini - Japan!.

Raya pertama ke Kedutaan Malaysia-Japan di Shibuya. Makanlah apa yang ada, janji ada theme 'suasana hari raya' tu. Makanan yang biasa (masakan hari raya la) as ketupat segera cecah sambal kacang, rendang daging (agak masin), kari ayam, nasi rempah (tak sure), kuih-muih (maybe orang2 embassy yg buat), buah2an dan air2an..hehe..alhamdulillah, syukur dapat meraikan susana hari raya walaupun macam pergi open house rumah PM.

Solat Raya Aidilfitri 1434H

beratur...

utk kaum muslimin

inilah makanan dipagi raya - alhamdulillah

Buah2an lazat..yummy

macam picnic masing2...tp perghhh, mmg panas membahangla!

Sekarang tgh summer di Japan - so, memang panas dan sekarang juga tengah musin Hanabi a.k.a fireworks a.k.a bunga api. Di sini diadakan festival menyambut Hanabi secara besar-besaran. Mereka akan memakai pakaian tradisional diaorang (selain kimono) iaitu Yukata. So, malam ni (10th August) ada di Odaiba, saya and team akan ke sana menyaksikan petunjukan. Nanti saya upload gambar-gambar sekitar pertunjukan. Hanabi ni macam satu perayaan bagi diaorang di sini (macam kita la - Hari Raya).

Semalam dapat perkhabaran gembira - alhamdulillah!.

So, tiba-tiba sayu pulak teringatkan betapa hati ini RAPUH dalam mengingatiMu ya Allah.

Secara lantasnya teringat lagu Rapuh nyanyian Opick. Saya memang minat dengan lagu-lagu ketuhanan yang dinyayikan oleh Opick ni. So, melalui lirik lagu selalunya manusia akan berasa 'touch' dengan keadaan sebenar. Yup, memang kadang-kadang hati ini RAPUH dan sangat RAPUH, hanya doa yang tidak henti-henti pada Ilahi agar 'Hidayah' yang diberi berkekalan hingga ke saat menghembuskan nafas yang terakhir - doa yang nyatanya 'matikan aku dalam keadaan usnul kotimah Ya Allah...mati dalam keredhaan olehMu'.

Inilah lirinya - Rapuh by Opick.
(Sila dengar di Youtube - sangat menyentuh kalbu)
*kalau tak silap one of the song dlm cerita tentang Dhia

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Regards, Dr to be - Intan

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...