Sunday, January 08, 2012

Dapat jugak memiliki...

 Assalam all,

Harini Alhamdulillah, saya berjaya memperolehi dua buah novel terbitan Alaf 21 karya Anis Ayuni dan Fauziah Ashari - keduanya kini berada dalam Filem dan Drama. Filem Ombak Rindu telah diterbitkan di layar perak - filemnya for me, not bad, mayber dari 5 star, saya bagi 4 star. Untuk Gemersik Kalbu - of course sesiapa yang tengah tengok pengganti drama Tentang Dhia, drama bersiri Gemersik Kalbu - Ye, cerita itu adalah adaptasi dari novel Gemersik Kalbu yang muka diterbitkan pada tahun 2005.

Kenapa saya beli sampai dua sekali?Kenapa saya nak baca sekali lagi novel Ombak Rindu ni?Jawapan saya..Saya tak pernah jemu membaca dan terus membaca. Semua karya2 yang dihasilkan sangat2 kreatif dan terbaik. Semestinya novel2 terbitan Kumpulan karangkraf sangat2 terbaik dan teruja! Penerbit amat mementingkan kualiti. kualiti setanding dengan jalan cerita, paparan slot drama tentang masyarakat dan diolah dengan gaya bahasa yang indah dan puitis.
Dua novel yang terbaik!!

Izinkan saya untuk menghabiskan dulu karya Anis Ayuni ni kemudian baru saya komen kemudian. Apa2pun, selamat berjuang kawan2 yang masih di 'medan peperangan'..semoga terus berdiri di atas paksi 'Sedia Berkorban'

Illa Soraya - 12'

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

No comments:

Post a Comment

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...