Sunday, October 19, 2014

Cerita Ulu Yam di Liverpool yang super best!!

Assalam to all,

Saya ni memang suka summarize apa yang saya tengok, baca dan dengar. Apa yang selalu saya summarize kat blog adalah benda yang bset2 saja. Kalau tak best or tak berapa nak menarik minat, memang saya takkan cerita kat blog la.

Now dah masuk bulan oktober, debaran semakin hampir untuk saya yang bakal melanjutkan pelajaran ke UK, InshaAllah. Semuanya atas pertolongan dan restu dari Allah SWT. Banyak dugaan dan halangan untuk saya menjejakkan kaki ke bumi UK ni. Yelah, bukan senang nak senang dan bukanlah susah juga nak susah. 

Banyak orang tanya saya, apa yang akan saya buat lepas habis PhD nanti?. Dan banyak jugalah jawapan saya, kadang2 saya rasa nak balik Malaysia, menyumbang bakti sebagai pendidik di university dan adakalanya hati saya melonjak ingin menimba pengalaman bekerja di luar negara, sebagaimana yang dilakukan oleh inspire saya - Abang Nazali Noor.

Suka betul saya baca buku dia.

Ini yang saya baca. Rujukan gambar: www dot ieyra dot com

In fact, buku dia memang banyak beri motivasi untuk saya secara peribadi.

Secara jujurnya, saya memang teringin sangat belajar di UK dan merasai sendiri keseronokan belajar di ruang yang dikelilingi oleh pokok-pokok maple, snow yang memutih dan cuaca dingin yang mencengkam.

Tapi Allah dah beri peluang tu masa saya belajar di Japan tahun lepas. Memang tak pernah terfikir nak jejakkan kaki ke sana, apatah lagi atas tiket pelajar.

Man Jadda Wa Jadda - sesiapa yang berusaha, pasti Allah tunjukkan jalannya.

Sebab itu buku Ulu Yam di Liverpool ni memang menjadi pencetus semangat buat saya. Sementalah, saya ni memang suka membaca pengalaman orang-orang Malaysia yang dah 'established' kat sana. Sebelum ni hanya baca dari blog-blog je tp since abang Nazali dah tulis 'cerita sebenar' dia, tak perlulah buat rujukan di blog lagi.

Cerita yang disampaikan dalam buku sangat telus dan relevan. Dia tulis dengan penuh ikhlas dan penuh inspirasi, takde perkara yang diselindungkan. Baik dari segi perhubungan, persahabatan, pengurusan kewangan sehingga ke we love, we care.

Memang beliau sumber inspirasi saya.

P/S: Now, tengah fikir samada nak teruskan hidup di UK or balik semula ke Malaysia after graduated. Tengah dok buat planning yang relevan. 

Regards, Dr to be - Intan

Dugaan PhD di bumi UK

Assalam reader, Sudah 2 tahun 2 bulan saya di bumi UK. Alhamdulillah, banyak dugaan pahit dan manis yang saya tempuhi sepanjang menjala...