Thursday, April 27, 2017

Dugaan PhD di bumi UK

Assalam reader,

Sudah 2 tahun 2 bulan saya di bumi UK. Alhamdulillah, banyak dugaan pahit dan manis yang saya tempuhi sepanjang menjalani rutin kehidupan sebagai pelajar PhD. Adakalanya sangat pahit dan tak kurang juga manis semanis gula tebu. 

Train di Switzerland

Dian and her friends

Dalam saya berkawan disini, betullah apa yang sering diperkatakan oleh kebanyakkan orang kita yang telah menjejakkan kaki di UK ni, kita akan lebih mengenali sikap dan perangai kawan kita ketika berada di luar negara. Yelah, di sini tiada keluarga mahupun saudara mara, so hanya kitalah tempat beramah mesra dan dari situlah kita akan mengenali sikap dan perangai mereka.

Macam-macam perangai ada di sini. Ada yang memang tank bergaul dengan orang Malaysia atas alasan kalau bergaul dengan orang Malaysia, English takkan improve. So, mereka mula menjauhkan diri dari bergaul, bercampur dan menghadiri majlis yang diadakan oleh orang Malaysia. Lagi satu, ada pula yang berkata kalau sering berjumpa orang Malaysia, banyak 'ketupat' yang mereka akan anyam. Kadang nak tergelak juga dengan sikap mereka, yelah, di Malaysia, jawatan mereka semua tinggi-tinggi belaka, tapi tak pernah berpijak di bumi yang nyata. Pangkat dan jawatan yang tingig terkadang membuatkan mereka 'sombong' dengan 'dunia' mereka. Seolah-olah, kalau bergaul dengan orang 'sembarangan' akan membuatkan mereka 'jatuh standard'. Di bumi inilah saya jumpa species orang yang macam ni. 

Walau ke mana kaki melangkah, jangan pernah lupa pada agama, bangsa dan negara. Kita bangsa yang mempunyai adat ketimuran yang sangat tinggi. Disebabkan inilah kita dipandang tinggi oleh negara-negara lain. Tapi, bila kita sesama bangsa pun bermasam muka, menikam dari belakang, macam manalah bangsa kita nak maju. Tapi, bukanlah saya 'general'kan semua pada statement saya ni, ada segelintir saja. 

Perjalanan PhD ini sancta panjang, pada siapa yang pernah melaluinya. Cuma, bezanya, saya dapat merasai perjalanan PhD di luar negara, even kadang nampak sentiasa gembira, tapi hakikatnya terkadang saya tewas dengan dugaan. Macam-macam dugaan silih berganti datang menerpa. Kadang saya kuat, kadang saya lemah. 

Bulan yang lalu, saya mengalami keguguran (30/03/2017), bayi syurga saya hanya hidup setakat umur 5 minggu saja, sedangkan kalau diikutkan kandungan saya pada masa itu telah mencecah usia 9minggu. Itulah kata orang, kalau rezeki bukan milik kita, even ianya sudah berada didalam genggaman, ianya akan terlepas juga. Saya redha dengan ketentuan Allah. Semoga kita berjumpa di Syurga Allah wahai anakku sayang.

Sekian dulu coretan saya.

Next entry nak story pasal kedai-kedai murah di UK ~ stay tune!

Regards, Dr to be - Intan

Wednesday, November 30, 2016

Perjuangan di bumi UK

Assalam and good day to all my readers,

Lamanya tidak update di blog. Tuntutan tugas sebagai seorang pelajar PhD memang agak busy. Banyak perkara perlu disettlekan. Juga, saya tak sempat nk fikir apa nak ditulis di blog even sebenarnya banyak idea nak tulis. Salah satunya tentang vacation la. Tapi, memang tak sempat, maaflah pada semua reader (ada ke yang nak baca?).

Whitby Town 


Alhamdulillah, perjalanan PhD saya di bumi UK ni berjalan lancar. Memanglah ada dugaan sana sini tapi semuanya InshaAllah dapat dihadapi dengan bantuan Allah SWT. Hanya pada Allah la tempat saya mengadu kalau ada masalah. 

Tahun lepas, banyak dugaan yang saya hadapi; Mak kesayangan saya meninggal sebulan sebelum saya defense proposal (Mak meninggal 20/10/2015), jari kaki (toe) patah dan saya tidak dapat berjalan hampir 3 minggu. Masa mula-mula sampai, laptop rosak (Macbook), dan banyak lagilah. Dugaan saya masa tahun pertama ni memang sentiasa bersangkut paut dengan kesihatan.

Tahun lepas juga saya dapat meluangkan masa bercuti ke bahagian selatan UK, perjalanan bermula dari Hull - Liverpool - Birmingham - Bath - Kent - Oxford - Hull. Kami bercuti selama 7 hari, driving ke sana. Kat sini kalau nak jimat, kena duduk di hotel yang budget macam Travelodge, Premier Inn or Holiday Inn. Rata-rata rate hotel2 ni harga berbaloi. Cuma, kalau Travelodge, some places charge parking, some free of charge. Tapi wireless sure kena bayar, GBP3/day. Premier Inn kalau booking awal, sometimes harga dia murah, sama dengan Holiday Inn. So, kalau nak bercuti ke UK, kena pandailah booking in advanced, jangan buat last minutes.

Malaysian Community in Hull

Tahun lepas juga saya ke Scotland dengan kawan saya dari Hull. Drive dari Hull, ke Dundee, ambil masa lebih kurang 7 jam juga. Tahun ni ada impian nk ke sana lagi, nanti baru saya share perjalanan ya. Yang tahun lepas dah lupa ceritanya. Haha..

Yorkshire Moors Railway - my most fav place in Yorkshire

Tahun ni, dapatlah merasa menjejakkan kaki ke bumi Switzerland. Cantiknya Switzerland ni hanya Allah yang Maha mengetahui. Kalau nak tengok snow yang cantik dipergunungan, memang kena ke Switzerland ni. Saya juga dapat menjejakkan kaki ke Oslo, Norway. Negara scandinavian ni memanglah cantik dan MAHAL. Kena sediakan banyak duit kalau nak ke negara2 cantik ni ya. Nanti kalau kami berjaya menjelajah negara2 scandinavian ni, bolehlah saya update ke blog. Tapi, saya bukanlah 'budget traveller' sebab pada saya kalau terlalu budget pun, baik jangan keluar bercuti. Kalau kita nak bercuti tu, kena pandailah spend duit, masa dan tenaga. Kalau nak berkira, jangan keluar bercuti ya.

Rasanya itu sajalah celoteh saya. Penat nak baca,...haha!

Nanti nak share 'How to improve your English'

Regards, Dr to be - Intan

Thursday, February 04, 2016

Episod baru untuk Novel Kerana Cinta Memaksa

Assalam semua,

Alhamdulillah, dah masuk episod ke-5 untuk Novel sulung saya. Harapo boleh baca dan beri komen baik samada okay atau sebaliknya. Semua komen sangat saya perlukan demi meningkatkan mutu penghasilan karya saya.

Saya ni memang minat menulis dan mencari ilham melalui berangan. Bak kata Zara dalam cerita "Cinta si Wedding Planner" - berangan free, tak kena bayar pun!.

So, feel free to read.. http://keranacintamemaksa.blogspot.co.uk

Regards, Dr to be - Intan

Friday, January 29, 2016

Mari Baca Novel sulung saya

Assalam semua,

Apa khabar?

Lama tak update blog.

Harini secara rasminya saya upload karya sulung saya..ianya hanyalah satu ciptaan angan-angan, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup mahupun telah meninggal dunia.

Kalau mendapat sambutan, saya akan upload next episod.

Sebenarnya, keseluruhan novel day 90% siap, tinggal nak habiskan final chapter.

Ada lebih kurang 130,000 words, dalam size A4 ada lebih kurang 400pages.

Semua tu hanya cerita dongeng je, janganlah ambil serius.

So, kalau minat, mari terjah blog ni http://keranacintamemaksa.blogspot.co.uk

Sama-sama dapat manfaat dari cerita ni ya, InshaAllah.

Regards, Dr to be - Intan

Tuesday, June 23, 2015

Berpuasa 19jam di UK

Assalam semua,

Alhamdulillah, sudah masuk hari yang ke-6 umat Islam diseluruh dunia mengerjakan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia.

Dian with her friend, Nurin in Faley

Dian with her friends and teacher for dance club

Saya sekarang macam malas nak updated blog sebab masa agak sibuk. Kalau dah mengadap blog jawabnya tak sempat la nak tengok journal-journal yang tertangguh untuk dibaca. Ya Allah, macam-macam dugaan 2-3 bulan saya di UK. Haritu saya kena demam, batuk dan selsema yang agak teruk (sebelum puasa), la ni jari kelingking kaki saya pula yang patah dan mengambil masa 6 weeks juga untuk recover sepenuhnya. Tapi minggu ni saya dah boleh pakai kasut dan drive, saya paksakan juga pakai slow2 sebab banyak pekerjaan terbantut la bila duduk saja di rumah.

InshaAllah, kalau ada masa yang free, bolehla saya udated blog. Untuk tahun pertama as a PhD student, memang masa amat busy dengan pengukuhan literature review. Sementalah tahun pertama perlu diperkukuhkan dengan sempurna sebab ada 'defence proposal' or 'upgrade presentation' untuk menentukan research kita layak mendapat degree of philosophy, macam tulah sistem di UK ni.

Banyak benda nak updated kat blog tapi masa mencemburui..hehe

Ok, now nak sembang pasal puasa 19jam di UK.

Pada mulanya saya agak risau dan takut juga sebab rata-rata kawan-kawan di sini bagitahu puasa sangat mencabar. Yelah, puasa dalam musim panas a.k.a summer kan?, can you imagine that?.

Tapi, walaupun sekarang dah masuk musim panas tapi weather mcm autumn season. Suhu still 18-20 degree but feels like 10-12 degree, still sejuk sampai ke tulang. 

So, nak cerita buka puasa, apa yang saya buat sebab anak saya Dian yang usianya 8tahun tu turut berpuasa, so saya memang gagahla bangun sahur, masak yang sedap2 time iftar, nak bagi dia rasa happy berpuasa.

Apa yang saya buat:

1. Saya akan sediakan juadah iftar dalam jam 7-9 malam, bergantung pada tahap kesusahan penyediaan la.
2. Lepas iftar, dalam jam 10:30 malam, kami akan solat maghrib berjemaah. Then, saya akan suruh dian tidur sebab esoknya dia akan ke sekolah.
3. Saya akan solat isyak dan terawikh sendirian smpai pukul 12malam. Tapi, selalunya hari jumaat saya akan iftar di masjid university, sebab hari jumaat adalah masa penyediaan iftar untuk warga Malaysia.
4. Jam 2am saya akan bangun dan kejutkan dian untuk sahur. Biasanya dian akan makan 3-5 biji kurma plus left over masa iftar td. So, lepas sahur, dalam jam 3am kami akan solat subuh berjemaah then saya akan suruh dian tidur kembali. Then, saya akan kejut dia dalam jam 7:30am untuk bersiap ke sekolah.
5. Di sini iftar jam 9:40am then sahur jam 2am. Boleh makan sempurna pun dalam jam 9:40 till 10:40. Time sahur, memang dah tak berapa nak selera sebab baru je makan tak sampai 2 jam.

To be honest, saya rasa okay walaupun berpuasa selama 19jam. Kalau di Malaysia, even puasanya hanyalah 12jam, saya selalu rasa haus, maybe kebab factor cuaca. Di Malaysia musim sanitise tropika  a.k.a panas so memang rasa haus tu tak boleh nak dinafikan. Dan, saya rasa saya lebih menghargai masa di sini. Saya tak rasa letih atau penat yang melampau macam saya puasa di Malaysia. Masa yang terluang, ada saja saya isi dengan membaca Al-Quran (wishlist nak Qatam sebelum raya) dan membaca beberapa journal.

Alhamdulillah, Allah beri kami peluang dan kesemapatan melalui waktu berpuasa di musim summer. Tahun 2013 saya dah merasa berpuasa di musim summer di Japan, memang panas tapi saya boleh juga bertahan. Saya hanya berfikir, Allah dah letakkan diri ini di keadaan begini, pasti ada hikmahnya. 

saya dalam proses nak buat video puasa dian, nanti dah siap, saya akan upload ya!. 

Stay tune.

Selamat berpuasa semua.

Salam Ramadhan 1436H dari kami di Hull, UK.

Regards, Dr to be - Intan

Thursday, May 07, 2015

Di UK sudah...Happy me!!!

Assalam kawan2 yang dimuliakan,

Alhamdulillah.

Syukur pada Allah yang Maha Mengasihi lagi Maha Mengampuni.

Rasa macam tak percaya dan speechless sebab saya dah pun menjejakkan kaki ke UK. Impian untuk ke sini sudah lama dipendam, rasanya sejak tahun 2007, 8 tahun kemudian (2015) barulah saya berjaya menjejakkan kaki di sini tapi atas tiket pelajar PhD. Allah Maha Besar, syukur yang tidak terhingga atas apa yang diberikan olehNya.

Sorry sebab lama tak updated entry, last entry bulan February yg lalu, beberapa hari sebelum ke UK. Saya bukan taknak updated entry tapi kadang-kadang terlupa plus saya lebih updated di FB ataupun Instagram saya.

Ini ada masa senggang sikit, bolehlah menulis sikit.

Saya tiba di Manchester Airport pada 20hb Feb 2015, lebih kurang jam 0630 (waktu UK) dan dijemput oleh salah seorang warga Malaysia di Hull lebih kurang jam 0830am. Perjalanan dari Manchester Airport ke Hull lebih kurang 1 1/2 jam. Sampai di Hull, saya tinggal sementara di rumah Kak Tuty (org Singapore) dan Abg Danny (org UK). Lama juga di rumah mereka (seminggu) sebab rumah yang bakal saya sewa masih belum siap sepenuhnya. 21hb Feb tu husband buat surprise birthday cake and a bouquet of flowers, mekarnya rose flowers kat sini. 

Perasaaan masih madam blur at that time. Rasa masih tak percaya yang kami sudah berada di UK.

Hari Isnin, 23hb Feb 2015, saya ke University untuk register. Yang best tenting university saya:

1. Antara 10 univeristy tertua di UK.
2. Antara 10 top for Logistic and Supply Chain centre sebab bank grant dari UK government. So, kat sini ada lagi beberapa university yang menjadi penanda aras utk perkembangan Logistics and Supply Chain scholar.
3. Top 10 chemical course all over UK.

Walaupun Hull bukanlah top 10 university di UK tapi antara 3 yang saya beritahu kat atas tu, dah cukup menggambarkan Univeristy of Hull adalah high ranking university. Ramai juga student undergraduate dibawah tajaan JPA, MARA dan british commonwealth schoarship ada di sini, mereka ambil course chemical, pharmacy etc.

Okay, lepas register, saya ada meeting sekejap dgn supervisor.

Rumah officially masuk hari jumaat, 27hb Feb 2015.

Rumah saya kosong, so kena beli la semua mesin basuh, meja makan, almari, katil etc. Bak kata orang, macam baru kahwin la,semua barang kena beli. Tapi yang bestnya, kat sini banyak kedai charity yang menjual barang2 rumah dengan harga yang murah. So, ada barang yang kami beli baru dan ada juga yang kami beli di charity shop, bergantung pada budget.

Hull University of Business School
Daftar internet, kat sini cuma ada 1 provider, no choice terpaksalah amble under KC Streamyx, haha. Kawasan kampung kan, so memang dia jelah yang berkuasa. Landlord saya sangat baik, orang British yang agak berusia. Dialah yang mendaftarkan letric, gas dan air kami. So, settle semua. Untuk air, bayaran adalah tetap secara pukal bulanan, so pakailah banyak mana pun, bayar harga yang sama je.

So, lepas settle penuhkan barang2 rumah, kami buat majlis makan2 sempena house warming la plus buat doa selamat. Most of warga Hull datang walaupun rumah kecil, berhimpit2 la ramai2. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan kami.

Okay, itu saja updated setakat ini. Nanti updated lagi bila ada free.

See ya!

Regards, Dr to be - Intan

Thursday, February 19, 2015

Beberapa Jam sebelum berangkat ke UK

Assalam semua kawan-kawan,

Berdebarnya hati, macam-macam bermain diminda, segalanya ada - takut, seram, cuak etc. Semoga pemusafiran saya akan dilindungi oleh Allah SWT dari segala malapetaka dan dijauhkan dari orang-orang yang berhasad dengki dan tipu daya syaitan yang direjam.

Kali ini perjalanan kami sangat panjang dan jauh. Sebelum ni perjalanan paling jauh yg pernah saya pergi hanyalah ke Japan, makan masa dalam 7jam didalam kapal terbang. Kali ni, perjalanan makan masa 16 jam (sebab ada transit di Doha), dua kali tukar kapal terbang. Semoga perjalanan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Beg kami semua penuh, berat not more than 30kg/each. Itu luggage allowance yg diberikan oleh Qatar Airlines. Tapi sebenarnya tak cukup, ada je barang yg kena unloaded sebab dh terlebih muatan - haha!.

Perjalanan kami adalah bermula jam 8:40 malam (waktu Malaysia) dari KLIA ke Lapangan Terbang Doha dan dijangka tiba di sana pada jam 11:45pm (waktu Doha), perjalanan makan masa lebih kurang 8jam. Dari Doha kami akan transit selama lebih kurang 1jam 45minit dan terus berlepas ke Manchester Airport lebih kurang jam 01:15am (waktu Doha) dan dijangka tiba di Manchester Airport jam 06:25am (waktu UK), perjalanan juga memakan masa selama 8jam. Beza waktu Malaysia dengan UK lebih kurang 8jam juga. 

So, harini yang menghantar kami adalah mak dan abah, adik ipar (ucai dan julie) dan juga kawan suami yang memang setia selalu menghantar kami kalau kami nak ke airport. Alhamdulillah, ada kawan yang memamg sudi menghantar kami, memgorbankan cuti CNY nya - hanya Allah yang mampu membalas kebaikannya pada kami.

So, doakanlah kami ya kawan-kawan. Jika ada yang baca post ni, doakan perjalanan kami selamat. Amin yarabbal alamin.

Amin

Regards, Dr to be - Intan

Dugaan PhD di bumi UK

Assalam reader, Sudah 2 tahun 2 bulan saya di bumi UK. Alhamdulillah, banyak dugaan pahit dan manis yang saya tempuhi sepanjang menjala...