Sunday, May 25, 2014

Perjalanan Ph.D (UK or OZ?)

Assalam kawan-kawan yang saya sayangi,

Alhamdulillah, syukur pada Allah yang Maha Memberi. Antara ramai-ramai yang memohon untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, saya salah seorang yang berjaya. Ini adalah peluang yang sangat berharga untuk saya. Tahun ni persaingan sangat sengit, masa mula-mula memohon online saja sudah 12ribu lebih pemohon. Setelah ditapis, ada lebih kurang 8ribu lebih orang yang layak ditemuduga dan menduduki ujian psikometric. 

Secara jujurnya, saya tak meletakkan harapan yang tinggi untuk memperolehi bisiswa pinjaman pelajaran ini tapi still berharap diberi peluang untuk mendalami ilmu di university terkemuka luar negara.

Banyak yang saya ambil kira untuk melanjutkan pelajaran diluar negara terutama di negara-negara British dan OZ. Tengah pening memikirkan samada nak lanjut ke UK or OZ. Jika diberi pilihan, sebenarnya saya lebih memilih UK walaupun saya dah memperolehi supervisor di OZ.

Malaysia pun okey sebenarnya - takde cacat celanya belajar di Malaysia. Saya adalah penuntut tegar Universty Teknology Malaysia, dari first degree sehinggalah ke peringkat Master, saya melanjutkan pelajaran di UTM. Jauh disudut sanubari saya - UTM memang dihatiku.

Tapi, jika diberi pilihan dan diberi peluang untuk memilih, saya akan memilih untuk belajar di luar negara. 

Belajar di luar negara memang impian dan cita-cita saya sejak dahulu lagi, terutamanya UK. Memang impian dan harapan nak jejakkan kaki ke UK dan menuntut ilmu di sana. 

Ok, sekarang...saya akan meneruskan perjalanan saya ke sana, UK.

This is my first part of 'road to PhD'.

"UK...mu tunggu aku datang..."

United Kingdom

Alhamdulillah, tq Allah again and again.

Regards, Dr to be - Intan

Wednesday, May 21, 2014

Contoh Email kepada bakal supervisor Ph.D

Assalam all,

Tengok tajuk tu???...poyo tak??.

Salah satu tips untuk menarik pelawat ke blog kita, tajuk entry kena up to date okey!.

Okeylah, harini saya nak bersedekah - contoh email kepada bakal supervisor kita yang akan supervise kita sepanjang kita bergelar Ph.D student. Maybe ada sesetengah orang, pendapat lain, yang itu pendapat lain, so terpulanglah pada kretiviti masing-masing ya?.

Ajaibnya bersedekah
Sebelum kita meneruskan pembelajaran ke peringkat Ph.D ni, kita kena banyak study pasal bidang yang bakal kita research tu nanti, so in a way to get the best 'problem statement', we have to get the 'best supervisor' yang suit dengan research kita tu. Perkara tentang macam mana nak futher Ph.D, saya dah bincang dalam entry sini, so sila jangan malas nak semak-semak ya?.

So, entry ni bersambung dengan entry yang atas tu tentang proses nak sambung Ph.D tapi kali ni saya nak share contoh email kepada bakal supervisor - ayat kena tersusun dan menarik untuk dibaca, so takdelah 'bakal supervisor' kita tu akan 'SPAM' email kita ya kawan-kawan, adik-adik!. Email ni juga telah dicheck dan disemak oleh lecturer saya di UTM dan kawan baik saya yang 'terror' dalam bab language ni - siap ada consultation untuk spelling checker okey!.

Tapi, you all kenalah ubah-ubah sikit ayatnya ya - janganlah copy bulat-bulat ya!. Kena jujur pada diri sendiri - ubah ayat dan silalah mintak orang tolong checkkan untuk kita, jangan malas!. Ingat, email ni adalah first impression orang pada kita.

Ph.D journey??

Check it out babe:

Tajuk Email: Looking for a place to further my studies at Ph.D level 

Dear Professor Dr ,


I am ________, from Malaysia and currently living in Tokyo, Japan for doing a Double Master Degree Program. Right now, i already completed my 1st Master Degree (Master of Science - Engineering Business Management from University Technology Malaysia) and will finish my 2nd Master in Business Administration (MBA from Meiji University) this coming March 2014. I am currently looking for a place to further my studies at PhD level with regards to Sustainable Supply Chain/Re-Manufacturing Management/Logistic and Operation Management. I am interested to explore more on Supply Chain Management, preferably utilizing the re-manufacturing concept. 


My previous MBA thesis is about supply chain performance and financial success, a study for companies listed in Bursa Malaysia while MEBM thesis study about effective approach to food safety management system certification. Both my thesis is a collaborative research for supply chain management concept.


The reason for this email is to find out if there is any opportunity for me to pursue my PhD at this prestigious university. In my opinion, it would be great if I can have my PhD research project attach with research member under your supervision.

Enclosed is my full CV and academic transcript for your perusal.

Please do not hesitate to contact me should you require any additional information. Thank you for your time and attention.

Kind Regards,
Your Name
Kuala Lumpur, MALAYSIA/Tokyo, JAPAN

Regards, Dr to be - Intan

Tuesday, May 06, 2014

Usai sudah Double Master saya!

Assalam kawan-kawan yang saya sayangi,

Alhamdulillah. Rasa syukur yang tidak terhingga saya panjatkan ke hadrat Allah SWT yang Maha Memberi. Usai sudah perjalanan usaha saya untuk bergelar pelajar 'Double Master' - syabas untuk diri sendiri!.

wow - 2 certificate and 2 robe!

Saya berjaya menamatkan sessi pengajian saya di Jepun pada 26 March 2014. Satu usaha yang tidak sia-sia!. semenjak saya menuntut dari Ijazah Pertama lagi, memang misi dan visi saya untuk menamatkan setiap sessi pembelajaran secara on time basis. Saya memang tak suka kerja bertangguh dan extend!. Itu memang matlamat saya dan alhamdulillah, saya berjaya sekali lagi ketika menyambung pelajaran di peringkat Master.

Saya sudah pulang ke tanah air pada 31 march 2014 yang lalu menggunakan pesawat JAL (tiket yang dibeli oleh JAL dari MAS) - masa booking haritu saya tempah MAS, last-last masa nak check in, naik JAL. Takpelah, masuk ni dah dua kali saya menggunakan pesawat JAL - MAS belum pernah naik OK!.

Untuk itu, saya dengan bangganya menyatakan bahawa saya memiliki dua Ijazah Sarjana! - dua bidang yang berbeza sama sekali. Bukanlah nak meninggi diri, hanya ingin menarik rakan-rakan pembaca setia blog saya untuk turut sama menyimpan hasrat untuk belajar lebih tinggi - bukan Edward Collins (Twilight) saja yang mampu ambil beratus Ijazah, kita pun mampu sebenarnya jika betul caranya!. Man Jadda Wa Jadda - sesiapa yang berusaha pasti boleh berjaya!. Yang penting, kena ada kesungguhan yang tinggi untuk berjaya.

Ok, settle je Double Master.

Now, tengah fikirkan jalan untuk ke PhD pula. Research Proposal dah siap dan saya sedang memikirkan apa yang terbaik untuk masa depan saya jika diizinkan oleh Allah SWT untuk berumur panjang. Semua proses sudah saya siapkan, tinggal saja untuk mendaftar sebagai seorang pelajar PhD sepenuh masa - samada di tanah air sendiri ataupun luar negara?. Bergantung pada rezeki yang Allah nak bagi, redha saja tapi masih gagah berdoa dan berusaha.

PhD tidak sesenang Master!. Komitmen yang sangat tinggi diperlukan untuk meneruskan perjalanan sebagai seorang pelajar PhD. Tiada masa untuk bersenang-lenang kerana kita perlu bersiap-sedia dengan segala macam cabaran dan dugaan!. Phewww, berdebar rasanya - sebab itu saya perlukan masa yang cukup untuk memikirkan yang terbaik untuk next journey saya ni!.

to myself!

BTW, thanks to all my lecturers, staffs and friends in Meiji University. They remain as part of my though memories of life!.

Again, thanks Allah Al-Mighty.

Regards, Dr to be - Intan

Dugaan PhD di bumi UK

Assalam reader, Sudah 2 tahun 2 bulan saya di bumi UK. Alhamdulillah, banyak dugaan pahit dan manis yang saya tempuhi sepanjang menjala...