Tuesday, February 21, 2012

Hadiah harijadi ke-30 tahun...

Assalam all dearie,

Tahniah kepada diri sendiri sebab sudah menjejakkan kaki ke alam 30-an. sekarang no more 20-an..hehehe. Bila usia dah menjejak ke tangga angka 3 rasa mcam dah tua la pulak. Tapi, saya masih macam budak2, berfikir macam orang baru nak belajar.

Alhamdulillah, di hari ulang tahun kelahiran saya ke-30 ni saya dapat dua hadiah serentak:

1. Panggilan kerja as Estimator - dan saya perlu menolaknya dengan baik kerana saya sedang 'membangunkan' satu projek urusniaga besar - cewah, saya teringin nak jadi BOSS!!. Saya nak jadi CEO - wow, itu cita2 yang bakal saya realisasikan. Buat apa saya ambil Master tentang Business jika tidak menggunakan ilmu sepenuhnya kan?gulpp...

2. Saya dipanggil untuk ke temuduga sebagai salah seorang student Meiji University, Jepun. Wahhh, walaupun belum tentu saya akan dapat tetapi dapat ke temuduga pun dah cukup satu penghargaan yang cukup bermakna buat diri saya!. Hari sabtu ni (25/2/12), saya akan ke UTM untuk ditemuduga oleh Professor2 dari Meiji University, Japan. Ya Allah, kuatkan semangatku Ya Allah..

Ehmm, itulah antara 2 hadiah yang cukup bermakna buat saya pada waktu dan ketika ini. Walaupun ianya tak berapa mendalam tetapi memberi seribu satu makna buat diri saya. Yang perlu sekarang adalah semangat kental dan jatidiri yang kuat untuk mengharungi semua dugaan dan cabaran. 

Masalah di kampung juga sudah semakin susut dan saya InsyaAllah akan menemui pengakhiran jalan ke atas semua kemelut selama 2-3 tahun ni. InsyaAllah, mohon Allah permudahkan jalannya. Aminn..

Syukur Ya Allah.

Terima kasih Ya Allah, kerana Engkaulah yang memberi semuanya. Ada hikmah disebalik semua dugaan dan cabaran yang sedang saya alami. Kadang2 mungkin kita terima kilat dan guruh tetapi tak sangka rupanya Allah nak beri cahaya pelangi yang sangat indah!!Subahanallah..

Hidup kena diteruskan walau apa jua cabaran dan dugaan yang melanda. Saya harus kuat dan bersemangat dalam mengharungi badai hidup ini kerana dunia ini hanyalah persinggahan sementara menunggu syurga/neraka yang kekal abadi. 

Last but not least: 

birthday thumb Happy Birthday to ME! :D :D
Happy Buffday to myself..

"Happy Birthday to myself ~ Happy never ending. Semoga Allah terus memberi hidayahNya yang berkekalan..aminn"

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

2 comments:

  1. happy birthday fyad.. have a great one. And congrats for all those presents!

    ReplyDelete

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...