Monday, February 27, 2012

Resepi Ketam Nipah Masak Chili China

Assalam all,

Harini start saya berpuasa seminggu berturut2 kerana bernazar pada tahun 2005. Arghhh, lamanya saya terlupa kan? Sebab tu bila teringat terus saja saya laksanakan (sebenarnya dah lama tapi sering ditangguhkan!). So, saya kena kuat ni - ala, macam biasa saja, kan puasa di bulan ramadhan sebulan, okes saja?

So, kenalah rajin tukar2 menu makanan berbuka setiap hari. Kena ada perubahan baru happy. Cewah.

Semalam saya masak ketam nipah. Pernah dengar pasal ketam nipah tak?Ketam ni warnanya hitam sebelum masak tetapi akan bertukar kepada merah setelah dimasak. Saya masak ala2 cina style - crab with chili china sauces. 

Bahan2nya adalah:

5 ulas bawang putih ditumbuk kasar (boleh juga diketuk).
4 batang serai.
Ketam nipah (2 1/2 Kg).
2 biji telor.
2-3 tangkai daun ketumbar.
Minyak untuk menggoreng.
Secubit garam.
Thai Chili Sauces.
1/2 cawan air.

Hah, senang kan?cuba cari Thai Chili Sauces (jenama Maggie), senang!

Cara masak:

1. Panaskan minyak. Goreng bawang putih dan serai sehingga naik bau. 
2. Masukkan Thai Chili Sauces dan kacau sehingga naik bau. Masukkan sedikit air.
3. Masukkan ketam nipah dan kacau mesra. 
4. Balik2kan ketam nipah tadi sehingga warnanya ada keluar sedikit kemerah2an bolehlah masukkan telor yang dipecahkan serata dalam kuali. Jangan dadarkan ia okes.
5. Kacau2 dan masukkan secubit garam (jangan banyak sebab Thai Chili Sauces tu dah bergaram dan bergula). Kacau sehingga keseluruhan badan ketam menjadi merah. Kalau masih ada hitam means ia tak masak lagi. Tapi jangan terlalu lama sebab ketam tak sedap masak terlalu lama - rasa manis dan masin isinya akan hilang).
6. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan daun ketumbar. Siap!

Senang kan??tapi carilah ketam nipah yang masih hidup ye?Kalau nak matikan ia senang saja - just jirus air panas sikit2 kat badan dia, jangan rendam dalam air panas pulak okes, kang jadi penganiayaan pulak!

Kat Klang ni mahal betul ketam nipah - suami saya beli RM35/Kg. Dulu masa saya di Perak, di Pantai Remis harganya hanya RM18/Kg. Ehmmm, tapi saya rasa kalau di NSK lagi murah kot - Wallahualam. Tapi, dah teringin sangat nak makan ketam nipah, beli sajalah, karang kempunan pulak kan?

So, layanlah ganbar2 ketam nipah yang comel2 ni okes.

Masih hidup ni

Dalam kuali

Seekor disusun rapi - macam ni lah rupanya!

Setelah disusun dalam plate!

Tara...
::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

5 comments:

  1. mcm senang jer, mcm sedap jer
    pedas tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pedas shah_izan...sebab guna chili thai je..trylah..sedap

      Delete
  2. Sedapnya.. Faveret saya guna telur masin.. Terliur tengok gambar.. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke...boleh juga tu Fatimah Bt Tony...tapi, takut masin sangat sebab ketam nipah ni dah masin plus chili thai tu pun dah bergaram...tapi, boleh try nanti..thanks..

      Delete
  3. Assalamualaikum. Sy ada lot menjual ketam nipah segar d pasar borong selayang. Dibuka sabtu dan ahad dr jam 7 pagi hingga 12 tgh ari. Bole hubungi @ wassap utk booking. Delivery jg disediakan. 018 296 3889 / 011 3987 3889

    ReplyDelete

Dugaan PhD di bumi UK

Assalam reader, Sudah 2 tahun 2 bulan saya di bumi UK. Alhamdulillah, banyak dugaan pahit dan manis yang saya tempuhi sepanjang menjala...