Tuesday, February 28, 2012

Kerja sudah...")

Assalam all,

Alhamdulillah.

Mungkin ini dinamakan rezeki. Syarikat yang menawarkan saya kerja ni bersungguh2 untuk memohon saya 'joint' kerja dalam masa terdekat. Mereka sering menalifon saya tidak kira waktu - maknanya mereka memang amat2 'suka' pada saya - rasanya la..hehehe..

So, setelah berbincang dengan husband, rasanya biarlah saya kerja dulu dengan syarikat ni - tengok macam mana nanti. Kalau okes, saya kerja sajalah sampai habis tempoh Master saya ni. Hopefully kerja tak stress macam yang digambarkan - InsyaAllah. Saya memikirkan begini, kalau dah samapai 'Boss' di tempat saya kerja ni sendiri yang menalifon saya, maknanya mereka memang nak saya bekerja dengan mereka kan? Itu my opinion la.

Well, orang memberi, kita merasa. Tak sampai hati pula untuk menolak. Justeru, saya sedia menerima tawaran kerjanya dan saya mohon untuk memulakan kerja sebagai Estimator pada minggu depan (5 Mac 2012). Fuhh, seram juga nak memulakan kerja yang sememangnya sebuah syarikat korporat yang menjalankan perniagaan juta Dollar. Saya cuba dan cuba la kerana kalau kita tak pecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya kan?

InsyaAllah.

Mungkin juga ini 'hadiah' Allah buat saya! Saya kena terima dengan hati yang terbuka sebab manalah tau dah memang rezeki saya di sana kan? Kebanyakkan syarikat2 swasta ni bonus nya besar2...hahahaha..kesitu pulak fikiran saya. Yelah, kalau dah kerja, mestilah menilai juga gajinya kan?takkan nak kerja yang gajinya tidak setimpal dengan kerja yang kita laksanakan?
 
 Alhamdulillah Ya Allah..

Baiklah, saya sudahpun mengumumkan bahawasanya saya akan memulakan kerja pada minggu depan - Isn, 5 mac 2012.. wah, no more suri rumah lagi, kena ke pejabat macam biasa. Anak kesayangan saya tu kenalah duduk dan tinggal di Tadika Little Caliph tu sampai ke petang - kesian dia, dah biasa dengan saya, sekarang kena pulak tinggal..takpelah sayang, demi mama mencari sesuap nasi yang halal, biarlah mama berkorban okes??I LOVE U....

My both soul..

My baby at Little Caliph..
Amin..Thank You Allah..

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

No comments:

Post a Comment

Dugaan PhD di bumi UK

Assalam reader, Sudah 2 tahun 2 bulan saya di bumi UK. Alhamdulillah, banyak dugaan pahit dan manis yang saya tempuhi sepanjang menjala...