Monday, February 20, 2012

Happy ke saya?

Assalam all,

Happy ke saya?

Kalau orang tengok saya, seperti tiada masalah sebab saya ni memang happy go lucky orangnya. Pendek kata, sebenarnya saya tak suka tunjuk rasa sedih saya pada orang. Dan, saya akan cuba2 buat happy2 saja - tapi pada hakikatnya hanya Allah yang Maha Mengetahui semuanya.

Sedih?

Taklah, itu dulu, 6 bulan yang lalu. Saya memang dalam mood kesedihan yang amat. Tetapi saya teringat satu kisah yang saya dengar pagi tadi di radio Ikim.fm yang berbunyi begini:

"Satu hari seorang hamba Allah bangkit dari tidur pagi lalu mengerjakan solat subuh dan selepas itu dia terjumpa sekeping duit syiling lama. Lalu dalam hatinya ingin menukarkan ke bank dengan harapan mendapat sedikit wang untuk membantu keluarganya yang susah. Sampai di bank, dia memberitahu pihak bank akan duit syiling lama tersebut dan dapat menukarkan wang syiling lama itu kepada $30.00. Lalu dia pun berjalan pulang ke rumah. Semasa dalam perjalan pulang ke rumah, dia ternampak sebuah kilang papan sedang melelong papan2 yang agak elok dan cantik dengan harga $30.00. Justeru, dia teringat akan isterinya yang menginginkan sebuah almari pakaian di rumah memandangkan mereka tidak mempunyai almari untuk menyimpan pakaian. Lalu, hamba Allah itu pun membeli papan2 kayu itu dengan harga $30.00. Walaubagaimanapun, semasa dalam perjalanan pulang seterusnya, dia ternampak sebuah kedai perabot menjual almari2 pakaian yang sangat cantik dan indah. Taukey kedai perabot itu melihat akan papan2 kayu yang sedang dipikul oleh hamba Allah itu lalu terpikat untuk membelinya dengan harga $100.00 dan memberi sebuah almari secara percuma sebagai tambahan. Lalu hamba Allah itu bersetuju dan diambilnya almari pakaian dan duitnya dikatakan nanti baru diambilnya. Alangkah girangnya hatinya membawa pulang almari yang telah siap. Ketika dalam perjalanan yang seterusnya untuk ke rumahnya, dia melalui satu taman perumahan yang baru didiami oleh penduduk. Dia kemudian melalui sebuah rumah yang sedang diubahsuai oleh seorang wanita. Wanita itu terlihat akan almari yang dipikul oleh hamba Allah itu tadi lalu terpikat dan menawarkan harga $200.00. Akan tetapi, hamba Allah itu seperti ragu2 untuk memberikan almari itu kepada wanita tersebut kerana dia memikirkan ianya adalah untuk isterinya. Lalu, wanita itu menambah $50.00 menjadikan tawarannya sebanyak $250.00. Lalu, hamba Allah itu bersetuju dan dengan senang hati, dia menerima $250.00 itu dari wanita tersebut. Dalam perjalanannya yang terakhir sebelum sampai di rumah, dia telah di rompak oleh sekumpulan perompak yang mengacukan pisau dilehernya dan meminta apa saja yang dia ada. Lalu, hamba Allah itu memberi semua $250.00 kepada perompak2 itu. Kemudian, pulanglah hamba Allah itu dengan keadaan yang sangat sedih. Setibanya di rumah, isteri hamba Allah itu bertanya kepadanya apa yang telah terjadi kepadanya sepanjang perjalanan tadi sehinggakan dia seperti tidak terurus. Lalu, hamba Allah itu hanya menjawab"Hanya kerana duit syiling lama"."

Justeru, saya mengambarkan kisah ini sebagai: Semua apa yang ada di dunia ini adalah milik Allah SWT. Kita hanya manusia yang Allah pinjamkan segala hartaNya. Daripada Allah ia wujud dan kepada Allah ia dikembalikan. Justeru, janganlah kita merasa sedih dan gunda gulana jika kita kehilangan apa yang kita ada kerana ianya hanyalah pinjaman semata2.

Ini adalah peringatan untuk diri saya dan sesiapa yang membacanya..

Mari didik anak jadi anak soleh n solehah..aminnn!!!

Wallahuaalam bissawab..

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

No comments:

Post a Comment

Dugaan PhD di bumi UK

Assalam reader, Sudah 2 tahun 2 bulan saya di bumi UK. Alhamdulillah, banyak dugaan pahit dan manis yang saya tempuhi sepanjang menjala...