Monday, February 13, 2012

Projek baik yang tercetus!!! Business Plan...

Assalam all,
Lama benar rasanya saya tak jenguk blog kan? bukan apa, line internet begitu slow dan saya sangat tension tatkala nak loading page blog saya ni. Blog saya ni kan sarat dengan muatan?..So, malaslah nak online menulis. Tapi, dalam fikiran ni, macam2 saya fikirkan, ada saja ilham nak saya luahkan dalam blog.

Permohonan mendapatkan double master dengan Meiji University Jepun telah pun saya hantar, tengah tunggu result n hadiri temuduga. Entahla, kalau dah memang rezeki saya, rasanya tak kemana kan? Tunggu dan lihat sajalah..

Wah, bulan Feb ni sangat2 menguji keimanan kami sekeluarga - tapi biarlah rahsia.

Saya ada planning macam2 - rasanya nak run business traditional,, guess what? ituler tajuk Thesis saya untuk MBA Meiji Jepun ni. "Industry strength on Traditional Business in Malaysia"..wah, terkesima sekejap - betul ke saya yang nak buat kajian ni??ha..ha..alang2 dah hantar proposal, jalan sajalah - alang2 menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan kan? So, alang2 buat kajian, saya sendiri yang akan run business ni. Business apa? Check it out..

Sekarang taknakla bagitau pulak, nanti tak surprise kan?

Saya sekarang sedang bangunkan 'business plan' nya..banyak juga nak buat - terutama market trend di sini. Banyak juga survey yang perlu saya jalankan. Insya Allah, kalau nak berjaya, kena ada business plan yang mantap - baru dapat tengok keserasian business tu.

Okes, pada saya kalau nak buka business, tak kira apa pun jenis businessnya, kena ada business plan. Dalam business plan tu kena ada elemen2 ini:

1. Executive Plan iaitu Ringkasan Executive - kena cerita mengenai business yang bakal kita bangunkan dan keadaan market tu sekarang. Kena juga cerita 4 P's tu - People, Place, Price and Product.

2. Company Summary iaitu Ringkasan Syarikat - Ini kena cerita mengenai syarikat yang akan kita bangunkan.Siapa ownership dan cerita juga ringkasan sejarah syarikat ditubuhkan. Kalau yang dah memang ada perniagaan sebelum buat business plan, bolehlah masukkan past sales performance.

3. Kemudian ceritalah mengenai product yang bakal di keluarkan di pasaran tu ye?

4. Market Analysis Summary iaitu ringkasan analisis pasaran. Ini kena buat sedikit surveyla, kena buat market segmentation, market segmentation strategy and industry analysis (hah, inilah thesis (kajian) saya untuk MBA Meiji Jepun ni).
5. Web Plan Summary iaitu Ringkasan perancangan laman sesawang. Hah, ini ada kena mengena dengan website marketing strategy dan development requirement.

6. Strategy and Development Summary iaitu ringkasan strategy dan pembangunan. Ini more on SWOT analysis - kajian ke atas baik buruk produk, peluang dan ancaman (pesaing) yang bakal kita hadapi.

7. Management Summary iaitu ringkasan pengurusan - ini more on personnel plan kita.

8. Last but not least ialah Financial Plan (paling penting sebab melibatkan duit) iaitu Perancangan kewangan. Pada pendapat saya, kalau kita dah lama berniaga mungkin kita faham bab ni tapi kebanyakkan syarikat2 besar, diaorang ada accountant yang menguruskan hal kewangan syarikat tapi yang baru nak buka perniagaan lepas tu hanya berkelulusan SPM je, kenalah cari member yang pandai ataupun upah saja orang perseorangan yang boleh siapkan Financial Plan ni. 

Ok, sebenarnya, banyak bahan rujukan yang boleh kita dapatkan kalau nak bangunkan business plan ni - kena pandai dan rajin cari. Saya sendiri membeli sebuah buku khas tentang ' Business Plan' (dapat dari Voucher buku) terbitan Alpha Books (cari buku yang ada tanda ' The complete Idiot's Guide'). Buku ni penuh dengan ilmu dan kita sendiri boleh bangunkan business plan tanpa bantuan orang lain.

Yang lain, kat internet banyak juga orang perseorangan yang menawarkan khidmat menyediakan business plan - bayar je la..huhu..

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/423850_3279332740567_1184978472_33334586_1375172939_n.jpg
Tu la buku yang saya bagitau tu..

Okla, sampai sini saja. Sambung next okes??


::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

No comments:

Post a Comment

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...