Wednesday, February 01, 2012

Teringin nak buat kerja2 sukarelawan...

Assalam all friend,

Anda pernah buat kerja sukarelawan??
Dulu saya adalah setiausaha Persatuan Badminton TLDM dan ATM, dari tahun 2006 hingga 2012. Lama kan?Pada mulanya saya diarahkan..tapi lama2 jadi kerja wajib pulak..

Tau tak kerja saya sebagai setiausaha ni hanya sebagai kerja2 sukarelawan saja?Yelah, gaji saya tidak dibayar atas tiket sebagai seorang setiausaha sebaliknya sebagai seorang Jurutera tetapi saya dengan rela menguruskan hal2 berkaitan badminton - samada melibatkan pengurusan, penglibatan dan perlawanan.

Kadang2 saya joint games pada hujung minggu sehingga ke kedah, kuantan, terengganu etc. Saya pergi bawa atlet2 saya dengan peruntukan yang cukup2 makan saja dan adakalanya saya keluarkan duit untuk pemain2 saya. Yelah, mereka terdiri dari anggota2 bawahan yang mempunyai gaji pun cukup2 makan - so, kenalah saya belanja mereka. 

Actually, saya tak kisah pasal benda tu, yang saya kisahkan, ada tak orang ambil peduli?

Dulu, masa saya jadi setiausaha, bayak pengalaman saya dapat. Saya berpeluang melihat secara live macam mana Dato' Lee Chong Wei berlatih, tengok sana, tengok sini sampai anak saya menjadi 'terkenal' di kalangan mereka sebab saya bawa dia sejak dari dalam perut. Saya jadi setiausaha sejak dari kandungan saya baru 3 minggu.

Pada saya memang itu kerja amal. Dan saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menjadi seorang setiausaha. Alhamdulillah.

Tapi, harini saya teringin nak jadi salah seorang sukarelawan seperti membantu mangsa gempa bumi ke, banjir ke..bersihkan rumah anak2 yatim ke, rumah orang2 tua ke..saya teringin nak joint.

Tapi, nanti saya tengok schedule macam mana - kalau berseuaian dan kelas Master saya pun dah habis, why not saya joint dihujung minggu kan??

Tak salah beramal..

Tak baik buat macam ni...

Saya tak mampu nak sediakan duit, penginapan etc. untuk mereka yang tidak berkemampuan tetapi saya masih mampu mengeluarkan tenaga untuk membantu dan menyediakan apa2 keperluan sosial yang terdaya. Sebenarnya ini juga merupakan salah satu cara untuk menghilangkan stress juga.

BTW, tengok macam mana nanti.

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

No comments:

Post a Comment

Dugaan PhD di bumi UK

Assalam reader, Sudah 2 tahun 2 bulan saya di bumi UK. Alhamdulillah, banyak dugaan pahit dan manis yang saya tempuhi sepanjang menjala...