Monday, December 12, 2011

Tertarik cerita Fauziah Ashari...

Assalam Ukhwah all,

Harini saya terpanggil untuk bercerita mengenai si penulis novel yg sekarang sedang hangat diperkatakan..Fauziah Ashari, apa lagi kalau bukan cerita Ombak Rindu kan??Yang sebenarnya, saya amat meminati penulisan novel, walaupun saya seorang Jurutera..Kata orang, kadang2 apa kelulusan yang kita ada, tidak semestinya kena dengan apa jua sumber mata pencarian kita..Macam saya la tu...Dulu saya pernah buat satu skrip tentang kekasih awal dan akhir hingga habis satu buku nota yang mempunyai 80 muka surat, tapi saya tak tahu di mana letaknya skrip tersebut..Nah, sekarang saya sedang free, apa lagi??saya cuba nak hasilkan karya sulung saya yang tajuknya..jeng..jeng...jeng..Nantila, kalau dah siap akan saya paparkan..InsyaAllah...

Oh yea, cerita sebebanrnya adalah berkenaan nasib penulis novel Ombak Rindu ni.. Saya tak faham apa yang sedang digembar-gemburkan tapi apa yang saya difahamkan, beliau mengatakan tidak mendapat pampasan dan royalti yang sepatutnya diperolehinya daripada penerbit filem. Beliau menyatakan perancangan menghasilkan filem Ombak Rindu tersebut pun tidak diberitahu kepadanya. Penerbit filem hanya berbincang dengan penerbit novel saja. Yang saya faham dan pernah terbaca, bukan ke si Fauziah ni dah dapat loyalti yang sangat banyak daripada novel Ombak Rindunya???dengar kata novelnya telah diulang cetak sehingga 20 kali ke 40 kali (not really sure on that). Dan, beliau telah meraih sejumlah RM 200,000.00 hasil daripada air tangan penulisan beliau sendiri. Ehmmm, pada saya kalau di US, JK Rowling yang menulis tentang Harry Potter (my most favourite novel..), beliau serta-merta menjadi jutawan, tapi kalau di Malaysia, susah sedikit sebab kita bukan ramai dan tak semua fanatik kepada novel.

Yang saya nak 'high light' kat sini adalah, Fauziah kena berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata. Beliau perlu mendapat nasihat dan tunjuk ajar dari 'seseorang' yang tahu tentang selok belok industri. Jangan main 'sembur' saja, last2 kena pada batang hidung sendiri. Kata-kata yang dikeluarkan memakan diri sendiri. Entahlah, manusia sering melakukan kesalahan tapi cuba belajar dari tidak mengulanginya kembali. 
Tapi kesian juga pada beliau kerana mungkin ada benarnya tapi pada saya tindakan beliau itu tidak kena pada caranya. Sekarang dahlah tengah 'on show' filem Ombak Rindu, lepas itu beliau mengeluarkan kata-kata berbaur tidak puas hati, perghhh, memang mengundang bencana la gamaknya.

Serius...kesian kat nasib penulis kalau dijadikan begini...

Ada ramai penulis berbakat di Malaysia ni, tapi banyak yang tidak diketengahkan. Sebenarnya, banyak novel2 yang best2 untuk dijadikan sumber karya bagi menerbitkan drama2 TV mahupun filem jika kebanyakan penerbit filem kekurangan idea...its my opinion la..

Last but not least, hope Fauziah success in future la..all the best!!!

No comments:

Post a Comment

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...