Monday, December 19, 2011

Bila la kawan saya tu nak bayar hutang kan??

Assalam all,
Bulan Jan 2012, saya akan mendaftar untuk 3rd semester di UTM, so macam biasa la, saya dikehendaki membayar untuk sem baru ni. 

Saya memang amat2 mengharapkan kawan saya tu membayar hutang yang telah dia pinjam dari saya sejak akhir tahun 2010 yang lalu. Dia ada janji nak bayar sikit (dalam RM500/bulan), tapi sampai ke saat ini, sesen pun dia belum jelaskan hutang saya. Aduhai, manusia macam ni kalau berjanji. Saya juga pernah meminjam dari orang, tapi segan la kalau dah terlalu lama meminjam, saya pinjam then dalam masa sebulan, saya akan usaha membayarnya balik. Duit yang saya bagi pinjam pada dia pun adalah duit yang hubby saya pinjam dari Bank, so saya beri dia tanpa interest sedangkan hubby saya membayar tiap2 bulan di bank beserta interest, tak kesian ke??

melunasi hutang
bayar hutang itu adalah ibadah..

Saya dah minta banyak kali pada dia tapi jawapan yang sama - tiada duit??sampai bila tiada duit??Takkan la awak tak boleh meminjam di bank ke, koperasi ke??asalkan bayarlah duit saya tu. Saya sangat merayu dia bayar duit saya tu sebab saya nak gunakan untuk bayar yuran 3rd sem saya ni.

Saya tak kisah la kalau dia nak marah ke kan, tapi saya dan hubby dah habis bersabar dah, sebab dah terlalu lama, dan yang paling bestnya, dia buat bodoh je setiap kali jumpa saya - hampeh kan??

Hutang perlu dijelaskan okes...

Takpela, saya hanya berdoa semoga hatinya terbuka untuk melunaskan hutang dia pada saya. kalau sikit takpela, ni ribuan RM - kesian la kat saya yang dah la jobless ni..aduhai...

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

No comments:

Post a Comment

Dugaan PhD di bumi UK

Assalam reader, Sudah 2 tahun 2 bulan saya di bumi UK. Alhamdulillah, banyak dugaan pahit dan manis yang saya tempuhi sepanjang menjala...