Saturday, December 17, 2011

Impian saya..negara empat musim

Assalam to all,
Petang2 macam ni, terasa nak cerita mengenai impian saya. Sebenarnya, saya sangat teringin menjejaki kaki ke negara yang mempunyai empat musim - sejuk, panas, bunga dan luruh. Ada banyak negara yang mengalami empat musim ni antaranya, UK, US, Korea, Japan etc la..

Dalam banyak2 tu, saya paling teringin nak menjejaki UK - dan kalau boleh saya nak menetap di sana untuk menimba pengalaman dan ilmu, dan semestinya saya akan ke sana dengan tujuan menimba ilmu. 


Musim bunga di Amsterdam

Musim Luruh
Musim Sejuk - bestnya dapat buat patung snow kan??

Musim Panas


Berangan
Berangan dalam dunia sendiri...
 

Kalau saya berangan tu, memang tak lari dari berangan belajar ke UK - tak pernah tempat lain okes!!saya memang teringin sangat nak menggenggam segulung PhD di UK. Banyak juga tempat2 yang best saya dah terokai dan jajahi di google mengenai UK dan buat masa sekarang, saya amat meminati Newcastle Upon Tyne!!sangat suka sehingga saya rasa nak sangat belajar di University of Newcastle Upon Tyne, UK!!!yeah, dream must come true..Itu akan saya laksanakan apabila saya berjaya menamatkan Master di UTM ni - InsyaAllah jika Allah izinkan..

Tengok Gambar orang je la
Sekarang ni saya suka tengok gambar2 dan baca blog2 pelajar yang pernah mendalami ilmu di UK, tak kisah dimana pun asalkan di bumi UK..Sampaikan saya dah hafal segenap tempat dan kawasan - sampaikan rumah untuk disewa disana pun saya dah terjah - memang perancangan jangka panjang betui. Kalau saya masih dalam kerajaan, ada 4 tahun lagi untuk saya simpan cita-cita ni - tapi sekarang tak lagi!!!bila2 pun saya boleh pergi..

University of Newcastle Upon Tyne
Logo University


The Arches at University of Newcastle Upon Tyne
The Arches at University of Newcastle Upon Tyne

Yup, inilah university yang menjadi favourite saya sekarang ni - semua course yang ada dah pun saya kaji - mana yang sesuai untuk saya terapkan dalam PhD projek nanti. Biasiswa??ehmm, rasanya saya nak dapatkan tempat dulu, baru nak apply biasiswa - itupun kalau dapatla, kalau tidak try jugakla dapatkan dari mana2 sumber kewangan (cagarkan tanah saya di kampung tu pun okes...). Yang penting, saya berjaya menjejakkan kaki ke bumi England untuk menimba ilmu dan lepas tu, kembali ke tanah air untuk memberi sumbangan tenaga dan idea kepada masyarakat setempat terutamanya orang2 Johor la, of course okes..

Rasanya itu saja yang saya nak coretkan di petang2 macam ni..

Mood : yahooo, my hubby dah setuju nak ke Johor Premium Outlet next week, tak sabar rasanya..

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

No comments:

Post a Comment

Dugaan PhD di bumi UK

Assalam reader, Sudah 2 tahun 2 bulan saya di bumi UK. Alhamdulillah, banyak dugaan pahit dan manis yang saya tempuhi sepanjang menjala...