Sunday, July 21, 2013

Jodoh itu rahsia Allah SWT...

Assalam semua,

Macam mana puasa?. Setakat ini, saya Alhamdulillah...berpuasa penuh.

Puasa di Jepun tidaklah sehebat di UK. Di UK, puasanya dari jam 2:30 pagi hingga jam 9:30 malam. Berpuasa dalam musim panas (summer) memang sangat menguji sebab waktu siang yang panjang. Kami di Jepun berpuasa dari jam 2:45 pagi hingga 7:00 malam (waktu Jepun - beza awal sejam dari Malaysia). Alhamdulillah, itu satu rahmat dari Allah sebab berpuasa dalam keadaan cuaca yang panas memberikan kita pengajaran dan peringatan bahawa betapa peritnya orang-orang yang berpuasa di kawasan gurun, sahara mahupun padang pasir. So, sentiasalah bersyukur dengan apa yang Allah dah tentukan untuk kita.

Allah Maha mengetahui segala-galanya...

Harini saya nak bercerita pasal pernikahan Abby Abadi dan Farhan (suaminya-lahir tahun 1989). Secara keseluruhannya, saya sangat kagum dengan perubahan Abby. Dulu, masa mula-mula dia 'berhijrah' ke arah yang lebih baik (bertudung dan sama-sama berdakwah), ramai orang (tak semua) cuba nak jatuhkan dia, kutuk dia dan sebagainya. Tapi, masa itu, saya tak amik port pun sebab pada saya, biarlah dia nak 'berhijrah', apa salahnya. Macam-macam issue Abby kena, isu tak pandai cakapla, ikut salah dakwahla, ikut parti politikla, issue kening la dan macam-macam.

Abby dan suaminya Farhan, they are soo sweet!

Tapi, secara peribadi, saya menilai dengan mata hati dan akal, dia memang benar-benar telah berubah!

Saya tak tahu hati dia (hanya Allah yg Maha Mengetahui) tetapi secara fizikalnya, Abby ni sangat positif dengan apa yang dia alami. Kita boleh renung dan lihat sendiri bagaimana positifnya dia (jangan tengok sudut lain) boleh baik (sangat baik) dengan isteri bekas suaminya. Mereka sangat baik, boleh bergambar bersama, bercuti bersama tanpa ada rasa benci dan dendam. Saya secara jujurnya boleh kata, kalau diri sayalah, belum tentu lagi saya boleh jadi sekuat Abby Abadi!. Dia berkorban demi anak-anak. 

Abby, suami dan anak2 abby...semoga bahagia till jannah...aminn!!

Kalau nak ikutkan, perempuan mana yang boleh sabar bila bekas suami bermesra dengan isteri barunya. Anda sanggup?. Kalau saya, demi Allah, belum tentu lagi! (tapi dalam hati berdoa semoga saya boleh jadi sekuat dia) sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku akan datang. Allah beri ujian pada kita dalam pelbagai bentuk yang kita sendiri pun tidak pernah terfikir dengan akal fikiran kita!. So, sentiasalah bersiap sedia baik dari segi rohani dan fizikal. Tapi, kena ingat setiap ujian Allah itu pasti ada hikmah disebaliknya dan Allah hanya akan uji kita mengikut apa kemampuan kita. Yang penting, sentiasalah berdoa semoga Allah melindungi kita dari apa-apa jua bentuk kesusahan samada di dunia mahupun akhirat. 

Baik, bercakap mengenai pernikahan Abby dan Farhan. Saya sangat kagum dengan keluhuran Abby dan Farhan lagi-lagi suaminya, Farhan kerana bersedia menerima Abby seadanya. Sebab itu tajuk entry saya kali ini adalah "Jodoh itu rahsia Allah SWT". Kita tak tahu jodoh kita sebenarnya. Kata-kata jodoh itu rahsia Allah juga pernah disebut oleh pelakon/pengacara Irma Hasmie. Saya juga dulu tidak menyangka yang jodoh saya adalah suami saya sekarang. Walaupun sebelum mengenalinya, saya bukan main rak lagi bercinta dengan orang lain. Tapi, kalau Allah dah kata dia jodoh kita, ia akan tetap jadi jodoh kita - Kun Fayakun!. Walau apa orang nak kata ketika itu, tiada siapa boleh membantah jodoh yang Allah sudah tetapkan.

Persoalannya, jodoh itu tidak mengira pangkat, keturunan, umur, kekayaan mahupun bangsa. Nabi Muhammad sendiri bernikah dengan Saiyidina Siti Khatijah yang jauh lebih tua dari baginda. Sebab itu, klasiknya perkataan "Jodoh itu rahsia Allah SWT".

Pada hemahnya, perkahwinan itu adalah sesuatu yang indah, seronok dan bahagia apabila seseorang itu mengalaminya. Ianya sesuatu yang susah hendak digambarkan dengan kata-kata!. Jika berkahwin atas niat kerana Allah SWT, In Sha Allah akan mendapat kenikmatan erti perkahwinan tetapi sebaliknya kalu berkahwin demi kerana nafsu, akan dapat dua perkara; 1) Kepuasan nafsu 2) Kenikmatan dunia. 

Senjata untuk mendapatkan jodoh yang baik adalah DOA!. Sesuai dengan firman Allah dalam Surah Al-A'raf (Ayat 55 dan 56) yang bermaksud:

"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di atas muka bumi sesudah (Allah) memperbaikinya, dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang yang berbuat baik"

P/S: Tahniah buat Abby Abadi dan suaminya Farhan!. Semoga perkahwinan ini kekal hingga syurga, aminn!!

Regards, Dr to be - Intan

No comments:

Post a Comment

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...