Thursday, July 25, 2013

Resepi Lontong dan Sambel Jawa...Made in Johor!!

Assalam kawan-kawan,

Wah...hari raya dah makin hampir. Tapi saya yang duduk jauh dari kampung halaman ni memang sangat-sangat tak terasa. Yelah, di sini (Jepun), mereka manalah tahu pasal Hari Raya!!. So, memang syok sendirilah dengan lagu-lagu raya yang evergreen gitu!.

Inilah yang dipanggil 'LONTONG'
Lontong yg telah dipotong...

Anyway, selalunya bila tiba hari raya, keluarga sebelah suami saya akan masak makanan favourite mereka yang sememangnya 'Made in Jawa'. Oh yea, kebanyakkan orang kita (di Malaysia) selalunya bila sebut 'LONTONG' selalunya terbayangkan: 'Kuah lontong yang warna kuning tu di makan bersama nasi impit'. Itu memang common dan reality. Tapi, hakikatnya (cerita sebenar) kuah lontong tu adalah 'KUAH LODEH' dan kebanyakkan yg sebut kuah lodeh adalah orang Johor je, negeri-negeri lain sure 'LONTONG'!

Tapi, actually, 'LONTONG' menurut orang-orang jawa adalah sejenis nasi yang direbus di dalam gulungan daun pisang. Ia direbus selama 8-12 jam (macam masak ketupat) dan prosesnya kena betul-betul mahir. Sebab, susah juga nak rebus lontong ni, kalau tak betul-betul, berderailah lontong tu dan jadilah seperti pepatah 'nasi sudah menjadi bubur'.

So, saya sendiri pertama kali makan 'LONTONG' dari hasil tangan orang jawa adalah ketika pertama kali datang berkunjung dihari raya ke rumah bakal ibu mertua (masa tula...). Memang serius jakun sangat masa tu sebab sedap sangat my MIL buat, lepas tu makan pulak dengan kuah lodeh, sambal kacang or sambel jawa. 

Lepas dah makan dengan sedapnya, macam biasalah, saya ni kan memang suka memasak, so, ambillah 'ilmu' membuat 'LONTONG' tu dari my MIL. My MIL ajar step by step macam mana cara nak buat 'LONTONG' ni. Alhamdulillah, sampai sekarang, suami juga suka dengan hasil tangan saya!.

Okey, dah tahu sejarah 'LONTONG', barulah boleh masak. Saya nak share cara-cara, petua dan seangkatan dengannya macam mana nak buat 'LONTONG' dan sambel jawa. Sambel Jawa ni pun dah ramai yang menukar resepinya - dah jadi tak asli!. Pernah juga saya beli nasi ambeng di Klang, sambel jawanya dah macam 'sayur capcai'...haha..

Cara nak hasilkan 'LONTONG':

1. Sediakan satu acuan bulat panjang (macam batang tebu tu) as a base untuk bentuk lontong tu nanti.
2. Potong daun pisang secara empat segi. Setiap gulungan harus ada 4-5 lapis (untuk elak pecah).
3. Letak acuan bulat panjang di tengah-tengah dan klip daun kat bawah menggunakan penyungkil gigi tu (make sure patahkan yg bahagian tajam tu). Buat macam nak lipat kuih koci.
4. Nak senang, layukan dulu daun pisang tu - biar dia lembut, senang nak 'decorate', cewah!.
5. Letakkan beras (yg sudah dibasuh) sebanyak 1/4 dari kebesaran daun yang telah dihasilkan tadi (besar lontong depend pada acuan korang tu).
6. Susun dulu semua 'LONTONG' anda dalam periuk (kalau boleh periuk tinggi dan muat-muat utk letak lontong). Susun secara berdiri (menegak ye..). Kalau ada ruang yang kosong (maksudnya 'LONTONG' tak banyak, letaklah apa2 kat tengah periuk, janji semua 'LONTONG' bisa berdiri ketika dimasak!. *jangan baringkan 'LONTONG'...nanti hancur!
7. Lepas tu baru letak air. make sure 'LONTONG' anda semua tenggelam!. 
8. Rebuslah selama (paling cepat dalam 4 jam) kalau boleh 8 jam ke atas (nak tahan lama).
9. Bila dah masak, 'LONTONG' akan seperti (gambar diatas), kalau lembik sikit, try picit-picit bagi padat (jgn picit tengah, picit yang hujung).
10. Tunggu sejuk sikit baru potong okey?.

Now, resepi Sambel Jawa pulak!

Sambel Jawa resepi my MIL
Bahan-bahannya:

A. Perlu digoreng dahulu (ini utk size hidangan dalam 5-6 orang).

1. Tempe (potong dadu).
2. Kentang (potong tiga segi).
3. Tauhu (potong dadu).
4. Suhun.
5. Udang fresh (dalam 10 ekor).

B. Utk tumisan.
*Semua bahan-bahan ni harus di kisar.

1. Bawang Besar (2 biji).
2. Bawang kecil (5 biji).
3. Bawang Putih (4 biji).
4. Halia (sebesar ibu jari kelingking).
5. Lengkuas (sebesar ibu jari kelingking).
6. Sedikit kunyit hidup (sikit je).
7. Belacan (sebesar ibu jari).
8. Ikan bilis (dalam 20grm).
9. Udang kering (dalam 20grm).
10. Cili kering (dalam 20 tangkai) - depend pada tahap kepedasan anda!.
11. Daun limau purut (setangkai - buang yg tengah).

C. Tambahan (potong-potong):

1. Kacang panjang - potong serong.
2. Kubis.
3. Cili besar (merah).
4. Jagung muda.
5. Lobak merah - potong panjang.
6. Tauhu kering - rendam dan potong kecil-kecil.

D. Side:

1. Minyak utk menumis.
2. Garam.
3. Gula.
4. Kicap - yg sedap guna kicap ABC.

Cara memasak:

1. Panaskan minyak. Tumis semua bahan-bahan B (yg telah dikisar) sehingga naik bau - ingat!, mesti sampai masak ye (sebab ada cili kering).
2. Masukkan kicap - jgn banyak, cukup sekadar hitam.
3. Masukkan lobak merah dulu (sebab keras, lama masaknya) diikuti jagung muda, kacang panjang, kubis dan cili besar. Gaul sebati semuanya.
4. Masukkan bahan-bahan A yang telah digorang tadi satu persatu. Maksudnya, masukkan tempe dulu lepas tu gaul, lepas tu masukkan kentang dan gaul dan seterusnya. Gaul semua sebati. Kecilkan api masa ni.
5. Kemudian, masukkan gula dan garam sedikit.
6. Lastly, masukkan tauhu kering yg dah direndam tadi dan gaul lagi.
7. Finally, siap untuk dihidangkan.

Senang tak?. senang je tapi prosesnya rumit sikit tapi inilah resepi dari my MIL yang memang menjadi kegemaran suami saya!

That's all...enjoy..please try it!

P/S: Nanti saya nak share resepi orang Bugis pulak namanya 'BURASAK' dan satu lagi resepi my mak - Ayam Cleo..next entry okies...stay with me!

Regards, Dr to be - Intan

1 comment:

  1. Yesssss... Ni la lontong.... Mmg tgh crik cmner nk buat lontong ni... Hahahaha... Terbaekkk laa... Tp acuan tu xyah rebus skali kan... Hahahaha..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...