Thursday, July 25, 2013

Alhamdulillah...anak saya lulus entry exam ke sekolah Ibn Khaldun...

Assalam kawan2,

Harini dah masuk hari Nuzul Al-Quran di Jepun sebab dah masuk 17 Ramadhan 1434H.

In Sha Allah...

Harini jugak saya sangat gembira dan syukur pada Allah yang Maha Esa - anak saya telah lulus entry exam untuk memasuki tahun satu di Sekolah Ibn Khaldun, Shah Alam. Alhamdulillah, dia ambil exam pada 29 june yang lalu. Exam tersebut termasuklah ujian bertulis dalam BI, BM, Maths, Sains dan Agama serta interview face to face. Sekolah ni adalah antara sekolah swasta yang sangat famous dan agak sukar nak mendapatkan 'tempat' sebagai salah seorang studentnya. Butiran sekolah seperti disini.

Logo Sekolah
Barisan kepimpinan sekolah...sejuk mata memandang!
Husband saya kata, masa entry exam haritu, ramai yang datang (lebih 200 kot) tapi dia cuma nak ambil dalam 80 orang (cuma buka empat kelas). Alhamdulillah, memang rezeki anak saya untuk bersekolah di sana. Memang dah impian saya nak masukkan dia ke sekolah swasta berasaskan agama sepenuhnya. terima kasih ya Allah!.

So, dah dapat tempat ni dia kena jugak sekolah di sini. Plan mama untuk PhD jangan risau - at least, dia dah jadi salah seorang student di sana, lepas setahun baru ikut mama pun takpe!. Janji dia dah sah daftar as a student. Susah tu nak dapat masuk sekolah ni.

So, inilah hadiah utk birthday Dian tahun ni!. Semoga Dian akan lebih cemerlang di dunia mahupun akhirat. Mama mungkin tidak mampu nak beri ajaran agama secara menyeluruh tetapi at least, dah ada one step ahead dengan hantar dia sekolah yang berasaskan ilmu agama!. 

Mama nak Dian jadi seorang yang 'selalu ingat Allah'!.

P/S: Gembira tidak terkata!

Regards, Dr to be - Intan

No comments:

Post a Comment

Dugaan PhD di bumi UK

Assalam reader, Sudah 2 tahun 2 bulan saya di bumi UK. Alhamdulillah, banyak dugaan pahit dan manis yang saya tempuhi sepanjang menjala...