Tuesday, July 23, 2013

Takziah buat keluarga adik Nawal Airis...

Assalam all,

Macam mana puasa?. Dah sampai pertengahan bulan Ramadhan ni..Alhamdulillah, diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk terus bernafas dibulan yang penuh keberkatan ini iaitu bulan Ramdhan Al-Mubarak.

Maybe entry ni agak lambat disiarkan/dikomen oleh saya sebab saya pun baru sedar akan berita ini. Itupun dari FB kawan saya yang share satu catatan tulisan oleh blogger Fynn Jamal. Saya bukan nak komen pasal apa yang ditulis oleh Fynn Jamal tu, saya hanya terpanggil nak komen pasal kealpaan kita sebagai manusia.

Arwah adik Nawal Airis - syurgalah tempatmu wahai anak!

Apa yang telah berlaku kepada keluarga adik Nawal Airis adalah sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Kita tak tahu satu pun apa yang telah/akan diberikan oleh Allah. Kita kena pandang sesuatu itu dari sudut positif. Dan, kita kena ingat, ajal maut, perpisahan semuanya Allah yang tentukan. Tidak ada sesuatu pun yang boleh menghalang apa yang disebut oleh Allah sebagai 'Kun Fayakun'. Kealpaan, cuai ataupun apa saja perkataannya - yang jelas itu hanya simbolik kepada 'punca' kematian/perpisahan. Sebenarnya, memang itulah takdir yang telah Allah tetapkan sejak awal Allah meniupkan 'nyawa' kepada kita ketika dalam rahim kandungan ibu kita.

Tetapi, sebagai insan dan hamba yang lemah ini, tiada upaya kita menahan semua takdir yang telah Allah berikan pada kita. Pada saya cuma satu - berdoalah semoga sentiasa dilindungi oleh Allah!. Maybe itu yang saya 'tertinggal' suatu ketika dulu!.

Bila kematian yang melibatkan nyawa seorang kanak-kanak comel lagi-lagi masih kecil, memang ramai yang tidak tahan menahan sebak dan hiba. Kesian budak sekecil itu (3 years) yang dibiarkan sendirian di dalam kereta dalam waktu yang panas terik (cuaca Malaysia kan?.). Bila difikirkan, ramai yang berpendapat itu salah ibunya - kenapa tak check betul-betul?. Tapi, balik semula pada perenggan saya yang ketiga tu - 'Kun Fayakun'!. Allah dah menetapkan semuanya, cuma mungkin cara kematiannya agak tragis.

Okey, sekarang cuba fikir dari sudut positif. Kenapa Allah beri takdir sebegitu pada keluarga adik Nawal Airis?. Pada pendapat saya, mungkin ini sebagai satu tanda peringatan kepada kita semua (terutamanya di Malaysia - walaupun banyak je kejadian seperti ini di overseas) bahawa kita perlu 'alert' dengan keadaan sekeliling kita. Ini juga mungkin satu petanda dari Allah bahawa, jika kita tidak peka, akan banyak nyawa yang akan melayang dek kerana kes-kes seperti ini!. Allah dah bagi 'hint' dalam kejadian ini. Kalau tidak kerana kejadian ini, saya juga mana mungkin boleh 'teringat' akan keadaan sekeliling. Bawa kereta ikut suka hati padahal ada anak yang sedang duduk dibelakang!.

So, mungkin sudah ramai yang tidak ambil peduli akan keselamatan seperti ini. Walaupun kita tak perasan, tetapi ini mungkin satu 'message' dari Allah supaya kita lebih alert lepas ni!.

Wallahualam...

P/S: Allah Maha Mengetahui segala-galanya... 

Regards, Dr to be - Intan

No comments:

Post a Comment

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...