Wednesday, April 10, 2013

Musim harga barang murah...(di Malaysia)

Assalam all,

How are you today?

Harini saya nak borak pasal harga barang di pasaran Malaysia.

Tergerak nak cerita sebab saya ni insan yang sangat suka marketing barang2 dapur seminggu sekali dan semua harga barangan basah dan kering memang saya pantau. Setelah agak lama membuat beberapa hipotesis, dapat saya simpulkan disini bahawa:

1. Harga Tomato - musim harga murah adalah pada bulan Mac hingga Jun/Julai. Harga medium pada bulan ogos-sept. Start Oktober, harganya akan naik mendadak sehingga mencecah RM 6/kg. Saya memang akan membeli tomato setiap kali berbelanja barang dapur. Pada saya, Tomato adalah keperluan paling hit di dapur saya. Oh yea, nak beli tomato paling murah pada bulan mei sebab ketika itu negara2 pengeluar tomato sedang rancak meng 'harvest' tomato mereka. So, harganya boleh jatuh sekitar RM0.69/kg.

My most fav..tomato!

2. Harga ikan laut - ikan memang menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia. Ikan memang sesuatu makanan sumber protein yang sangat digemari. So, harga ikan selalunya akan tinggi masa musim tengkujuh. So, saya selalu jarang membeli ikan pada bulan nov-feb. Saya akan tukar menu kepada ayam, daging mahupun ikan sungai. Ikan paling murah dalam bulan apr-jun. So, try la makan ikan banyak2 masa ni.

Ikan laut...

3. Harga ayam - yang ni saya punya hipotesis mengatakan ayam akan mahal masa bulan kenduri kahwin. Biasanya, harga ayam mahal pada bulan mac, mei-jun, ogos dan nov-dec. Masa bulan2 ni, harga ayam boleh mencecah sehingga RM7.50/kg. Hehe,masa2 cuti sekolah a.k.a bulan kenduri kawin, saya tak makan ayam sangat. Kadang2 harga tinggi jugak masa musim perayaan terutama Hari Raya. Tetapi, selalunya time raya, KPDNKK akan pantau harga ayam.

Ayam..bermacam ayam...

4. Harga cili besar - Menurut hipotesis saya, harga cili besar akan mahal pada bulan okt-dec. Start pertengahan jan, harga akan mula turun dan sehingga bulan apr, harga hanya mencecah RM4.99/kg. Harga paling tinggi pernah dicatatkan adalah sekitar bulan Nov iaitu sekitar RM16.90/kg. So, pandai2 la nak makan cili time bila kan?Cili boleh simpan lama dalam peti ais jika tidak terkena air.

Cili Besar...

Ok, itu saja hipotesis saya setakat ni. Bukan senang nak buat hipotesis ni tau. saya rasa, ada lebih kurang 3 tahun untuk saya rumuskan disini. Yang lain, saya sambung entry akan datang.

Thanks.

Regards, Dr to be - Intan

No comments:

Post a Comment

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...