Wednesday, April 10, 2013

My Heartmate turns to 35 years today!

Assalam fren,

Happy Birthday my dear Husband!

Alhamdulillah. Harini genap usia my BFF dunia dan akhirat 35 tahun. Lagi 5 tahun untuk dia target berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan Haji. Saya mendokan impian beliau..aminn

Terima kasih Allah SWT kerana sehingga ke saat ini, kami masih bersatu dan keranaMu jua perhubungan ikhlas ini terus dan terus mekar dan mewangi, seharum wangian kasturi..cewah..hehe

Saya sangat sayangkan kawan baik saya ni demi kerana Allah SWT. Saya cinta dia selepas cinta kepada Allah. Rasa kasih dan sayang ini adalah anugerah dari Allah. Saya sangat bersyukur kerana diberi seorang 'teman tidur' yang sangat baik, penyayang, sangat ambil berat dan saya rasa tidak ada orang lain yang boleh menandingi kebaikan dirinya terhadap saya selama 7 tahun usia perkahwinan kami. 

Semua itu adalah kurniaan dari Allah. Tidak mungkin saya bertemu dengan seorang insan yang sanggup menyayangi diri ini walaupun banyak kekurangan disana sini kalau tidak dengan izin Allah.

Doa saya pada Allah, semoga suami saya dipanjangkan umurnya untuk terus beribadah, dberkati umurnya, diberikan kesihatan yang sempurna, ditetapkan hatinya untuk terus beriman kepadaMu, tabah dan cekalkan hatinya, kuatkan semangatnya untuk terus menjadi suami yang baik pada diriku dan papa yang penyayang pada anak2 kami, tetapkan hatinya untuk terus menyayangi ibubapanya dan yang paling utama hubungan kami suami isteri kekal sehingga jannah hanya keranaMu Ya Allah.

Nota Kaki: Saya sebenarnya nak buat sendiri kek tapi atas alasan yang tidak dapat dielakkan, saya beli je kek tiramisu..hehe..sorry..i am so busy lately!
Me and him..xoxo

Regards, Dr to be - Intan

No comments:

Post a Comment

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...