Monday, April 22, 2013

Akhirnya...saya akan terbang..

Assalam all,
Saya di kawasan Gyotoku...

Saya dalam Kelas di University saya (Meiji University)..

Alhamdulillah. Syukran Jazillan Ya Allah.

Masa yang ditunggu2 akan tiba. Lagi tiga minggu saya akan terbang meninggalkan Malaysia. Yang pastinya, saya request untuk terbang selepas pilihanraya Malaysia (PRU-13). Saya akan ke Lumut untuk mengundi di DUN Pangkor dan Parlimen Lumut. Saya excited Parlimen Lumut sebab x-boss saya bertanding. Tn Hj Imran adalah bekas Pegawai Memerintah saya semasa di KD PELANDOK sekitar tahun 2006-2007. Beliau sangat saya kagumi baik dari segi pentadbiran mahupun keperibadian. Sepatutnya saya kena terbang ke Tokyo pada minggu hadapan tetapi saya yang memohon untuk dilewatkan seminggu selepas selesai saya membuang undi. Nasiblah pihak university very understanding me!!..Alhadulillah..

Telor di Jepun - mahal ni..4 biji Yen190..huhu

Pilihlah calon dari kalangan orang yang layak dan boleh memimpin ke arah yang lebih baik. Kata orang era Khilafah Islam perlu dititik beratkan di Malaysia walaupun negara kita adalah negara yang berbilang bangsa, agama mahupun nasab keturunan.

Pelbagai sudut pandang boleh kita selidik bukan menggunakan emosi tetapi gunakanlah akal dan iman.

Yang penting, undi saya adalah rahsia..hehe..

Saya akan berada di Tokyo selama setahun dan mungkin lebih demi tuntutan ilmu yang perlu dihabiskan. Sebak rasa hati masa nak book ticket dan rasa sedih juga semasa dalam perjalanan ke Kedutaan Japan di Jalan Stonor, KL. Saya sedih sebab nak meninggalkan anak kesayangan saya tu. Saya doakan semoga dia sentiasa dilindungi oleh Allah. Start harini memang saya sangat2 sebak - tak tergambar dengan kata2. Bulan November baru saya dapat jumpa dia - planning nak main snow dengan Dian!

Ini cafe di University..

Kawan2 yang nak datang Tokyo, bagitaulah saya, email pun okies. Saya boleh bantu mana yang patut. Duit yen sekarang tengah rendah - sangat rendah! Bolehlah saya simpan sikit untuk jalan2 di Jepun.

Apapun, terima kasih Allah SWT yang Maha Memberi dan Memelihara. Tanpa Allah, mana mungkin saya menerima 'nikmat' yang sedemikian.

Regards, Dr to be - Intan

No comments:

Post a Comment

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...