Tuesday, April 09, 2013

Politik dan Pilihanraya...which one?

Assalam all,

Apa khabar harini?

Saya Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah memberi nafas untuk terus hidup di atas muka bumiNya ini. Tq Allah.


Lirik Lagu Itu Ini Begitu Begini –Mirwana & Altimet

(INTRO):

Kau membisik, Kau memanggil,
Cuba mengheretku ke ruang fantasi,
Bicaramu menggoda, Semua bagai indah,
Hanya madah sia-sia, Racun berbisa..

(CHORUS):

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta..

(VERSE 1)

Aku merenung ke luar tingkap
Memikirkan masa aku yang kian singkat
Merancang usaha aku yang perlu ditingkat
Terkenang masa lalu yang lebih ringkas.
Pesanan ringkas di alat komunikasi,
Bisik belakang lagi gosip sensasi
Dulu geli hati pernah ku minati
Yang dahulu manis kini aku rasa basi,
Bila diumpankan secebis umpatan,
Yang lebih penting lebih senang dilupakan,
Yang gangsa digilap kita sangka emas,
Kaca dikejar yang berlian lekas terlepas
Nasi yang dikendong senang tercicir
Bila sibuk mengejar madu mengalir dari bibir
Yang dijual murah untuk beli sepah,
Hingga tubuh kebulur, dan rohani resah

(Chorus)

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta.

(VERSE 2)

Satu masa dulu kita dua sejoli,
di antara hobi, bercerita di kedai kopi
Hingga pukul 2 3 4 5 pagi,
Malam tua tapi kita masih muda lagi
Gerak pantas mulut manis bila ada gadis,
Macam baju tukar laju biar mereka menangis,
Tak heran ada yang lain lain,
Kita saing bukan sukan hanya main main,
Bukan tempat aku untuk mencemuh mencaci,
Tapi aku bukan, lelaki itu lagi,
Kau ada hidup kau aku punya hal sendiri,
Lihat aku punya masjid indah yang terdiri,
Jauh sekali tempat aku mengadili
Tapi aku harap kau pandai membawa diri,
Kalau jumpa diluar pasti bertegur sapa,
Jemput ke rumah aku kalau ada masa,

(BRIDGE):

Helah dan dusta punca sengketa,
Menghancurkan segala,
Bawa sengsara dan airmata..

(Chrous X2)

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta


Lirik Lagu Itu Ini Begitu Begini –Mirwana & Altimet 


Lirik lagu yang pada saya sangat sinonim dengan bahang pilihanraya 2013!

Bahang pilihanraya semakin dekat. Malahan, macam2 kita boleh dengar dari pelbagai parti politik yang bakal bertanding merebut gelaran kerajaan yang bakal memimpin Malaysia untuk empat tahun yang akan datang. Bila tiba pilihanraya, saya selalu teringat pilihanraya di sekolah saya dulu. Dimana, kalau nak buat pemilihan bakal ketuapengawas, ketua asrama, ketua disiplin, setiausaha, bendahari dan sebagainya, kami akan ada pilihanraya. Memang bertanding dengan semangat betul. Saya masa ditingkatan lima pernah bertanding untuk merebut kerusi 'panas' pada ketika itu - penolong ketua disiplin. Hehe, rata-rata junior memang suka saya yang jadi timbalan - saya kan ke sangat berdisiplin..hehe. Junior2 saya buatlah kempen, tampal manifesto saya. Saya ingat satu manifesto saya ialah, 'tiada hukuman bersihkan bilik air jika dorm anda didapati kotor', haha..lawak kan?. Tapi dari situ pelajar akan belajar cara2 menjadi pemimpin.

Lepas habis masa berkempen, tibalah masa membuang undi. Siap ada SPR lagi, tapi itu sekolah la yang buat, terdiri dari cikgu2 sekolah. Semua pelajar akan membuang undi pada hari yang sama dan undi dikira setelah selesai semua mengundi dan pada malamnya, diumumkan pemenang DUN..haha..Saya memang dah agak akan menang berdasarkan 'populariti' saya di sekolah..hehe..

Bila saya renung balik, bagus sebenarnya bila kita jadi negara democrasi sebab kita berhak memilih pemimpin mana yang bakal menerajui Malaysia. Sekarang ni parliment dah dibubarkan. So, secara automatiknya semua parti adalah bukan kerajaan. Mereka harus berkempen sehinggalah tarikh membuang undi (mengundi) diadakan. Samada BN, PAS, Keadilan, DAP, BEBAS dan sbgnya, mereka bukanlah orang kerajaan pada masa ini. Rasionalnya, semasa berkempen mereka harus tidak membiarkan gelaran 'kerajaan' kerana ini boleh mengelirukan rakyat.

Tapi satu saja yang saya tidak berapa gemar - di Malaysia, pada hemah saya, pihak media samada elektronik mahupun cetak, terlalu bias, mereka sepatutnya natural, tidak berpihak dimana2 parti politik. Inilah baru namanya 'Negara Demokrasi'. Tapi, entahlah, itu apa yang saya pandang dari sudut sebagai seorang rakyat Malaysia. Tapi kalau kita lihat di Negara Indonesia (masa saya melancong ke sana tahun 2009), kebetulan masa itu mereka sedang mengadakan pilihanraya baru. Semua parti bebas membuat iklan di TV, beritanya memaparkan semua berita mengenai parti politik - tidak memihak pada mana2 parti politik. Keputusan adalah di tangan rakyat untuk menilai sejauh mana seseorang individu yang mewakili parti politik itu boleh memimpin negara.

Apapun, saya akan turun mengundi sekiranya saya belum lagi ke Jepun - In sha Allah.

Pendapat masing2..saya?? no comment!
Nota kaki: sebab itu di FB, saya akan like semua parti samada BN, PAS, Keadilan..saya like Dato Najib, DS Anuar, Tun Mahathir sebab kita kena lihat dan kaji kesemua pemimpin bukan berpihak hanya pada satu2 (taksub) saja. Saya nak jadi rakyat yang neutral dari semua segi. Sebab??

Lihat lah dari segenap sudut..In Sha Allah..

Regards, Dr to be - Intan

No comments:

Post a Comment

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...