Tuesday, March 19, 2013

Resepi Power: Daging cincang tumis Tomyam

Assalam all friend,

Sihat?Hope anda semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT hendaknya. Saya juga mohon begitu - diberikan kesihatan yang sempurna oleh Allah SWT untuk terus berdiri di atas muka bumi Allah ini. Yang pastinya terus dan terus berdiri demi jalan menuju syurga Allah - amin.

Harini saya nak berkongsi satu lagi resepi peribadi saya. Pada hemahnya, resepi ini sangat senang dan simple disediakan tetapi taste nya, memang sangat marvelous! Anda kena cuba sendiri baru boleh tahu akan kesedapannya.

Selalunya orang masak tomyam tak bertumis dan berkuah. Kali ni saya ubah sikit citarasa Thai ni dengan menumis mengikut citarasa orang melayu banjar. Haha, nak banjar juga - gasakla!

Daging Cincang Tumis Tomyam

Bahan-bahannya:

1. Daging Cincang - 600grm.
2. Bawang Besar sebiji - dihiris.
3. Bawang Kecil (2 biji) - dipotong empat/enam.
4. Bawang Putih (5 biji) - ketuk saja.
5. Serai (2 batang) - diketuk.
6. Cili Padi (5 biji) - diketuk.
7. Halia (sebesar ibu jari) - dihiris.
8. Daun Limau Purut (3 helai) - *jgn ambil tengah (urat), nanti pahit.
9. Sedikit air rebusan daging tadi.
10. Garam secukup rasa.
11. Minyak untuk menumis.
12. Paste Tomyam (dalam 3 sudu besar).
13. Tomato (ikut suka).

Bahan-Bahan penting

Cara Masak:

A.
1. Rebus daging cincang sehingga lembut (estimated dalam 2 jam).
2. Kemudian, biarkan sehingga sedikit kering dan air rebusannya hanya tinggal dalam secawan (agak2 je).

Daging yang siap direbus


B.
1. Panaskan minyak. Tumis bawang kecil, putih, halia dan serai sehingga agak kuning.
2.  Masukkan paste tomyam dan sedikit air rebusan daging (dalam secawan). Kacau sehingga naik bau.
3. Masukkan cili padi, daun limau purut dan daging cincang yang siap direbus tadi. Kacau sehingga agak mendidih rata.

Bahan-bahan tumisan

Setelah daging dimasukkan

4. Masukkan bawang besar dan garam secukup rasa.
5. Sedia untuk dihidangkan panas2.

Inilah hasilnya..yum..yum..


Senang tak? Senang kan?

*Tips:
1. Jangan letak air limau lagi sebab bila kita masak menggunakan paste tomyam tapi letak air sikit je, dia akan jadi masam. Lainla kalau betul2 masak tomyam (yang ada air tu), kenalah letak untuk fair kan rasa masamnya tu.
2. Kalau nak sedap tomyam, gunakan paste yang dalam botol kaca (product dari Thailand). Tapi, terpulanglah pada kehendak masing2 - kakak saya suka guna paste maggie, mak saya adabi, depend la.

Dari Thailand ni

3. Daun limau purut tu amik side tepi2 je, jangan masukkan yang urat tengah tu. selalunya yang tengah tu yang akan menjadikan tomyam kita pahit.

Hehe, itu sajalah resepi peribadi saya yang agak simple. Tapi yang agak leceh tang nak rebus daging. Tapi boleh saja guna daging yang bahagian peha, lembut sikit, masa memasak juga dapat disingkatkan. Bak kata Masterchef - daging 'rare'.

Selamat Mencuba. Enjoy!

Regards, Dr to be - Intan

No comments:

Post a Comment

Dugaan PhD di bumi UK

Assalam reader, Sudah 2 tahun 2 bulan saya di bumi UK. Alhamdulillah, banyak dugaan pahit dan manis yang saya tempuhi sepanjang menjala...