Thursday, March 07, 2013

Ya Allah..Pelihara Negaraku..Malaysia


Assalam all,

Tidak tergambar dengan kata-kata.

Malaysia oh tanah airku..tanah tempat tumpah darahku..

Hanya titipan doa yang tidak berhenti kepada Allah yang Maha Esa agar Malaysia sentiasa aman dan damai. 

Saya tidak menyebelahi mana-mana waima tentang politik sekalipun kerana saya juga mempunyai nilai jatidiri yang kuat. 

Suami juga bukanlah seorang 'anggota perang' seperti barisan infantri dan sbgnya - hanya kumpulan sokongan yang kalau tiada kumpulan sokongan mana mungkin Kapal boleh bergerak. Macam tu la kehendakNya - mana mungkin terjadi jika tidak dengan kehendak Allah SWT. Sebagai rakyat Malaysia yang bergelar warganegara Malaysia hanya mampu berdoa agar wira-wira yang sedang bertungkus lumus di medan perang dapat menghapuskan musuh yang ingin menguasai Malaysia.

Ayah saya seorang anggota perang sebenar tetapi ayah telah kembali ke rahmatullah 2 tahun yang lalu. Ayah adalah pasukan 9 RAMD yang mula memasuki arena perang ketika Jan 1971. Pada saya, ayah adalah seorang askar yang telah bertungkus lumus mempertahankan negara ketika itu. Menurut ibu, ayah selalu keluar masuk hutan (sekian lama), bukan untuk latihan perang (macam sekarang) tetapi berdepan dengan musuh sebenar. Masa itu, musuh Malaysia adalah Komunis. Bayangkan, Komunis hanya letak senjata sekitar lewat 80-an. Hampir 20 thn ayah dan kawan-kawannya berhempas pulas mempertahankan negara. 

Ibu selalu cerita, kalau ayah masuk hutan untuk misi, selalu sebelum ayah bergerak, dia akan berpesan 'jangan tunggu abang balik, jaga anak-anak'. Bila ibu cerita, saya selalu sedih dan pilu tapi ketika itu hanya ada abang dan kakak saya sahaja. Ibu juga kata, selalu kalau ayah masuk hutan (berbulan lamanya), masa balik, ada saja anggota yang meninggal (kena tembak). Saya dapat bayangkan perasaan ibu ketika itu. Gaji askar mana besar, mak kata sangat kecil - dalam RM170 saja sebulan. 

Ayah saya adalah orang penting dalam peperangan kerana ayahlah yang memikul radio set untuk berkomunikasi. Jika ayah ditembak, mana mungkin yang lain boleh selamat kerana komunikasi adalah yang paling penting ketika perang. Ayah selalu cerita, berbatu-batu memikul beratnya radio set itu. Kami adik-beradik sangat menghargai jasa dan pengorbanan arwah ayah untuk agama, bangsa dan tanahair Malaysia!

Sekarang, adalah masa untuk askar-askar sekarang mempertahankan apa yang telah dipertahankan oleh wira-wira terdahulu!.. Dan itu memanglah tujuan anda bergelar pahlawan.

Rakyat Malaysia harus turut sama mendoakan yang terbaik untuk wira-wira negara bukan melekehkan mereka kerana tanpa mereka, mana mungkin anda berdiri selesa sekarang!

Allahuakbar!!!

Alfatihah buat arwah ayah - 12 Mac 1954 till 27 Feb 2011.

My Ayah yang sangat ku sayangi..

Regards, Dr to be - Intan

No comments:

Post a Comment

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...