Thursday, March 07, 2013

Best sangat Filem Rock ooo..

Assalam all,

Apa kabar?

Saya? Ok saja - Alhamdulillah.

Filem Rock Ooo..

Hari ahad yang lepas, saya dan family ke panggung untuk menonton filem Mamat Khalid - Filem Rock Ooo..

Saya rasa ini antara filem yang hebat dan sangat lawak pernah saya tonton. Memang sebelum ni saya ada tengok filem-filem lawak yang lain such as Hantu Kak Limah 2, tapi filem Rock Ooo ni lain dari yang lain (pada hemah saya la..)

Maybe sebab saya lahir di zaman era rock Malaysia - sekitar akhir 80-an dan awal 90-an, so impak akan dunia rock tu terkesima sekejap. Memang saya tak amik port masa era rock tu sebab saya masih kecil tapi saya sudah berakal ketika itu even masih hingusan. Bukan apa, masa tu abang dan kakak saya suka dengar lagu-lagu rock (Ella la..mcm2 lagi..), so, secara tidak sengaja, saya juga turut 'terdengar' dan 'terhafal'..hehe..

Ni memang ada di zaman rock 80-an hingga 90-an

Imej memang kena..
Sebab itu bila tengok cerita Rock Ooo ni, saya terkenang kembali zaman2 abang dan kakak saya menampal poster2 artis di dinding bilik, beli kaset etc. Sampai kena marah dengan mak dan ayah. Hahaha...memang lawak. Semua lakonan dalam filem Rock Ooo tu memang 'sampai' ke dalam ingatan dan memori silam saya. Lepas tu ditambah dengan adegan yang mereka tak buat lawak tapi, kami sebagai penonton merasa lawak - spt dari segi pakaian, memek muka etc. Lakonan Que Haidar, Khir Rahman ang the gang sangatlah best!!lagi2 muka Khir Rahman tu kan??Lawak sungguh..

Tak rugi duit tiket even kami dapat seat 3 dari depan..haha..sakit tengkok..

Hahah..rock 80-an - kasut sport..hehe

Husband saya memang suka filem2 lawak. Saya pula suka filem imaginasi dan my dotter tu suka cartoon - memang berbeza minat kami. Tapi saya selalu mengalah, sebab kalau saya bawa husband tengok filem kegemaran saya - sure dia tidur saja, rugi kan? So, baik kami tengok filem komedi - semua happy..

Ada satu macam video klip yang dinyanyikan oleh Que Haidar - tapi saya search dalam YT takde - best video klip tu and suara que haidar pun not so bad.

BTW, tak sabar nak tgk lagi bila dah keluar dalam btk DVD.

Regards, Dr to be - Intan

No comments:

Post a Comment

Dugaan PhD di bumi UK

Assalam reader, Sudah 2 tahun 2 bulan saya di bumi UK. Alhamdulillah, banyak dugaan pahit dan manis yang saya tempuhi sepanjang menjala...