Sunday, February 17, 2013

Terima Kasih RM1k...

Assalam all,

Alhamdulillah. Esok saya ke Sg Buloh untuk menghadiri upacara penyerahan wang sumbangan kepada pesara tentera yg tidak berpencen sebanyak RM1000.

Syukur pada Allah SWT yang Maha Memberi.

Duit RM1k sumbangan kerajaan

Saya nak buat kenduri dengan duit itu - kenduri tahlil arwah ayah pada minggu depan di Johor. Serta, sedikit kenduri untuk saya yang akan ke Jepun tidak lama lagi. Terima kasih kepada kerajaan yang sudi memberi - tetapi semua ini adalah pemberian Allah (mereka hanya perantara).

Duit bukanlah segala-galanya. 

Tetapi sekarang segala-galanya memerlukan duit.

Kerana duit, manusia boleh rosak binasa. Ye, kerana duit manusia boleh musnah dan hancur.

Nasihat untuk diri saya sendiri:


Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Apabila hilang amanah maka tunggulah kedatangan Hari Kiamat. Maka bertanya seorang lelaki : Bagaimana hilangnya amanah itu? Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Iaitu apabila sesuatu urusannya diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kerosakan dan kebinasaan".(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).


Beringat sebelum ditimpa sesuatu. Jadikan segala kenangan dan dugaan sebagai pedoman di hari muka supaya tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan yang lama. Tetapi, dalam hidup, insan mana yang tidak ditimpa dugaan?bak kata pepatah: bumi mana tidak ditimpa hujan..

Doa saya pada Allah - 'saya ingin menjadi seorang yang kaya' supaya saya dapat membantu orang-orang yang susah. Aminn.

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

No comments:

Post a Comment

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...