Friday, February 15, 2013

Hadiah di bulan February...

Assalam semua,

Bulan February memang dinantikan oleh insan bernama...Intan..(ye, saya ler tu..)

Sebenarnya bulan february memberi 2 makna kepada saya semenjak tahun 2011 dimana, bulan february adalah bulan kelahiran saya (gembira) dan bulan pemergian Arwah ayah tersayang (27 Feb 2011).

Sebab itu saya memang berasa best tetapi kadang2 tak best sebab bila tiba bulan february, banyak benda yang terbayang. Sampai sekarang, saya masih tidak percaya yang saya sudah kehilangan insan yang bernama ayah buat selama-lamanya. Yup, ayah pergi buat selama-lamanya - tidak mungkin saya dapat bertemu dengan ayah lagi di dunia yang fana ini. Hanya doa dapat dipanjatkan ke atas roh arwah agar arwah ayah terdiri dikalangan golongan insan2 yang mendapat belas ikhsan disisi Allah SWT. Aminn..

Tahun lepas (2012), saya berjaya mendapat hadiah dibulan february dimana saya berjaya mendapat tempat sebagai salah seorang pelajar UTM yang ditawarkan membuat double master - Alhamdulillah.

Tetapi, bulan february tahun ini (2013), saya berjaya juga mendapat kejayaan yang semestinya pada saya adalah sebuah harga pengorbanan yang tiada tolok bandingannya. 

First, result 2nd last semester yang sangat cemerlang, pointer CGPA yang sangat2 best dan semestinya melebihi 3.85 (Alhamdulillah) even sebenarnya saya target 3.75 ke atas. Dan saya akan cuba maintain untuk result yang terakhir ini (last paper and final project - thesis). Sebab apa saya kena score gila2 macam ni? Sebab saya nak sambung PhD, so kelayakan untuk dapat biasiswa yang 'power2' contohnya, biasiswa Yang Dipertuan Agong, Biasiswa JPA, biasiswa MARA etc. semua kena pointer 3.75 dan ke atas. Sebab itu, saya kena betul2 focus dan doa banyak2 untuk mendapatkan results yang sangat2 power. Alhamdulillah, setelah tgk results, saya sangat2 genbira dan happy sebab segala jerih penat telah berbayar.

Second, 'small research' saya bersama salah seorang lecturer dari Meiji Univ - Prof Emeritus Dr Ross Mouer iaitu tentang Perception of Malaysian to Japanese Firm in Malaysia telah berjaya dan sangat2 success. Prof sangat suka dengan finding yang saya perolehi. Extract data yang saya buat sangat relevant dengan methodology yang ditekankan dalam skop kajian. Saya telah membuat kajian perception ke atas syarikat Shimano Components (Malaysia) Sdn. Bhd. yang beralamat di Pontian, Johor. Apa yang paling best, recommended marks for me is - 95/100. Yahoo, alhamdulillah ya Allah. Dan apabila di Jepun nanti, saya akan turut serta dalam research group prof. Itu invitation from prof, tapi saya belum decide.

A good comments from Prof Emeritus Dr Ross Mouer


Itulah rasanya hadiah buat diri ini yang sentiasa cuba untuk menjadi seorang yang penyabar, kuat semangat, tabah, cekal dan bertimbang rasa.

Yang paling susah pada saya adalah istiqomah.

Insya Allah, pada saya kalau kita nak menjadi tebaik, kita perlu berkawan dengan orang yang terbaik. Kadang2 kawan membentuk keperibadian kita sendiri - Wallahualam...

BTW, Doa saya pada Allah moga2 saya menjadi 'seorang yang kaya' agar saya dapat membantu orang2 yang susah.aminn.

Regards,
Fyad san


::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

No comments:

Post a Comment

Dugaan PhD di bumi UK

Assalam reader, Sudah 2 tahun 2 bulan saya di bumi UK. Alhamdulillah, banyak dugaan pahit dan manis yang saya tempuhi sepanjang menjala...