Friday, February 08, 2013

Serik untuk memberi pinjam...

Assalam all,

Alhamdulillah. Pre-Viva MEBM saya sudah selesai. Skrg adalah masa untuk saya concentrate final project (final thesis) yang dijangka berakhir pada bulan May ini. Dan, yeppy, InsyaAllah saya akan menerima scroll Ijazah Sarjana Sains (Kejuruteraan) pada bulan Sept/Okt tahun ini (2013).

Terima kasih pada Allah yang Maha Memberi.

Dan juga, Alhamdulillah, result semester lepas sangat cemerlang, pointer yang memberangsangkan (kalau masa ambil 1st degree dulu, conform saya dapat anugerah pingat emas) menghampiri four flate (ye ke??) - Alhamdulillah untuk itu. Saya bekerja keras untuk mendapat keputusan cemerlang ini dan tanpa bantuan dan restu dari Allah, mana mungkin saya memperolehinya.

Saya cuma sedih.

Saya berasa hampa dan sedih. Kerana hutang, saya kehilangan erti sebuah persahabatan. Salah ke saya minta balik duit yang telah dipinjamkan kerana dia sendiri yang berjanji untuk membayar kembali.

Entahla, rasa macam serik nak beri orang pinjam duit lagi. Tetapi, bila difikirkan, apalah sangat nak beri orang pinjam?. Tetapi, pada hemahnya, bertimbang rasa la. Kalau dah tahu meminjam, please bayar balik. Takdelah, orang dok merungut mengungkit itu ini. Tetapi, saya tak merungut just rasa tak puas hati saja - tergamak seorang sahabat melakukan tindakan sedemikian terhadap saya yang berkorban dan terkorban meminjamkan duit.

Bayar hutang - Faizal Tahir..

Maybe kalau saya tak beri pinjam duit, tak timbul masalah ini kan?relationship masih seperti dulu.. Entahla.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Segalanya saya serahkan kepada Allah.

Apa yang saya doakan pada sahabat saya tu - dia berbahagia hingga ke akhir hayat dan sentiasa dipermudahkan urusan.

Doa saya pada Allah lately - 'saya nak jadi orang kaya'..hehe..dengan tujuan supaya saya dapat membantu orang-orang yang susah..aminn..


::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

No comments:

Post a Comment

Dugaan PhD di bumi UK

Assalam reader, Sudah 2 tahun 2 bulan saya di bumi UK. Alhamdulillah, banyak dugaan pahit dan manis yang saya tempuhi sepanjang menjala...