Sunday, October 10, 2010

Tarikh 10.10.10

Salam Ukhwah semua..

Ehmmm, menarik kan tarikh 10.10.10??yeala, ianya sgt simbolik sbb berkaitan susunan angka yg cantik n unik..apa2 pun, semua menyedari hakikat ini lantas menjadikan tarikh ini sbg 1 kenangan dgn mengadakan majlis perkahwinan, pertunangan n apa2 sajalah, asalkan ianya sumber yg halal dan tdk mendtgkan maksiat..Dr SMS pun harini akan melangsungkan perkahwinan dgn org kampung akula..hahhaha..

Sebenarnya kita kena ingat, jgn fikirkan tarikh saja kena diingati tapi, apa2 pun dlm dunia ni kalau ianya berkaitan dgn kita, perlu kita ingat..sbg cth. tarikh lahir junjungan besar Nabi Muhammad SAW..itu kena ingat sbb benda2 penting..jgn kita asyik nak mengingat tarikh2 masihi, tarikh2 hijrah langsung kita lupakan..amacam tu??Ingatla, benda2 yg perlu kita tanam sbg hamba kepada Allah SWT..kena buat berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah..

Seperkara yg perlu kita hargai ialah bagaimana Rasullullah menyampaikan ajaran dgn penuh rintangan dan onak cabaran kan??so, byk peristiwa2 bersejarah yg perlu kita ingati spt perang uhud, badar dan sbgnya..benda2 mcm ni kena dilentur dari rebungnya lg..terutama pada jiwa anak2 kita yg sdg membesar..kena terapkan nilai2 kasih dan syg kepada Allah dan Rasul...jgn asyik memandang dunia sehingga lupa apa yg Nabi pesan, sehingga alpa dgn keduniaan membuatkan kita lupa agama dan plg dahsyat sampai lupakan Allah SWT..

Bila aku lihat dunia skrg, dgn kehidupan yg serba canggih dan penuh sesak dgn himpitan gejala sosial, aku mula rasa risau, bagaimana dgn anak2 aku yg akan membesar kelak??adakah mereka akan terus terjerumus dgn kancah anasir2 barat yg kadang2 pening bila difikirkan..kenapa anak2 muda terlalu gemar terikut2 dgn trend dan gaya barat?sedangkan kita masih segar dgn budaya timur kita yg pd dasarkan menerapkan imej dan tahap trend yg sgt sopan dan terpelihara?kenapa??

Yg lbh menyedihkan, kdg2 mereka pakai n ikut contoh barat tp mereka tak tahu pun apa yg sdg mereka ikut tu??org barat pakai dan buat ada sebab..tp kita??buat ikut suka, kononnya itulah trend dan budaya 'up to dated'..hmmm, entahlah, sayang nya jiwa dan naluri mereka yg bakal memimpin negara ini disodok dgn anasir2 begini??bagaimana dgn negara yg pd dasarkan Islam tetapi realitinya kebaratan..??Ini yg dipanggil revolusi..kalau zaman dahulu, evolusi digelar zaman perubahan berdasarkan teknologi terkini yg dihasilkan tapi kini, evolusi budaya yg kian rancak menular dikalangan masyarakat melayu terutamanya remaja!!!

Bukan tak ada yg masih mengekalkan budaya timur tp bilangannya sgt sedikit jika dibandingkan dgn yg 'up to dated'..takut kwn2 kutuk, takut kena perli dgn kwn2, mereka terikut2 dgn hasutan dan akhirnya diri terjerumus di dlm kancah peperangan dgn diri dan budaya..Masya Allah, mohon dijauhkan dari perkara2 ini..

Hasbunallahi wanik'mal wakil...aminnn

No comments:

Post a Comment

Dugaan PhD di bumi UK

Assalam reader, Sudah 2 tahun 2 bulan saya di bumi UK. Alhamdulillah, banyak dugaan pahit dan manis yang saya tempuhi sepanjang menjala...