Monday, January 26, 2015

Permohonan Visa Tier 4 General (sponsored) Student

Assalam rakan-rakan yang budiman,

Alhamdulillah, saya dah pun sampai ke stage yang terakhir - apply Visa UK Tier 4 for General Sponsored Student termasuk dependent husband and child.

Sebenarnya, kalau buat teliti betul2, InshaAllah takde masalah. Cumanya, kita ni kadang-kadang ada tersilap ke masa isi (sebab tak confident dan sbgnya). Sama macam saya, lepas je isi form, saya hantar pada agent untuk check kan untuk saya.

Untuk student sponsored macam saya - MARA so kalau bawa dependent kenalah ada prepared duit dalam akaun yang floating more than 28 days. MARA cuma cover bahagian saya je, so bahagian family kenalah usaha sendiri. Yelah, bersyukurlah sebab ada juga sponsored kan?. Lainlah kalau dapat biasiswa SLAB/SLAI dari KPT or JPA, mereka cover the whole family. Tapi pada saya even MARA cuma cover saya saja, rasanya elaun yang diberi sudah cukup memadai, kalau kita pandai budget la. Ingat tujuan asal ke UK tu untuk sebab apa?. Kalau rasa nak shopping sakan, tak dapek la den nak nolong..hehehe.

Sebenarnya, kalau tak prepared wang floating dalam akaun pun takpe sebab Malaysia ni sudah dikategorikan 'low risk country' by UKVI - so, memang tak perlu pun financial statement. Tapi, demi memenuhi/persiapan awal sekiranya visa direject semasa proses menghantarnya, so kami prepared sajalah. So, kami kena prepared 460GBP x 2 orang (husband and child) x 9 months = 8,280GBP (+- RM48,000) la. So, kena ingat, floatingkan more than 28 days.

Okay, untuk step-step permohonan visa bagi tahun 2015:

1. Buat TB test - either di Gleneglas or Life Care, boleh refer sini
2. Ambil gambar - pergilah kedai gambar dan bgtau nak buat visa UK, mostly mereka tahu kecualilah p amik kat kedai gambar di pendalaman kampung.
3. Dah dapat CAS - dari pihak university - valid 3 bulan je.
4. Dah dapat financial statement dari pihak penaja. Beza dengan financial affidavit, sebab yang isi takde maklumat lengkap tentang full budget yang pihak penaja letakkan. FA selalunya untuk admission purposely while FS is a detailed financial support letter.
5. Buat photocopy salinan degree2 kita - dari 1st degree sampailah ke master (kalau amik PhD).
6. Isi online di sini dan print.

Untuk dependent (husband/wife)
1. Follow step 1-2.
2. Buat translate sijil nikah - saya buat di Mahkamah Jalan Duta. RM30/cert. Call Cik Nora: 0127655444.
3. Buat photocopy semua sijil nikah (yang ori dan ori translate).
4. Isi online (lepas isi kita punya as 1st applicant, isi untuk 'someone else') - Tier 4 General dependent partner. - print.

Untuk Child
1. Follow step 1-2.
2. Buat translate birth certificate. Even pakai yang warna hijau (dwi-bahasa) by JPN, saya suggest buat translate sebab ada je perkataan yang still ditulis dalam bahasa melayu. Bukan apa, ini untuk memudahkan kita masa nak daftar anak bersekolah di UK nanti. 
3. Buat photocopy semua sijil2.
4. Isi online - Tier 4 General dependent Child - print.

Lepas isi online tu, kita kena click untuk appointment interview (untuk submitted semua form). Bear in mind, kalau time peak season (around bulan ogos till early oct), memang lama la nk dapat tempat untuk booking appointment tu. Alhamdulillah, saya masuk time bukan peak season, submitted visa online (lepas bayar-hari jumaat), hari isnin minggu depannya dapat tarikh untuk booking appointment. Bayaran untuk visa adalah 530USD or 310GBP or lepas convert ke RM dalam RM1900++ (bergantung pada rate harian la). Yang ruginya sebab time saya apply ni duit RM tengah jatuh merundum, so memang tinggilah nilai lepas di convert..huhu.

Semasa appointment:
1. Datanglah 30 minutes sebelum masa yang ditetapkan. Saya datang terawal 1 jam so, kena tunggu kat luar sebab memang pak guard tu akan beri masuk ngam2 untuk masa kita. VFS kat tingkat 19 ya di wisma MCA sebelah Hotel Continental. Tapi Alhamdulillah, disebabkan tak ramai orang so, mereka beri kami masuk awal dan ketiga-tiga kami masuk serentak (even masa lain2 masa booking online tu).
2. Lepas masuk kita akan di 'entertain' oleh akak kat kaunter depan tu. Dia akan check document kita satu2. Entahlah, maybe akak tu tengah 'datang bulan' agaknya, muka masam je. Saya tanya sikit dia kata 'sini bukan kaunter pertanyaan/check' - alahai, sedihnya. Tapi takpelah, still senyum je lah kami. 
3. Lepas tu masuk ke dalam satu lagi bilik untuk verify document sekali lagi. Masa ni saya tengok diaorang dah siap-siap nak masukkan semua document dan passport kita (termasuk passport2 kita yang lama).
4. Last sekali diaorang buat biometric - ada tanya sikit2 nama, tarikh lahir, no passport etc. Anak saya pun mereka tanya.
5. Diaorang akan beri resit - kena simpan molek2 ya resit ni sebab nanti nak collect visa kena guna resit ni. Normal visa diaorang proses selama 5-15 hari bekerja. Main proses di Manila.

So, kami now tengah tunggu je keputusan dari VFS Manila. Kita hanya boleh tengok samada visa kita lulus/tidak setelah kita dapat visa tu. Tiada email information dari diaorang kata visa kita reject ke or??. So, now kena berdoa dan tawakal banyak2 semoga Allah permudahkan segalanya. 

Tips:
1. Nak isi online tu memang serabut sikit, ada je yang tak faham. Tapi ikut je apa yang ada dalam CAS tu, follow through.
2. Kalau kita ada tersalah isi, boleh la mintak dibetulkan masa nak submit borang tu nanti.
3. Kalau agak-agak tak sempat nak buat (limited time, maybe dah dekat tarikh kuliah), bolehlah amik priority service, mereka charge RM580/person. Ada juga primetime etc. Saya tak buat tu semua, follow standard procedure sebab takde apa yang kami nak kejar.
4. Siap2la sign semua form visa tu - kalau tak kena sound la dgn akak kat kaunter depan tu macam kami kena..haha.
5. Sila buat salinan tarikh2 travelling kita (yang ada dalam semua passport kita) supaya senang nak isi online form tu nanti. Kalau passport dah hilang, abaikan jelah.

ginilah rupa visanya 

Itu jelah rasanya. Kalau ada apa2 pertanyaan, silalah isi diruangan komen..hehe

Regards, Dr to be - Intan

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam, boleh tau agent yang awak send untuk check visa tu selepas isi form?

    ReplyDelete
  3. Wasalam Azwa, saya guna agent JMECC di Subang Jaya.

    ReplyDelete
  4. Boleh tau kalau nama ada BINTI di dalam passport, perlu ditulis dalam CAS letter dan online visa application juga atau tidak perlu? Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, perlu letak exactly as stated in ur passport.

      Delete
  5. Assalamualaikum. Saya baru hbs isi dan dah submit form tuk visa. Tapi baru perasan ada slh dkt certain parts. SMua kesalahan ni kita leh tukar x?N to be exact nk tukar kesalahan ni dkt mana eh?Dkt kaunter dpn yg ada akak tu or bile dah masuk dlm sblm scan biometric bagai...n saya tak bubuh bin dkt situ xpeke ...sbb cas xde bin and ielts punya borg pon xde bin

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum kak..nak tnye ckt..klu nak collect visa kne bt appointment x?

    ReplyDelete

Dugaan PhD di bumi UK

Assalam reader, Sudah 2 tahun 2 bulan saya di bumi UK. Alhamdulillah, banyak dugaan pahit dan manis yang saya tempuhi sepanjang menjala...