Assalam dear friend,
Penat juga dengan persiapan sebelum ke UK ni.
Semua document yang perlu dihantar ke MARA sudah diselesaikan termasuk semua document berkaitan perjanjian. Now, tengah tunggu mereka masukkan duit untuk permulaan hidup di UK nanti. Mereka akan beri:
1. 6 bulan advance sara hidup - 1,012GBP/month.
2. Elaun penempatan - 1,380GBP.
3. Elaun buku - 375GBP/year.
4. Elaun pekakas - 200GBP/year.
5. Elaun pakaian sejuk - RM1,500.
Itu sajalah yang mereka beri untuk awalan hidup di UK - Alhamdulillah.
Tiket flight dan visa boleh la di claim di MARA London nanti.
InshaAllah, saya akan ke UK pada cuti CNY ini, sebenarnya saya perlu register pada 2nd Feb 2015 tapi disebabkan banyak hal yang tak settle, saya mohon defer 2 minggu dari pihak university.
Urusan rumah pula sedang disediakan oleh kawan saya di sana - Alhamdulillah, semoga Allah saja yang boleh membalas jasanya.
Ok now nak cerita pasal TB Test.
Inilah bangunan Life Care - macam Hotel 5 bintang!! |
Nak buat Visa UK, kena buat TB test, it's a MUST!. So, UK dah tetapkan hospital panel yang boleh melakukan TB test. Di Kuala Lumpur ni, ada 2 tempat iaitu Hospital Gleneglas dan Life Care, Bangsar. Setelah dikaji dan diselidiki, termasuk pengalaman kawan-kawan yang dah buat, mereka cadangkan buat di Life Care sebab resultsnya dapat on the spot (just tunggu dalam sejam). Kalau di Gleneglas, kena tunggu around 2-3 days.
So, document yang perlu anda bawa:
1. Passport - asal.
2. Offer Letter University - sebab ada alamat di UK yang perlu kita letakkan dalam certificate tu.
Saya ke sana jam 9pagi dan urusan semua settle dalam jam 11pagi. Mungkin sebab time ni bukan peak season kemasukan university di UK, orang tak ramai. Kosnya untuk dewasa (sebab kena buat X-Ray Chest): RM210 dan kanak-kanak (under 11years): RM175, sebab tak buat X-Ray Chest tu. Kalau takde apa-apa (maksudnya kita takde TB), hanya certificate je yg diaorang beri. However, kalau ada problem with our X-Ray, mereka akan beri salinan X-Ray tu.
So, certificate tu kena simpan molek-molek, valid selama 6bulan sahaja. Saya cadangkan dapat je cert tu, terus scan dan simpan dalam soft copy. Sebab nanti masa nak buat visa, mereka ambil yang original ni.
Staff di Life Care sangat baik dan sporting. Mereka akan guide dari A-Z, don't worry, even nak isi form pun diaorang akan pastikan kita tak silap isi. Form tu tak boleh ada kesalahan, kalau salah isi mereka beri sampai 2 kali saja, masuk form yang ke-3, mereka charge RM1/form.
Yang kenangannya - kami parking di basement, lepas tu bila nak bayar parking tiket, tak perasan machine tu hanya terima duit cukup2 untuk apa yang mereka charge. Suami masukkan RM10 sedangkan harga parking RM4, so RM6 tu burn gitu je - suami cakap, takpelah, sedekah kat mereka. Yelah, sedekah la sangat kan - dah salah sendiri..haha.
Okay, itu saja for now. Nanti saya update lagi perihal Visa pula.
Regards,
Dr to be - Intan
No comments:
Post a Comment