Sunday, June 30, 2013

Penangan Teduhan Kasih....

Assalam mine,

Yeah, untuk diri sendiri yg sedang sangat busy dengan final draft thesis.

Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar dan saya berjaya menghabiskan Msc saya. Ini hadiah untuk tahun ini kot. Tapi, yang sedihnya maybe saya tak joint convocation day bulan okt ni sebab saya berada di sini - Japan. Dan, memang dah isi form yang saya takkan joint convocation day. Sedih jugak tapi, apakan daya, saya memang tak boleh nak balik bulan okt tu. Tapi takpe, janji dapat scroll master degree tu - itu yg penting!!

Anyway, sebenarnya nak story pasal Drama Akasia Teduhan Kasih ni. Ke laut pulak intro saya. hehe

Abg Ehsan!!!

Saya mula2 memang tak tgk cerita ni, maklumlah, saya memang tak berapa minat cerita2 drama bersiri melayu kecuali yang pernah saya tengok drama Adam dan Hawa - memang minat separuh jiwa. Ahaks..

Tapi haritu, saya tertekan keyboard teduhan kasih. Haha, amik kau!! Terus try tengok episode 1. Lepas tu layan episode 2 dan lagi..dan lagi. Masa tu, kat Malaysia drama tu dah 18 episode. Perghhh, memang sangat sedih. Saya menangis tengok cerita tu lagi2 part mula2 yang si Effa tu kena pukul, herdik dengan mak tiri, kakak and husband dia. Dan, dengan semangatnya saya jadi adore cerita ni.

Ehsan and Effa...

Jalan ceritanya simple dan memang berlaku dalam pergolakkan masyarakat kita di Malaysia. Maybe ada some parts yang tak logik tapi, itulah drama melayu - cerita olahan la katakan. Tapi, bayangkan saya boleh tak boring langsung layan setiap episode berkali-kali lagi2 episode 16-22. Saya boleh tengok sehingga 5x, sebab best sangat. Orang kata watak Effa sangat emosional tapi pada saya kena dengan jiwa naluri seorang insan yang dilahirkan untuk menjadi sepertinya. Dan, yang paling best adalah watak Ehsan - Adi Putra.

Sejujurnya, saya tak pernah tengok pun drama lakonan Adi Putra. Saya tak pernah tengok satu pun. Drama tentang Dhia tu pun saya tak tengok. Secara jujur, sebab saya tak tengok drama tentang dhia sebab saya tak berapa suka lakonan salah seorang pelakon wanita dalam drama tu. Dalam erti kata lain, saya memang tak amik port lakonan Adi Putra!

Tapi, sejak saya tengok Drama Teduhan Kasih ni, aduhai..saya betul2 falling in love with Ehsan (not Adi Putra)!! Watak Ehsan dalam drama tu sangat terkesan pada saya. Saya pun start searching tentang dram2 lakonan Adi Putra. Pada hemahnya, saya rasa Adi Putra boleh bawa watak pelbagai cuma gaya bahasanya macam sama je. For example, dalam Filem  Aku Terima Nikahnya, Sehangat Asmara, ada dialogue yang sama - maybe Adi orang Singapore, cara cakapnya macam tu.."Effa lagi tidurkan Adam, ni siapa?"..Perkataan 'lagi' tu sinonim dengan dialogue Adi. Wah, macam buat hipothesis pulak.

Berubah

Yang paling best, saya merakan watak Ehsan itu mirip watak suami saya. Sejujurnya, suami saya seorang yang sangat caring, baik, tak pernah tinggi suara dengan saya, jujur dan kadang2 kala romantis yang kena dengan keadaan (dalam humor) - mcm Ehsan selalu cakap pada Effa "Lepas mandikan Adam, mandikan papa dia pulak..". Saya selalu dengar dialogue tu dari suami saya tapi bukan 'mandi' la..lain sikit (biarlah rahsia)..hehe

Dan masa silamnya yang saya tak tahu (tapi husband tak minum arak la)...???...Suami pun selalu bagitahu, yang silam jangan diungkit dan jadikan ia kenangan.

Saya ni agak kasar (memang totally different la dgn watak Effa)!!..haha. 

So, saya rasa saya cuba untuk jadi seorang isteri yang baik untuk suami saya. Sebab sebelum ni saya memang macam contra dengan husband - sikap saya dan dia sangat beza. Tapi, sejak saya tonton Drama Teduhan Kasih ni - Alhamdulillah, saya berjaya 'ubah' sikap dan pendirian saya terhadap suami saya!

Sejujurnya, saya sangat bersyukur dikurniakan oleh Allah seorang suami yang sangat baik. So, saya perlu mengukuhkan lagi pehubungan ini agar ianya lebih indah dan harmoni.

Dalam hati ini berkata, "Ya Allah, terima kasih kerana menemukan diri ini dengan seorang insan yang bergelar suami yang dapat memberi kebahagiaan buat hari ini, esok dan selamanya. Rahmatilah kasih sayang yang kami bina selama ini. Amin".

Mood: Teringin nak honeymoon ke Pulau.

My passion - Pulau Redang!!!

Regards, Dr to be - Intan

No comments:

Post a Comment

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...