Monday, June 10, 2013

Kata-kata semangat untuk diri ini...

Assalam all,

Ganku desuka?

Wah, bestnya dah nak masuk bulan syaaban. Boleh buat re-puasa..hehe

Ini kedai sushi - nama dia Sushiro..semua sushi dalam harga 105yen je

Saya, alhamdulillah. Sihat2 saja dibumi matahari terbit ini. Masih dengan rutin yang sama tiap2 hari dan tiap2 minggu.

Rutin saya:

1. Pagi ke Dai (University), duduk di student room untuk menyiapkan research. Kadang2 saya ke PC room sebab ada banyak benda nak print. Sekali sekala je saya ke Library - time pinjam buku je. Saya tak prefer duduk di library sebab senyap sangat..haha. Yang best kat Meiji ni, nk pinjam buku, order je online (kalau malas nak ke rak2 buku), boleh order dari bilik tau. Esok bagi kad kat librarian, buku terus dapat. Sangat efisyen dan saya sangat kagum!
2. Petang baru saya balik bilik dan kadang2 malam baru sampai bilik. Malam selalunya saya makan simple2 je, nak diet la katakan. Pagi selalunya saya akan masak dan bawa bekal (bento) ke sekolah. 
3. Hari isnin selalunya saya ada meeting dengan supervisor. Dari pagi smpai petang or tghari smpai petang. Macam tu la, sebab supervisor saya busy, so, we decided to have a meeting on monday only. So, memang time meeting, kitaorang akan discuss tentang previous dateline. Ok jugak idea supervisor saya ni, boleh di praktikkan masa PhD nanti. In Sha Allah.
4. Hari sabtu dan ahad buat masa sekarang saya jalan2 saja2 tengok bandar Tokyo. Tak pernah rasa nak berjalan2 sangat sebab banyak dateline yang kena patuhi. Dan, final report thesis UTM saya pun sedang dalam list untuk dilihat dan dihantar sebelum dateline. *alhamdulillah, habis jgk  master UTM saya.
5. Hari khamis malam saya akan joint adik2 junior disini bertadarus dan membaca yasin. Tak ramai student wanita di Meiji ni, hanya 5 orang saja. So, bilik pun kecil, muat2 untuk kami bertadarus. Alhamdulillah, terasa macam di asrama dulu.

Itulah rutin saya. Saya tak rasa boring pun sebab hari2 dapat video call dengan husband and anak. Hari2 ber whatsapp dan viber dengan husband, rasa macam dia ada disisi saya. 

Semalam saya dapat message whatsapp dari seorang kawan saya di Malaysia, katanya

 "Ujian yang kita hadapi ini hanyalah menuntut kepada kesabaran. Allah tidak akan menguji kita dengan sia-sia, pasti ada hikmah yang menanti. Kata orang, lebih dalam kita terjatuh, lebih sakit kita menderita, pasti kemudian hari nanti, lebih tinggi kita naik dan lebih bahagia rasanya - Tuhan sedang menguji kita".

Dia kata ini kata-kata dari Ustaz Kazim Elias.

Thanks my friend sebab memahami saya. Dan, saya kenal dia dari sejak bangku sekolah rendah. Dari dulu dia setia kawan dengan saya dan selalu beri kata2 semangat dan perangsang untuk saya teruskan kehidupan. Orang selalunya tak tengok kebaikan kita yang 1000 kali buat pun tapi cukuplah hanya satu kesalahan, di ungkitnya cerita tu selama mana yang boleh - lumrah manusia!

Minta dijauhkan dari bersikap begitu. Saya sedang berusaha untuk jadi lebih baik dari semalam. Kita tak boleh mengubah semalam tetapi kita boleh ubah hari ini dan esok. In Sha Allah, ingat Allah, hati kan menjadi senang..aminn

Dan, kalau saya share gambar2 saya di FB mahupun IG saya, itu tidak bermakna saya nak tunjuk lagak, hanya sebagai gambar pengganti diri dan semangat untuk diri ini yang "SAYA BOLEH!!!". Saya boleh lakukan perubahan malahan lebih baik dari sebelum ini. Semangat yang ada dalam diri saya ni kena sentiasa di asah dan dipupuk. Yelah, nak asah dan pupuk caranya kenalah sentiasa berfikiran positif!!

Inilah kerabu seaweed. Yang kerabu kelapa tu bawa bekal dari Malaysia, my MIL yang buatkan

Ayam masak kurma - made in Japan..wee

Chaiyok..chaiyok..

Okla, see u next time. Weee, dah ada dalam list UK University!!. I think, UK is better than Japan. Yeah, let me see the colorful exchange on it!..Hope my coming journal will improve my resume!!

Till see u next time..Gambate Kudasai!!!

Regards, Dr to be - Intan

No comments:

Post a Comment

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...