Friday, May 24, 2013

Cabaran di Jepun...

Assalam all friend,

Apa khabar semua?. Saya Alhamdulillah, masih sihat kerana diberikan oleh Allah kekuatan dan semangat untuk meneruskan kehidupan di bumi asing dari Malaysia - Jepun!

Saya dan anak kawan saya - Nurin Jeslina (terror Nihongo ni)

Sudah hampir 2 minggu saya disini. Urusan berkaitan resident card, insurance semua sudah settle. Termasuk juga urusan bank, saya sudah membuka akaun bank untuk memudahkan urusan pembayaran scholarship saya nanti. Scholarship masuk bulan July okies - so, sekarang adalah masa untuk berjimat..hehe..

Sepanjang dua minggu ni, saya mendapat bantuan dari kawan saya yang sedang menyiapkan PhDnya (final year) sebab dia pandai Nihongo (bahasa jepun). Saya masih merangkak mcm budak baru masu tadika. Tapi Nihongo ni mudah juga nak faham sebab banyak words dari English Words. For example, Door dalam nihongo di sebut Doar  macam tu la tapi kita faham la. And, banyak lagi perkataan yang agak senang nak faham. Tapi tulisan still kena belajar la. Kelas saya utk Nihongo pulak bulan Sept nanti baru boleh register sebab saya di register kan masa spring. Takpela, sekarang ni belajar sendiri dulu. In Sha Allah.

Yeye..parcel saya dh sampai dari Malaysia

Ok, sekarang saya nak story berkenaan cabaran di Jepun especially as a student:

1. Bahasa - of course, ni barrier paling besar sebab di sini semua menggunakan Nihongo. Perkhidmatan ke, service ke, government semua nihongo. Nak taknak as a student kena tahu nihongo even thesis kita dalam english sebab kita nak menggunakan perkhidmatan kat sini semua arahan dalam nihongo.

2. Waktu solat - Ok, sebenarnya takdelah cabarannya sebab itu adalah kewajiban setiap orang Islam. Tapi sebab dah selesa dengan waktu solat di Malaysia, so kat sini kenalah rajin sikit. Waktu yang paling mencabar adalah solat subuh sebab waktu subuh masuk dalam jam 230am. Selalu tidur dah jam 12mlm, then nak bgn pulak jam 230pg, perghh, cabaran tu. Tapi, kalau kat Malaysia dah biasa bangun solat tahajud, In Sha Allah, alah bisa tegal biasa la..In Sha Allah.

3. Train - Ini cabaran bagi mereka yang tak suka jalan kaki. Tapi, no choice kat sini. Di Jepun pengangkutan utamanya adalah train. So, kena jugalah berjalan - jauh juga. Dari rumah saya ke eki (station train) dalam 15minutes (ada 2 bukit). Kaki saya sangatlah lenguh kat sini. Malam je kena urut (sendirian la). Kat mana2 kita nak pergi, hanya menggunakan train takpun bus or teksi (tapi teksi mahal okies). Tapi, ini adalah permulaan yang baik untuk hidup sihat dan cergas..hehe

4. Makanan Halal - Yup, pada saya takdelah cabaran sangat sebab ada je ikan, seafood kat sini. Kalau teringin nak makan ayam, daging, boleh order online sebab mana ada jual kat supermarket. Boleh la order online tapi kena juga sebab boring la asyik makan maggie, ikan je kan?. Saya minggu lepas order di Baticrom.com (share dengan kawan saya) - ayam peha and ayang seekor (ayam seekor dalam 800grm, 290yen). Nak makan kat luar ok je tapi kena cari yang ada seafood la. Tapi agak mahal makan di luar berbanding masak sendiri di rumah. Dan kalau nak murah makan saja di cafe University.

5. Product cosmetic - warghhh, sangat murah okies. Contohnya product Meiko. Di Malaysia, kalau tengok harganya memang tak mampu akak nak beli dik non. Kat sini murah dan sangat reasonable price. Kalau ada kawan yang nak kirim, saya sudi membelikannya. Itu cabarannya sebab geram dengan harganya - nak beli je tapi memandangkan duit scholar tak dapat lagi, pendamkan dulu cita2 murni itu.

Mahal ni kalau kat Malaysia

6. Vacation - haha, takdelah cabaran sangat tapi if nak p travel around Japan or jiran2 Japan murah okies kalau through travel agent dalam University. Memang selalunya student2 Meiji Dai akan travel guna travel agent ni. Bayangkan nak p Seoul, Korea, kos hanya 24000yen (termasuk tiket flight, hotel and transportation), convert dalam RM700 mcm tu. Geram giler..Tapi saya dah tempah untuk mendaki mount Fuji bulan august ni (lepas raya) - cost hanya 10000yen (dalam RM300)..hehe

Itu la yang teringat di kepala setakat ni. Yang lain akan saya updated kemudian if teringat nak tulis lagi la pasal entry ni. Sebenarnya nak tulis pasal barang murah tapi next entry la. Saya suka telor and susu kat sini murah. Kalau lepas convert duit RM pun still murah - contoh susu segar (low fat) hanya 96yen (dalam RM3) 1Liter tau. Kat Malaysia paling murah pun dalam RM4.90 macam tu.

So, kesimpulannya, tengah dok fikir nak sambung PhD di sini or tidak?

Will do a solat Ishytikarah for that matter!

Regards, Dr to be - Intan

No comments:

Post a Comment

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...