Tuesday, September 20, 2011

In a way...

Assalam Ukhwah all,

Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar dan sekarang menghampiri penghujung, rasanya dah 40% nak habis dah sisa hidup saya dalam tentera. Lepas ini saya akan bergerak solo sebagai rakyat biasa, orang biasa, tiada sangkut paut dengan kerajaan. Saya rasa belum cukup bersedia tetapi saya akan cuba menyediakan diri dengan sebaik2nya, InsyaAllah. Saya berdoa semoga tiada halangan dan dugaan sepanjang urusan dokumentasi saya ini. Semoga semuanya success dan penuh keceriaan. Saya pun dah mula positif terhadap diri sendiri dan orang sekeliling. Saya dah start kelas untuk module ke 5 - Organizational Behavior (OB) yang saya kira sangat menarik dan terkesan. Bila dah masuk kelas, saya akan hilang perasaan kesepian tu sbb sepanjang kelas, saya akan menumpukan perhatian saya.

Sekarang ni tengah fikir apa akan saya buat lepas ni?terfikir nak buka cafe kecil dan comel di kawasan rumah ibu mertua saya, kota skudai. Disitu berdekatan dengan UTM dan saya mengimpikan sebuah cafe yang kecil dan comel. Cukup untuk membuatkan rutin harian saya sempurna dan teratur. Saya suka memasak, mungkin saya boleh apply kepakaran saya itu. Ehmmm, banyak yang saya fikirkan, mungkin ini adalah salah satu alternatif la. InsyaAllah, berkat usaha yang gigih, saya akan dapat mahligai kebahagian itu. Kalau tidak didunia, harapnnya di akhirat sana.

Berkongsi minat
Saya amat meminati sukan outdoor contohnya seperti berakit di dalam hutan lipur (kan ada sungai dalam gua kan?). Saya nak ambil lesen skuba, tetapi sehingga sekarang masih tidak kesampaian lantaran kerja2 yang sangat banyak di pejabat dan ini menyukarkan saya untuk mohon cuti. Kan best kalau kita yang jadi majikan??Cuti ikut masa sendiri. Boleh jadi flexible time, have fun dan sebagainya. Tapi, entahla, bila saya nak jadi boss agaknya yek??Dimana ada usaha, disitu ada jalan - InsyaAllah. Saya juga minat menulis, saya minat menulis novel tetapi saya tak suka membaca novel?kenapa?sebab saya ni otak matematik, tak suka nak membaca tetapi saya menulis suka la. Pelik kan??Bila la agaknya suami saya nak bawa kami berkhemah di dalam hutan agaknya?saya dah lama teringin sangat nak berkhemah. Hopefully dia baca tred saya ni, hehehe..

Berpindah
Saya mungkin akan berpindah ke Klang, menyewa sebuah rumah teres dua tingkat dengan harga RM600 sebulan. Rumah tu masih baru kerana hanya digunakan oleh sebuah syarikat untuk menempatkan kanak2 tadika. Akan tetapi, kenapa saya dapat murah?ye, sebab rumah itu terlalu kosong, tiada kipas siling etc. jenuhla kami nak beli kipas duduk ataupun berdiri. nasibla kat ruang tamu dia sediakan kipas, kalau tak jenuhla nak pasang aircond - yang tentunya akan memerlukan budget yg agak tinggi.Fuhh...

Rasanya itu saya entry saya buat kali ni. Masih blur utk menulis la. Not in good mood.

No comments:

Post a Comment

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...