Thursday, March 18, 2010

Kekayaan...

Salam ukhwan kwn2..

Aku nk bncg topik kekayaanla mlm nie..aku rasa nk share tntg kekayaan yang bagaimana kita sbg hamba Allah inginkan dan perlukan...ehmm, selalu org ckp "wei..kayala mamat tu, ada rumah besor, ada kete besor.." tp, betul ke 'mamat' tu benar2 kaya dan berharta?ehmm, itula yg aku nk kongsikan kat sini...topik bolehla dikatakan best dn perlu dikupas slow2...

In my opinion, kekayaan adalah benda yg sgt subjektif sbb kekayaan sbnrnya diukur pada wang ringgit, harta menda dan segala petaka saham...kat Malaysia, kita mmg ukur kekayaan seseorang tu melalui jumlah harta dan dana yg ada dlm akaun seseorg..tak mustahil la kekayaan tu dtg dr sumber2 perjudian sbb benda2 tu yg plg mudah nk dpt duit segera, betui tak??apa2 pun, kekayaan pada aku adalah budi pekerti, anak yg soleh/solehah, suami/isteri yg taat, doa2 dari kwn2 dan semua umat manusia..itu adalah harta kekayaan yg tdk boleh dinilai dan harganya terlalu tinggi utk di jual/beli..

Kenapa emosi beb?yea, mmg benda ni aku pikirkan dari sehari ke sehari..kalau anak aku berjaya ke menara gading, duit aku byk hntr anak p oversea, rumah besor, kete besor tp perangai??org dok ngata anak kita buat benda ni, benda tu.. rasa2nya senang tak hati kita?adakah dgn duit yg byk boleh byr sikap dan perilaku anak?inilah yg aku bimbangkan 10-20thn akan dtg..zaman aku membesar dulu tk sama dgn zaman anak aku membesar akan dtg..sgt2 berbeza dan aku takut dikemudian hari, anak aku terlupa mendoakan kesejahteraan aku dan suami bila kami telah menjadi penghuni kubur kelak..MasyaAllah, mintak dijauhkan..

Org kata, duit kena halal kalo nk dpt anak2 yg soleh/solehah..tp kan, halal ni pun subjektif beb..bkn apa, kalo kita tak mkn duit haram secara terang2an tp, kdg2 dlm sedar tak sedar ada ketikanya kita 'termkn' duit haram..cth??kerja pej dari jam 8-5 ptg tp jam 3 ptg da blik umah, balance 2 jam tu amacam??hah, itu yg aku takut sbb kdg2 aku pun terbuat jugak, tp aku balance kan dgn balik keje lewat hari2 yg aku byk keje kena buat..tp, yeala, kita manusia, takkan lari dari buat kesilapan, samada yg kita nmpk, sedar ataupun tidak...hanya Allah yg Maha Mengetahui segalanya..

Ehmm, ada org kata kekayaan itu adalah benda wajib yg perlu dilalui oleh setiap manusia, kalo tak kaya, mcm mana nak bg education kat anak kan??mcm mana nk p haji?macam mana nak menderma?tp pd aku, kaya tdk semestinya memiliki wang ringgit yg byk, kalo kita tdk byk duit, kita sedekahkan doa..tp kalo duit kita cukup2 mkn je, then, kita bersedekah dgn duit kita yg cukup2 mkn tu, InsyaAllah, Allah akan gandakan duit kita tu, trust me, aku da merasainya....

Okla, mlm pun da larut...masa utk tidur utk menikmati keindahan mimpi..moga2 dipanjangkan umur utk meneruskan kehidupan hari esok dan mendatang kerana tanpa hari ini takkan ada hari esok..

2 comments:

  1. aku ske ar entry ko nih.. wat aku terpk.. camane lah anak aku bila besar nanti, skrg bole lah aku marah2 jek klw dia wat menda aku x bekenan. Esok2 klw dia da lagi beso dr aku? haih.. sbb tu aku x plan nak anak byk2 pun spy bole didik btl2 anak yg menjadi amanah tu. Tapi bab sedekah yg kau ckp tu ayah aku pun salu ckp klw xde duit p sedekah.. aku terpk gak.. dah la xde duit p sedekah lagi.. tapi betul, kita kene percaya janji Allah yg akan bg 7 tangkai rezeki lagi pabila bersedekah.. aku pun dah rasa..

    sesenang visit blog aku deh;
    http://kerengga3.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. tula pasal lin...aku pun plan taknakla anak ramai2 sbb aku tau takat mana je kemampuan aku utk didik anak..sorg dua je da memadai bg aku..aku tkt dgn apa yg t'jd skrg, pengaruh terlalu kuat..apapun, InsyaAllah, kita doala byl2 semoga anak2 kita tak termasuk dlm golongan org2 yg tersesat..aminnn

    ReplyDelete

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...