Saturday, March 20, 2010

10 kisah tntg Facebook yg pasti buatkan kita terpikir...betui ke??

Salam kwn2..
Cerita disebalik kebenarannya...kadang2 kita tak perasan, tp benda ni mmg berlaku beb..
(sumber:Simfonikasih.net)

1. Gambar Dicuri Untuk Iklan
Sebuah keluarga dari Missouri telah mengambil gambar yang menarik untuk kad krismas mereka. Tetapi mereka tidak menyangka gambar itu akan muncul di suatu tempat yang mereka tidak sangka. Ya, imej versi besar tersebut telah ditemui oleh rakan kolej mereka di sebuah kedai makanan di Prague, Republik Czech. Foto mereka telah digunakan untuk pengiklanan tanpa kebenaran. Menurut pemilik kedai itu, Mario Bertuccio, dia mengambil gambar tersebut dari internet dan tidak menyangka ianya milik keluarga sebenar. 



2. Hilang Faedah Insuran Kerana Gambar
Nathalie Blanchard, wanita dari Quebec, yang memperolehi cuti sakit jangka panjang telah ditarik balik faedah bulanan yang diterimanya selepas meletakkan gambar dia sedang bergembira di Facebook. Wanita ini diberikan cuti dari pekerjaannya di IBM di Bromont kerana didiagnosis mengalami tekanan dan menerima faedah bulanan dari syarikat insuran The Manulife. Namun gambar yang menunjukkan dia berada di pantai, bergembira di pertunjukan Chippendales dan parti hari jadinya. Jadi syarikat insuran beranggapan yang dia tidak lagi mengalami tekanan dan berhenti membayar faedah kepadanya. Menurut Nathalie, dia telah memberitahu Manulife tentang percutiannya dan gambar itu bukan bukti yang mood-nya telah baik sepenuhnya.



3. Ubah Status Diri Semasa Majlis Perkahwinan
Apa yang pengantin lelaki perlu lakukan selepas sah berkahwin? Mencium pengantin perempuan? Tidak, bagi perkahwinan seorang geek. Sebelum mencium pengantin perempuannya, Dana Hanna, Pembina Perisian, mengambil telefon bimbitnya dan mengubah status hubungannya di Facebook dan Twitter. Dia turut memberikan satu telefon bimbit kepada isterinya untuk melakukan perkara sama. 



4. Ceraikan Isteri Menerusi Facebook
Perpisahan memang sukar bagi semua orang. Tetapi apabila mengetahui perkahwinan berakhir di internet, ianya agak melampau! Emma Brandy, wanita yang berusia 35 tahun terkejut dengan mesej yang dipaparkan di laman web sosial:”Neil Brady telah menamatkan perkahwinannya dengan Emma Brady.” Wanita itu hanya mengetahui tentang mesej tersebut apabila rakan baiknya di Denmark menghubunginya bagi memastikan sama ada dia tidak apa-apa. Bekas suaminya, Neil Brady yang kini tinggal bersama ibunya mengatakan bahawa dia ada memberitahu tentang perpisahan itu pada isterinya. Dan mengatakan “Saya sudah cukup bersabar dengannya.” Hm… sekurang-kurangnya dia harus berani memberitahu secara berhadapan. Pengecut? Ya, saya setuju.



5. Terlepas Dari Dakwaan Kerana Alibi Facebook
Rodney Bradford, 19 tahun, tidak pernah terfikir bahawa mesej yang ditaip di Facebook menjadi kunci kepada kebebasannya. Rodney menaip “Where’s my pancakes” pada 17 Oktober, pukul 11:49 pagi dari apartmen ayahnya di Harlem. Sehari kemudian, pemuda ini ditahan sebagai suspek rompakan. Peguambelanya, Robert Reuland, menggunakan mesej yang ditaip ketika rompakan berlaku sebagai alibi. Selepas diperiksa oleh pendakwaraya, dakwaan itu digugurkan kerana alibi yang tidak diragui.



6. Bertemu Keluarga Selepas 22 Tahun Diculik
Alex Anfuso, seorang lelaki Itali yang diculik oleh bapanya sendiri ketika berumur 5 tahun dan tinggal di Kaherah, Mesir selama 22 tahun dengan nama berbeza. Dia muncul di Facebook dengan mesej: “Nama saya ialah Alex. Saya sedang mencari keluarga saya. Saya sedang mencari ibu saya.” Pada 1987, ketika ibu Alex di penjara, bapanya melarikan dia dari Guidonia, Itali. Walaupun tinggal di Mesir selama 22 tahun, namun dia tidak mempunyai sijil kelahiran Mesir dan status penduduk di sana. Alex dapat berkongsi kisahnya dalam sebuah rancangan TV popular “Chi l’ha visto” (Who has seen them?”) dengan bantuan Pino Anfuso yang pada mulanya disangka saudaranya. Selepas kisahnya disiarkan, dia mendapat tahu bahawa ibunya telah meninggal dunia.



7. 1 Juta Undian Untuk 150 Tatu Pokemon
Seorang budak lelaki dari Ecuador telah membuka ‘group’ di Facebook dengan nama “If I get 1,000,000, I, Jose Romero, will tattoo the 151 Pokemon on my back”. Tetapi dia tidak menyangka cabarannya akan menarik ribuan orang seluruh dunia yang ingin menyokongnya. Selepas 24 jam, 50,000 orang telah menyertai ‘group’ ini. Melihat jumlah pengikut yang semakin bertambah, dia mengambil keputusan untuk menutup akaun Facebook-nya supaya tiada siapa yang dapat mencarinya. Pengguna yang kecewa kerana dia mungkir janji telah membuka ‘group’ bagi mengetahui di mana Romero berada. ‘Group’ ini mempunyai 600,000 pengikut!



8. Berkahwin Selepas Temui Nama Yang Serupa
Bukan sesuatu yang ganjil apabila pasangan bertemu secara online tetapi agak unik jika kedua-duanya mempunyai nama serupa. Lelaki dari Texas, Kelly Hildebrandt, bertemu seorang gadis comel dari Florida yang juga bernama Kelly Hildebrandt. Gadis tersebut secara suka-suka membuat carian namanya sendiri bagi melihat jika ada orang lain yang mempunyai nama sepertinya. Hasilnya, hanya lelaki dari Texas itu yang muncul. Dia menyapa lelaki tersebut dan 8 bulan kemudian, lelaki itu melamarnya!



9. Romeo Facebook Menyorok Dalam Almari
Seorang wanita yang terkejut telah menghubungi polis selepas dia membuka almari pakaian anak gadisnya dan menemui seorang lelaki berusia 19 tahun di dalamnya. Gadis berusia 13 tahun itu mengaku mengadakan hubungan seks dengan lelaki tersebut selepas berkenalan di Facebook. Menurut polis, lelaki tersebut telah menyorok di situ selama dua hari sebelum ditemui. Romeo Facebook ini ditangkap dan didakwa dengan kesalahan jenayah seksual.



10. Batalkan Perkahwinan Selepas Melihat Gambar Tunang Memeluk Wanita Lain Dalam Facebook
Beberapa hari sebelum perkahwinannya, seorang wanita telah meninggalkan tunangnya selepas ternampak gambar lelaki itu memeluk wanita lain dalam Facebook. Wanita tersebut telah menampal poster di sekitar Rome dengan kata-kata, “Thank goodness there’s Facebook! At least I’ve discovered you’re traitor pig before the wedding! Signed, your former betrothed bride and the 548 guests of our weding.” Tetapi ada yang mengatakan bahawa kisah ini tidak benar sebaliknya ia adalah kempen bagi filem Itali bertajuk “Feisbum”. 

No comments:

Post a Comment

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...