Friday, March 07, 2014

Definisi Perampas.. tribute to kes Hanez Suraya

Assalam all,

Minggu ni minggu yang penuh dengan cerita-cerita panas di Malaysia. Cerita itu, cerita ini...macam-macam!!. Dan, hari ini cerita paling menyayat hati - Datuk Seri Anuar Ibrahim didapati bersalah berkenaan kes meliwat pembantu peribadinya 6 tahun yang lalu. Biasalah, dah nak election kecil di Kajang plus DSAI dah beritahu mahu bertanding, so, faham-fahamlah...macam-macamlah propaganda bermula. Pada saya, kes itu sangat tak logik. Saya pernah berbual dengan salah seorang Imam Masjid di Yoyogi-Uehara, bila cakap saya dari Malaysia, beliau terus highlight pasal DSAI. Beliau amat mengagumi DSAI - itu orang luar, bagaimana dengan kita?. Entahlah, saya tak reti nak komen politik di Malaysia tapi saya sangat-sangat kesian dengan DSAI. Jika beliau teraniaya, tunggu saja balasan dari Allah di akhirat kelak (pada orang2 yang zalim dan tidak adil) dan jika sebaliknya, wallahualam.

Itu cerita DSAI - semoga Allah pelihara beliau. Beliau adalah antara tokoh pemimpin yang saya kagumi. Saya tidak menyebelahi mana-mana parti, saya menyebelahi pemimpin yang bagus. Jika DSAI di pihak BN ke, PAS ke, saya tetap akan mengagumi beliau. Saya kagum bukan berdasarkan parti!.

Sekarang nak cerita pasal minah gedik Hanez Suraya!.

KESETIAAN wanita di uji saat lelaki tidak punya apa-apa....
KESETIAAN lelaki di uji saat dia memiliki segala-galanya....


Okey, bukanlah niat saya nak buat post pasal minah ni tapi tiba-tiba tergerak hati. 

Sedih dan sebak dengan apa yang berlaku. Memang lumrah dunia artis kan - nak hidup senang, carilah ahli perniagaan yang kaya yang boleh support semua material funding kan?. Tapi tak semua artis macam tu, hanya sebilangan besar saja. Maybe nak cari yang ok tu satu dalam seribu kot.

Saya berborak dengan suami pasal kes minah ni. Husband saya hanya pesan:

'Kalau kita (lelaki) tak ke tempat-tempat maksiat or tempat-tempat mereka (artis etc), mana mungkin kita akan berjumpa dengan 'parasit2' ni'. 

Betul juga tu. so kesimpulannya saya pesan kat suami saya bukan artis je boleh jadi parasit, orang-orang kebanyakkan (rakyat marhaen) pun ada yang parasit. Lepas tu suami saya tambah:

'Itu namanya dah jodoh...kena redha dengan ketentuan Allah. Tapi sebagai seorang lelaki yang waras, abang boleh fikir, mana intan dan mana permata. Sedap sekejap je, tapi nanti sakit sepanjang hidup'.

~~sedap maksudnya hubungan ranjang.
~~sakit maksudnya kos sara hidup, maintenance etc.

Well said!!.

Tapi nampak sangatlah si minah ni sangat desperate!!. Simpatilah dengan isteri mamat tu yang sama-sama bertungkus-lumus jadi tulang belakang suami selama ni. Dia macam takde perasaan kan?, diaorang tu belum bercerai kot?. Saya tak faham apa perasaan dia - berkepit dengan laki orang, takde perasaan ke?. Ish, nak kata berlakon best, takdelah hebat sangat. Saya memang tak pernah meminati lakonannya selama ni.

Tapi dalam hal ni, bukan minah tu saja yang perlu dipersalahkan - si suami yang ibarat 'lembu dicucuk hidung'. Sanggup bela kekasih dan mengenepikan isteri yang selama ini telah melahirkan anak-anaknya. Pengorbanan seorang isteri tidak terhingga okey, mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak. Sakit ketika bersalin hanya Allah yang Maha Mengetahui. Tetapi akhirnya di perlakukan begini oleh suami yang tidak pernah berasa cukup dan puas!.

Entahlah..susah nak cakap. Jauh dari sudut pandangan peribadi saya - Hanez Suraya patut mengundurkan diri, mohon maaf pada Liyana Manan dan seluruh rakyat Malaysia. Kalau benar dia nak berkahwin dengan mamat yang kononnya kaya-raya ni, tunggulah sehingga mereka selesaikan kes rumah tangga mereka. Takpun, berbaik semula adalah yang terbaik. Cubalah cari jalan penyelesaian yang terbaik. Perceraian memanglah perkara halal tetapi itulah yang paling dibenci oleh Allah SWT. 

Marilah semua rakyat Malaysia, mendoakan rumah tangga Liyana Manan dan suaminya. 

Definisi Perampas: Mengambil hak orang lain.

Regards, Dr to be - Intan

No comments:

Post a Comment

Dugaan PhD di bumi UK

Assalam reader, Sudah 2 tahun 2 bulan saya di bumi UK. Alhamdulillah, banyak dugaan pahit dan manis yang saya tempuhi sepanjang menjala...