Wednesday, January 09, 2013

Lagu keinsafan Shahir...

Assalam and hi,

Its free now to blogging walk.

Takdelah free sangat tapi at least saya memperuntukan masa sedikit untuk updated blog. Yelah, kan blog ni akan jadi simpanan dan kenangan saya dimasa hadapan. Manalah tahu, anak, cucu, cicit saya nak baca apa yang saya tulis sepanjang perjalanan hidup di alam maya ni..InsyaAllah.

Doa ketika sujud solat sunat hajat..

Tiada kata secantik bahasa nak saya bagitau bahawa artis sekarang dah banyak ke arah akhirat dan dalam erti kata lain mereka dah bawa masyarakat ke arah yang lebih baik samada dari segi penampilan (walaupun masih ada yg seksi) mahupun lagu2 yang disampaikan. Banyak unsur2 agama diselitkan dan ianya agak sedap didengar. Dan, yg paling best, ada penyanyi yang berduet dgn kumpulan nasyid. Banyak lagu2 ketuhanan melalui 'joint venture' macam ni-Alhamdulillah. Saya berdoa semoga Allah menitipkan hidayah yang berkekalan dalam hati dan jiwa sanubari mereka2 yang telah 'kembali' ke jalan kebenaran termasuklah diri saya yang hina dina ini.

Yang penting, kalau nak taubat, kena istiqomah atau dalam bahasa jepun nya Kaizen atau dalam bahasa inggerisnya synchronicity atau dalam bahasa melayunya berterusan. Amik kau, saya bagi semua..hehe

Sebenarnya susah juga nak istiqomah ni, tapi boleh dilaksanakan bak kata Prof Dr Muhaya, kalau nak istiqomah, buat perkara itu dalam masa 40hari secara beterusan, InsyaAllah ianya akan jadi semulajadi dan tetap ingin dilaksanakan sebab kita dan terbiasa buat..Wallahualam.

Sama macam puasa di bulan ramadhan kan?

Mula2, dua tiga hari memang rasa perit tapi lama2 dah terbiasa - betul tak??

Macam saya, saya try utk kurangkan bercakap, hanya bercakap bila perlu dan hanya dengan husband, mak, kakak and my dotter. Alhamdulillah, saya dah terbiasa dan memang saya nak kurangkan bercakap perkara2 lagho dan cuba untuk istiqomah. I done it!

Oklah,panjang pula intro saya kan??Saya nak share lirik lagu Shahir yang amat menyentuh rasa hati saya. Bila difikir balik, banyaknya dosa saya pada Maha Pencipta saya sendiri. Kadang2 saya malu nak minta macam2 dariNya sebab saya banyak 'terlupakanNya' suatu masa dulu. Dan sekarang, saya sangat bahagia - entah mengapa, sangat bahagia disisi suami, anak dan keluarga saya. Kawan2 yang 'sedang2' saja umpanya hanya berjumpa ketika dalam kelas dan sebagainya. Semua masalah saya hanya kongsi dengan husband saja. Sesungguhnya suami saya adalah teman sehidup semati saya. Dia memahami semuanya tentang saya. Dan, impian saya adalah untuk menjadi isteri, sahabat dan penemannya yang setia menanti sehingga ke akhir hayat dan bertemu kembali di syurgaMu ya Allah-InsyaAllah.

Macam mana nak masuk syurga kalau banyak buat dosa??

Saya tetap dengan doa saya - Taubat nasuha dan ampunkan segala dosa dan kesalahan saya Ya Allah samada yang kecil mahupun besar. Bimbinglah diriku ke jalan yang Kau redhai. Tetapkan hati dan imanku hanya padaMu dan titipkan hidayahMu yang berkekalan dalam hati dan sanubariku Ya Allah.

Shahir-AF8

Aku Yang Berdosa


Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan Mu

Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku

Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku

Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu



Biarku bersujud padaMu ya Allah..

Ya Allah, pelihara setiap zuriat dan keturunanku dari melakukan maksiat terhadapMu..amin yarobbalalamin...

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

No comments:

Post a Comment

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...