Saturday, September 20, 2014

Kenapa nak sambung PhD?

Assalam everyone,

Today was my IELTS day and i bet, it's my hectic day. Ambil SPM pun tak pernah rasa darah gemuruh yang macam ni..phewww!!

trust me!!

By the way, usaha sudah, now time to doa and tawakal dengan apa juga keputusan. Saya berharap agar keputusan tidak mengecewakan, jika tidak terpaksa tukar plan.

Okey, tujuan entry ni nak sembang mengenai tujuan asas saya untuk menyambung pengajian di peringkat tertinggi, PhD. Ayat cliche, 'nak bergelar doktor la'..tapi, cop, itu rasanya bukan tujuan utama saya.

Kalau tanya pada saya, kenapa sambung PhD, ini jawapan saya:

1. Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sehingga ke pangkal lengan - alang-alang belajar, biarlah sampai ke peringkat tertinggi dan kalau boleh sampai post-doc!.
2. Memang cita-cita sejak habis first degree. Masa zaman sekolah dulu, tak tahu pun pasal sambung2 belajar ni.
3. Nak jadi pendidik yang competent dalam bidang kajian saya kelak. Pendek cerita, nak jadi pakar industry la, InshaAllah.
4. Saya minat bidang penulisan dan kajian, tapi bukan experiment la, dah puas berexperiment masa zaman ist degree dulu. Now, time to spent on reading a journal.
5. Sebenarnya saya nak sangat jejakkan kaki ke UK, so dengan menyambung PhD, mungkin hasrat ini akan tercapai. Sebab Master dah di Japan (itupun bukannya atas perancangan, just ad hoc planning). Mulanya saya hanya buat master di UTM, then my school (Razak School of Engineering and Advance Technolgy) promote a double master degree, then i cuba nasib. Luckily, i dapat!.
6. Memang dorongan 100% dari my husband yang nak sangat tengok wife dia ni berjaya genggam scroll PhD, probably in UK.
7. Dalam family saya, hanya saya yang berjaya sampai ke peringkat ni, so saya nak jadi pemangking (cewah ayat..) pada yang lain-lain untuk terus menimba ilmu.
8. Nak cabar diri.
9. Nak ada dissertation sendiri - probably jadi rujukan untuk next generation.
10. Okey, last...nak dapat tittle Dr!.

Tipulah kalau cakap taknak gelaran Dr tu!.

So, kalau nak diikutkan...memang banyak cabaran dan rintangan sepanjang perjalanan PhD saya ni terutama 'tragedy' yang pernah menimpa saya suatu masa dahulu. Itu semua adalah asam garam kehidupan, takde yang mudah. Allah beri ujian semua bersebab, kita je yang kena sentiasa bersangka baik dengan Allah - InshaAllah.

???

Last but not least, mohon doakan saya selamat menyelesaikan semua document, offer letter, visa n last flying high to UK.

Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian, melainkan yang beriman dan yang beramal soleh.

Regards, Dr to be - Intan

No comments:

Post a Comment

Dugaan PhD di bumi UK

Assalam reader, Sudah 2 tahun 2 bulan saya di bumi UK. Alhamdulillah, banyak dugaan pahit dan manis yang saya tempuhi sepanjang menjala...