Wednesday, July 31, 2013

Photo-shoot: Feeling like a Tyra Bank gitu...

Assalam kawan-sekalian,

Happy dan sangat gembira dibulan July sebab:

1. Bulan Ramadhan byk dibulan July.
2. My dotter birthday dibulan July.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah untuk merasa berpuasa di tahun 1434H ini. Saya secara jujurnya, sangat-sangat sedih dan tak happy sebab tahun ni beraya tanpa suami dan anak disisi. Tapi, demi ilmu ini, ku gagahi juga!.

So, sekarang ni tengah musim panas a.k.a summer di Japan. So, cuacanya memang agak panas dan membahang. Pulak tu sekarang bulan puasa, memang terasa tapi itu semua tidak mematahkan semangat untuk meneruskan kelangsungan hidup sebagai khalifah Allah!.

So, last 2 weeks, saya ada ke salah satu Masjid di Japan yang terletak di kawasan Yoyogi-Uehara. Tempat ni memang famous dan glamour dikalangan orang muslim sebab ada masjid dan kawasan ni pun memang kebanyakkannya didiami oleh orang-orang islam dari Mesir, Pakistan, Egypt, India etc. So, Masjidnya agak besar dan di sinilah tempat orang islam bersolat jumaat. Kat sini pun ada satu restoren Pakistan yang menyajikan hidangan nasi beriyani yang sangat sedap - hanya pada hari jumaat okies!. Nasi beriyani dia memang terbaikla sebab memang beras basmati betul-betul dari Pakistan!.

Ha...nampak tu??panjang kan berasnya??...sedap!!!!
Pintu depan (atas) Masjid Yoyogi-Uehara...
Pandangan dari luar...kawasan sekitar...
Dalam masjid...cantik kan???...subahanallah!!!

And, kalau korang ada berkunjung ke Tokyo, jangan lupa berkunjung ke masjid Yoyogi-Uehara ni!.

Okey, entry tentang photo-shoot kan?.

Sebenarnya, takdelah photo-shoot sangat. Tapi, saja gatal-gatal nak ambil gambar sempena musim panas ni. Saya dengan gigihnya memakai baju kurung ke Masjid Yoyogi-Uehara (untuk Iftar). Kebetulan pulak, masa nak pergi tu hujan, so, photo-shoot nya jadi macam lagu 'memori daun pisang' la!

Feeling like a Tyra Bank edisi Malaysia!
Me and my Nureen!
Haha...caption??
Jumpa basikal...pun belasah!!!
Jumpa kawan-kawan baru di Masjid!

P/S: Nanti boleh sembang pasal Masjid Yoyogi-Uehara lagi...next time okies..

Regards, Dr to be - Intan

Tuesday, July 30, 2013

Sembang malam: bersangka buruknya manusia...

Assalam kalian,

Salam ukhwah di bulan Ramadhan Al-Mubarak 1434H.

Saya sihat-sihat saja dibumi Nihon ni. 

Harini nak borak/sembang pasal betapa kita ni sebagai manusia sentiasa bersikap 'sangka buruk'. Dulu masa kecil-kecil, mak ada pesan kat saya - 'kita kena sentiasa fikir benda yang buruk-buruk sebelum dapat berita baik'. Maksudnya, kena sentiasa fikir worst scenario rather than all positive happen!

scratch foto me and Dian!

Tapi, sebenarnya, buruk perangai jika semua benda kena bersangka buruk!. Kita diajar supaya sentiasa berfikir positif atas semua perkara. Tapi, taklah saya kata pesanan mak saya tu salah. Sebenarnya, bila orang tua cakap macam tu...itu sebab dia suruh kita jgn 'over confident' sebab nanti bila kita gagal/fail, kita akan cepat menyalahkan keadaan persekitaran (orang, benda, things) dan yg paling worst kalau menyalahkan takdir.

So, check it out ayat-ayat ni..anggaplah ini puisi ke, syair ke or sajak ke..(depend la kat kalian).

Bila kita log in facebook...
tengok-tengok tetiba 'hang' or 'slow download'...
kita cakap: ini mesti ada orang 'hack' account aku!

Bila kita mula bisness..
tak laku-laku or takde customer...
kita cakap: ini mesti ada orang 'santau' bisness aku!
hoho...

Bila kita tak score dalam exam...
results selalu teruk padahal dah study gila-gila...
kita cakap: ini mesti cikgu/lecturer tak tanda betul-betul!
hoho...lala...

Bila kita tgh drive kat jalan raya/highway...
tiba-tiba jammed teruk...
kita cakap: ini mesti ada accident kat depan!
hoho...

Bila kita tak kahwin-kahwin (umur dah lanjut)...
kita dah banyak kali ushar awek/pakwe baik punya...
kita cakap: kena mandi bunga ni, ini mesti ada orang tutup jodoh aku!
hoho...lala...

Bila kita tengok ada pergaduhan...
punyalah ramai orang kerumun nak tengok, kita pulak malas nak tengok...
kita cakap: ini mesti india dengan china gaduh rebut tapak!
ye...ye...

Bila kita tengok berita orang kena tangkap...
ish...jahatnya dia ni...(sambil geleng-geleng kepala)...
kita cakap: ini mesti mak bapak tak ajar ni!
lala...

Bila kita tengok orang ada kereta besar, rumah besar...
fulamak...kalaulah aku ada semua ni...
kita cakap: kaya orang ni, mesti amik rasuah takpun jual dadah or buat benda haram!
hoho...lala...

Bila kita tengok orang bersedekah...
kita pun dok mencebik...
kita cakap: ala, nak menunjuk dia ada duitla tu!
hoho...lala...

P/S: Betul tak??...ini apa yang saya rasa...sometimes based on pengalaman!

Regards, Dr to be - Intan

Monday, July 29, 2013

Anak Malaysia dibumi Nihon a.k.a Japan (Salam Perantau)

Assalam kalian semua,

Bulan July ni banyak pulak idea saya nak tulis entry...!!

Maybe sebab:

1. Waktu tidur yang dah terbalik. Saya akan stay sampai jam 4-4:30 pagi (waktu Japan) sebab nak solat isyak + sunat terawikh waktunya dah nak dekat subuh (subuh jam 2:50 am), so, better saya stay up dan saya akan tidur lepas tu (sekejap). So, in between, memang saya ada waktu free untuk 'hands on' dengan internet.

2. Semangat nak updated blog sepanjang berada di Japan ni. Yelah, lepas ni hanya jadi kenangan kan?.

3. Memang tengah banyak sgt idea.

Lagipun, ni bulan Ramadhan. So, pecutan untuk mendapatkan malam lailatul qadar tu memang tengak memuncak kan?. So, sambil menyelam minum air la..hehe

So, haritu kami ada amik gambar di depan pintu depan University kami iaitu Meiji University. Cadangannya nak hantar ke 'Salam Perantau'. Hehe...Kawan saya dah hantar pun, tapi tak tahulah tahun bila baru nak keluar paper sebab hantar pun dah lewat.

So, check it out!!. Inilah gambar kami di depan University kami. 

Saya yang pakai cermin mata tu...yehaa!!

Salam Perantau dari saya di bumi Nihon!!.

Regards, Dr to be - Intan

Sunday, July 28, 2013

Persiapan mendaki Gunung Fuji a.k.a Mount Fuji, Japan

Assalam all,

Harini dah masuk hari ke 19 ramadhan dan ada lagi 10 hari kita berpuasa sebelum menyambut bulan syawal. Sedih rasa sebab sekejap je rasa masa di bulan ramadhan ni. Alhamdulillah, Allah masih memberi nyawa untuk merasa nikmat berpuasa di bulan ramadhan al-mubarak!.

Okey, tajuk entry memang macam bagus la orang kata..hehe..

Saya akan mendaki gunung fuji pada bulan ogos ini - lebih kurang dua minggu selepas beraya. Planning dah buat dari bulan May lagi. Saya akan mendaki bersama-sama kawan saya dan anaknya berusia 9 tahun. Ini first time untuk mereka berdua tapi maybe 4th time for me?.

Sejarahnya, saya dulu-dulu (masa zaman riang ria anak remaja) ada pengalaman mendaki gunung seperti gunung kinabalu (KK), gunung tahan (Pahang), gunung santubung (for Triathlon - Sarawak) and ada gunung-gunung kecil di Johor (tak ingat). Yang paling mencabar adalah gunung tahan sebab track dia sangat scary kot?. Tapi itu semua cerita back to 13 to 10 years ago kot?. Masa tu tengah gagah perkasa, belum ada belah perut (bersalin)!.

Now???

Tak tahulah nak kata. Ini maybe percubaan pertama saya setelah lama 'pencen' dari dunia mendaki gunung!. 

Dan, jangan tak percaya, saya dulu adalah salah seorang peserta Triathlon dan Malakoff. Saya dan team bertarung sehingga ke Sarawak!. Banyak juga tournament yang saya dah joint as di Melaka, Negeri Sembilan, KL and Johor. Sangat seronok pengalaman tu semua sebab berlari sebelah 'minah and mat saleh' kot?. And, my fastest record in running for 10km is 48minutes - that's was awesome and 'only for my own record'!. Dan, jangan tak percaya, tournament Triathlon di Sarawak larian adalah sebanyak 20km. Fuh...!!!

Bila fikir balik, betapa awesome nya saya waktu tu!

Tapi, actually saya memang suka outdoor activity. Ada juga rasa macam nak bawak my dotter tu utk daki gunung kinabalu. Dah pernah tanya pun dengan agen di sana (kota kinabalu), mereka hanya benarkan kanak-kanak more than 7 years. So, kena tunggu another 1 or 2 years, baru boleh bawak Dian joint my outdoor activity. And, one more i like camping too!

So, back on track!

Nak cerita pasal persiapan saya untuk mendaki gunung fuji yang terkenal dengan 'topi kopiah' sebab bentuknya yang nampak bersalji di atas (masa winterla...). Kat kaki gunung fuji (berdekatan - area) ada tempat macam fun fair tapi mempunyai roller coaster paling curam didunia. So, itu namanya Fuji Q - dah ada dalam wishlist untuk naik itu roller coaster la!.

Mount Fuji, Japan

Nak kata saya buat persiapan fizikal, entahlah...maybe persiapan naik and panjat tangga ke rumah. Sebab, nak ke rumah saya dari train station (Ikuta) kena daki dua bukit kecil and beberapa anak tangga (more than 15?). Nasib baik ada guide masa nak daki gunung nanti. Fuh....!!!

So, just persiapan lahiriah je yang nampak macam: 

1. Beli kasut untuk hiking.

Kasut Treksta...pretty cool!!

2. Wind breaker.

Awesome Mcgregor...snowcrew

3. Beg (Coleman tu..awesome).

Saya memang sangat suka jenama Coleman..

4. Torch light (nak modified sendiri - kata engineer?).

5. Makanan yg simple.

Kasut dan wind breaker beli di bookoff Japan. Bookoff Japan ni macam kedai bundle tapi mutu dan kualiti barang macam di reject shop. Senang cerita, bookoff Japan ni kedai barangan second hand!.

So, perjalanan ke mount fuji dalam 4/5 jam menaiki bus dari terminal utama (Shinjuku). Kami pergi ni ikut pakej di University (khas untuk student), dapat harga murah sikit. Makan semua disediakan dia pertengahan pendakian (sama macam gunung kinabalu).

Doakan saya selamat sampai ke puncak!...amin...semoga Allah memelihara kesihatan saya dan team saya yang nak mendaki kali ni!.

P/S: teringat kawan-kawan lama masa sama-sama mendaki dulu!

Regards, Dr to be - Intan

Thursday, July 25, 2013

Alhamdulillah...anak saya lulus entry exam ke sekolah Ibn Khaldun...

Assalam kawan2,

Harini dah masuk hari Nuzul Al-Quran di Jepun sebab dah masuk 17 Ramadhan 1434H.

In Sha Allah...

Harini jugak saya sangat gembira dan syukur pada Allah yang Maha Esa - anak saya telah lulus entry exam untuk memasuki tahun satu di Sekolah Ibn Khaldun, Shah Alam. Alhamdulillah, dia ambil exam pada 29 june yang lalu. Exam tersebut termasuklah ujian bertulis dalam BI, BM, Maths, Sains dan Agama serta interview face to face. Sekolah ni adalah antara sekolah swasta yang sangat famous dan agak sukar nak mendapatkan 'tempat' sebagai salah seorang studentnya. Butiran sekolah seperti disini.

Logo Sekolah
Barisan kepimpinan sekolah...sejuk mata memandang!
Husband saya kata, masa entry exam haritu, ramai yang datang (lebih 200 kot) tapi dia cuma nak ambil dalam 80 orang (cuma buka empat kelas). Alhamdulillah, memang rezeki anak saya untuk bersekolah di sana. Memang dah impian saya nak masukkan dia ke sekolah swasta berasaskan agama sepenuhnya. terima kasih ya Allah!.

So, dah dapat tempat ni dia kena jugak sekolah di sini. Plan mama untuk PhD jangan risau - at least, dia dah jadi salah seorang student di sana, lepas setahun baru ikut mama pun takpe!. Janji dia dah sah daftar as a student. Susah tu nak dapat masuk sekolah ni.

So, inilah hadiah utk birthday Dian tahun ni!. Semoga Dian akan lebih cemerlang di dunia mahupun akhirat. Mama mungkin tidak mampu nak beri ajaran agama secara menyeluruh tetapi at least, dah ada one step ahead dengan hantar dia sekolah yang berasaskan ilmu agama!. 

Mama nak Dian jadi seorang yang 'selalu ingat Allah'!.

P/S: Gembira tidak terkata!

Regards, Dr to be - Intan

Resepi Lontong dan Sambel Jawa...Made in Johor!!

Assalam kawan-kawan,

Wah...hari raya dah makin hampir. Tapi saya yang duduk jauh dari kampung halaman ni memang sangat-sangat tak terasa. Yelah, di sini (Jepun), mereka manalah tahu pasal Hari Raya!!. So, memang syok sendirilah dengan lagu-lagu raya yang evergreen gitu!.

Inilah yang dipanggil 'LONTONG'
Lontong yg telah dipotong...

Anyway, selalunya bila tiba hari raya, keluarga sebelah suami saya akan masak makanan favourite mereka yang sememangnya 'Made in Jawa'. Oh yea, kebanyakkan orang kita (di Malaysia) selalunya bila sebut 'LONTONG' selalunya terbayangkan: 'Kuah lontong yang warna kuning tu di makan bersama nasi impit'. Itu memang common dan reality. Tapi, hakikatnya (cerita sebenar) kuah lontong tu adalah 'KUAH LODEH' dan kebanyakkan yg sebut kuah lodeh adalah orang Johor je, negeri-negeri lain sure 'LONTONG'!

Tapi, actually, 'LONTONG' menurut orang-orang jawa adalah sejenis nasi yang direbus di dalam gulungan daun pisang. Ia direbus selama 8-12 jam (macam masak ketupat) dan prosesnya kena betul-betul mahir. Sebab, susah juga nak rebus lontong ni, kalau tak betul-betul, berderailah lontong tu dan jadilah seperti pepatah 'nasi sudah menjadi bubur'.

So, saya sendiri pertama kali makan 'LONTONG' dari hasil tangan orang jawa adalah ketika pertama kali datang berkunjung dihari raya ke rumah bakal ibu mertua (masa tula...). Memang serius jakun sangat masa tu sebab sedap sangat my MIL buat, lepas tu makan pulak dengan kuah lodeh, sambal kacang or sambel jawa. 

Lepas dah makan dengan sedapnya, macam biasalah, saya ni kan memang suka memasak, so, ambillah 'ilmu' membuat 'LONTONG' tu dari my MIL. My MIL ajar step by step macam mana cara nak buat 'LONTONG' ni. Alhamdulillah, sampai sekarang, suami juga suka dengan hasil tangan saya!.

Okey, dah tahu sejarah 'LONTONG', barulah boleh masak. Saya nak share cara-cara, petua dan seangkatan dengannya macam mana nak buat 'LONTONG' dan sambel jawa. Sambel Jawa ni pun dah ramai yang menukar resepinya - dah jadi tak asli!. Pernah juga saya beli nasi ambeng di Klang, sambel jawanya dah macam 'sayur capcai'...haha..

Cara nak hasilkan 'LONTONG':

1. Sediakan satu acuan bulat panjang (macam batang tebu tu) as a base untuk bentuk lontong tu nanti.
2. Potong daun pisang secara empat segi. Setiap gulungan harus ada 4-5 lapis (untuk elak pecah).
3. Letak acuan bulat panjang di tengah-tengah dan klip daun kat bawah menggunakan penyungkil gigi tu (make sure patahkan yg bahagian tajam tu). Buat macam nak lipat kuih koci.
4. Nak senang, layukan dulu daun pisang tu - biar dia lembut, senang nak 'decorate', cewah!.
5. Letakkan beras (yg sudah dibasuh) sebanyak 1/4 dari kebesaran daun yang telah dihasilkan tadi (besar lontong depend pada acuan korang tu).
6. Susun dulu semua 'LONTONG' anda dalam periuk (kalau boleh periuk tinggi dan muat-muat utk letak lontong). Susun secara berdiri (menegak ye..). Kalau ada ruang yang kosong (maksudnya 'LONTONG' tak banyak, letaklah apa2 kat tengah periuk, janji semua 'LONTONG' bisa berdiri ketika dimasak!. *jangan baringkan 'LONTONG'...nanti hancur!
7. Lepas tu baru letak air. make sure 'LONTONG' anda semua tenggelam!. 
8. Rebuslah selama (paling cepat dalam 4 jam) kalau boleh 8 jam ke atas (nak tahan lama).
9. Bila dah masak, 'LONTONG' akan seperti (gambar diatas), kalau lembik sikit, try picit-picit bagi padat (jgn picit tengah, picit yang hujung).
10. Tunggu sejuk sikit baru potong okey?.

Now, resepi Sambel Jawa pulak!

Sambel Jawa resepi my MIL
Bahan-bahannya:

A. Perlu digoreng dahulu (ini utk size hidangan dalam 5-6 orang).

1. Tempe (potong dadu).
2. Kentang (potong tiga segi).
3. Tauhu (potong dadu).
4. Suhun.
5. Udang fresh (dalam 10 ekor).

B. Utk tumisan.
*Semua bahan-bahan ni harus di kisar.

1. Bawang Besar (2 biji).
2. Bawang kecil (5 biji).
3. Bawang Putih (4 biji).
4. Halia (sebesar ibu jari kelingking).
5. Lengkuas (sebesar ibu jari kelingking).
6. Sedikit kunyit hidup (sikit je).
7. Belacan (sebesar ibu jari).
8. Ikan bilis (dalam 20grm).
9. Udang kering (dalam 20grm).
10. Cili kering (dalam 20 tangkai) - depend pada tahap kepedasan anda!.
11. Daun limau purut (setangkai - buang yg tengah).

C. Tambahan (potong-potong):

1. Kacang panjang - potong serong.
2. Kubis.
3. Cili besar (merah).
4. Jagung muda.
5. Lobak merah - potong panjang.
6. Tauhu kering - rendam dan potong kecil-kecil.

D. Side:

1. Minyak utk menumis.
2. Garam.
3. Gula.
4. Kicap - yg sedap guna kicap ABC.

Cara memasak:

1. Panaskan minyak. Tumis semua bahan-bahan B (yg telah dikisar) sehingga naik bau - ingat!, mesti sampai masak ye (sebab ada cili kering).
2. Masukkan kicap - jgn banyak, cukup sekadar hitam.
3. Masukkan lobak merah dulu (sebab keras, lama masaknya) diikuti jagung muda, kacang panjang, kubis dan cili besar. Gaul sebati semuanya.
4. Masukkan bahan-bahan A yang telah digorang tadi satu persatu. Maksudnya, masukkan tempe dulu lepas tu gaul, lepas tu masukkan kentang dan gaul dan seterusnya. Gaul semua sebati. Kecilkan api masa ni.
5. Kemudian, masukkan gula dan garam sedikit.
6. Lastly, masukkan tauhu kering yg dah direndam tadi dan gaul lagi.
7. Finally, siap untuk dihidangkan.

Senang tak?. senang je tapi prosesnya rumit sikit tapi inilah resepi dari my MIL yang memang menjadi kegemaran suami saya!

That's all...enjoy..please try it!

P/S: Nanti saya nak share resepi orang Bugis pulak namanya 'BURASAK' dan satu lagi resepi my mak - Ayam Cleo..next entry okies...stay with me!

Regards, Dr to be - Intan

Tuesday, July 23, 2013

Takziah buat keluarga adik Nawal Airis...

Assalam all,

Macam mana puasa?. Dah sampai pertengahan bulan Ramadhan ni..Alhamdulillah, diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk terus bernafas dibulan yang penuh keberkatan ini iaitu bulan Ramdhan Al-Mubarak.

Maybe entry ni agak lambat disiarkan/dikomen oleh saya sebab saya pun baru sedar akan berita ini. Itupun dari FB kawan saya yang share satu catatan tulisan oleh blogger Fynn Jamal. Saya bukan nak komen pasal apa yang ditulis oleh Fynn Jamal tu, saya hanya terpanggil nak komen pasal kealpaan kita sebagai manusia.

Arwah adik Nawal Airis - syurgalah tempatmu wahai anak!

Apa yang telah berlaku kepada keluarga adik Nawal Airis adalah sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Kita tak tahu satu pun apa yang telah/akan diberikan oleh Allah. Kita kena pandang sesuatu itu dari sudut positif. Dan, kita kena ingat, ajal maut, perpisahan semuanya Allah yang tentukan. Tidak ada sesuatu pun yang boleh menghalang apa yang disebut oleh Allah sebagai 'Kun Fayakun'. Kealpaan, cuai ataupun apa saja perkataannya - yang jelas itu hanya simbolik kepada 'punca' kematian/perpisahan. Sebenarnya, memang itulah takdir yang telah Allah tetapkan sejak awal Allah meniupkan 'nyawa' kepada kita ketika dalam rahim kandungan ibu kita.

Tetapi, sebagai insan dan hamba yang lemah ini, tiada upaya kita menahan semua takdir yang telah Allah berikan pada kita. Pada saya cuma satu - berdoalah semoga sentiasa dilindungi oleh Allah!. Maybe itu yang saya 'tertinggal' suatu ketika dulu!.

Bila kematian yang melibatkan nyawa seorang kanak-kanak comel lagi-lagi masih kecil, memang ramai yang tidak tahan menahan sebak dan hiba. Kesian budak sekecil itu (3 years) yang dibiarkan sendirian di dalam kereta dalam waktu yang panas terik (cuaca Malaysia kan?.). Bila difikirkan, ramai yang berpendapat itu salah ibunya - kenapa tak check betul-betul?. Tapi, balik semula pada perenggan saya yang ketiga tu - 'Kun Fayakun'!. Allah dah menetapkan semuanya, cuma mungkin cara kematiannya agak tragis.

Okey, sekarang cuba fikir dari sudut positif. Kenapa Allah beri takdir sebegitu pada keluarga adik Nawal Airis?. Pada pendapat saya, mungkin ini sebagai satu tanda peringatan kepada kita semua (terutamanya di Malaysia - walaupun banyak je kejadian seperti ini di overseas) bahawa kita perlu 'alert' dengan keadaan sekeliling kita. Ini juga mungkin satu petanda dari Allah bahawa, jika kita tidak peka, akan banyak nyawa yang akan melayang dek kerana kes-kes seperti ini!. Allah dah bagi 'hint' dalam kejadian ini. Kalau tidak kerana kejadian ini, saya juga mana mungkin boleh 'teringat' akan keadaan sekeliling. Bawa kereta ikut suka hati padahal ada anak yang sedang duduk dibelakang!.

So, mungkin sudah ramai yang tidak ambil peduli akan keselamatan seperti ini. Walaupun kita tak perasan, tetapi ini mungkin satu 'message' dari Allah supaya kita lebih alert lepas ni!.

Wallahualam...

P/S: Allah Maha Mengetahui segala-galanya... 

Regards, Dr to be - Intan

Sunday, July 21, 2013

Jodoh itu rahsia Allah SWT...

Assalam semua,

Macam mana puasa?. Setakat ini, saya Alhamdulillah...berpuasa penuh.

Puasa di Jepun tidaklah sehebat di UK. Di UK, puasanya dari jam 2:30 pagi hingga jam 9:30 malam. Berpuasa dalam musim panas (summer) memang sangat menguji sebab waktu siang yang panjang. Kami di Jepun berpuasa dari jam 2:45 pagi hingga 7:00 malam (waktu Jepun - beza awal sejam dari Malaysia). Alhamdulillah, itu satu rahmat dari Allah sebab berpuasa dalam keadaan cuaca yang panas memberikan kita pengajaran dan peringatan bahawa betapa peritnya orang-orang yang berpuasa di kawasan gurun, sahara mahupun padang pasir. So, sentiasalah bersyukur dengan apa yang Allah dah tentukan untuk kita.

Allah Maha mengetahui segala-galanya...

Harini saya nak bercerita pasal pernikahan Abby Abadi dan Farhan (suaminya-lahir tahun 1989). Secara keseluruhannya, saya sangat kagum dengan perubahan Abby. Dulu, masa mula-mula dia 'berhijrah' ke arah yang lebih baik (bertudung dan sama-sama berdakwah), ramai orang (tak semua) cuba nak jatuhkan dia, kutuk dia dan sebagainya. Tapi, masa itu, saya tak amik port pun sebab pada saya, biarlah dia nak 'berhijrah', apa salahnya. Macam-macam issue Abby kena, isu tak pandai cakapla, ikut salah dakwahla, ikut parti politikla, issue kening la dan macam-macam.

Abby dan suaminya Farhan, they are soo sweet!

Tapi, secara peribadi, saya menilai dengan mata hati dan akal, dia memang benar-benar telah berubah!

Saya tak tahu hati dia (hanya Allah yg Maha Mengetahui) tetapi secara fizikalnya, Abby ni sangat positif dengan apa yang dia alami. Kita boleh renung dan lihat sendiri bagaimana positifnya dia (jangan tengok sudut lain) boleh baik (sangat baik) dengan isteri bekas suaminya. Mereka sangat baik, boleh bergambar bersama, bercuti bersama tanpa ada rasa benci dan dendam. Saya secara jujurnya boleh kata, kalau diri sayalah, belum tentu lagi saya boleh jadi sekuat Abby Abadi!. Dia berkorban demi anak-anak. 

Abby, suami dan anak2 abby...semoga bahagia till jannah...aminn!!

Kalau nak ikutkan, perempuan mana yang boleh sabar bila bekas suami bermesra dengan isteri barunya. Anda sanggup?. Kalau saya, demi Allah, belum tentu lagi! (tapi dalam hati berdoa semoga saya boleh jadi sekuat dia) sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku akan datang. Allah beri ujian pada kita dalam pelbagai bentuk yang kita sendiri pun tidak pernah terfikir dengan akal fikiran kita!. So, sentiasalah bersiap sedia baik dari segi rohani dan fizikal. Tapi, kena ingat setiap ujian Allah itu pasti ada hikmah disebaliknya dan Allah hanya akan uji kita mengikut apa kemampuan kita. Yang penting, sentiasalah berdoa semoga Allah melindungi kita dari apa-apa jua bentuk kesusahan samada di dunia mahupun akhirat. 

Baik, bercakap mengenai pernikahan Abby dan Farhan. Saya sangat kagum dengan keluhuran Abby dan Farhan lagi-lagi suaminya, Farhan kerana bersedia menerima Abby seadanya. Sebab itu tajuk entry saya kali ini adalah "Jodoh itu rahsia Allah SWT". Kita tak tahu jodoh kita sebenarnya. Kata-kata jodoh itu rahsia Allah juga pernah disebut oleh pelakon/pengacara Irma Hasmie. Saya juga dulu tidak menyangka yang jodoh saya adalah suami saya sekarang. Walaupun sebelum mengenalinya, saya bukan main rak lagi bercinta dengan orang lain. Tapi, kalau Allah dah kata dia jodoh kita, ia akan tetap jadi jodoh kita - Kun Fayakun!. Walau apa orang nak kata ketika itu, tiada siapa boleh membantah jodoh yang Allah sudah tetapkan.

Persoalannya, jodoh itu tidak mengira pangkat, keturunan, umur, kekayaan mahupun bangsa. Nabi Muhammad sendiri bernikah dengan Saiyidina Siti Khatijah yang jauh lebih tua dari baginda. Sebab itu, klasiknya perkataan "Jodoh itu rahsia Allah SWT".

Pada hemahnya, perkahwinan itu adalah sesuatu yang indah, seronok dan bahagia apabila seseorang itu mengalaminya. Ianya sesuatu yang susah hendak digambarkan dengan kata-kata!. Jika berkahwin atas niat kerana Allah SWT, In Sha Allah akan mendapat kenikmatan erti perkahwinan tetapi sebaliknya kalu berkahwin demi kerana nafsu, akan dapat dua perkara; 1) Kepuasan nafsu 2) Kenikmatan dunia. 

Senjata untuk mendapatkan jodoh yang baik adalah DOA!. Sesuai dengan firman Allah dalam Surah Al-A'raf (Ayat 55 dan 56) yang bermaksud:

"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di atas muka bumi sesudah (Allah) memperbaikinya, dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang yang berbuat baik"

P/S: Tahniah buat Abby Abadi dan suaminya Farhan!. Semoga perkahwinan ini kekal hingga syurga, aminn!!

Regards, Dr to be - Intan

Thursday, July 18, 2013

Selamat Hari Lahir anakku Dian...

Assalam all,

Hari ini ~~ 18 Julai 2013 adalah hari kelahiran anakku Dian Zharifah Soraya yang ke-enam tahun!

Alhamdulillah, dia semakin membesar menjadi seorang gadis yang comel dan cantik serta bijak!. 

My hubby and Dian

My beautiful girl Dian Zharifah Soraya

mama and Dian

Bila difikir dan direnung, sudah enam tahun saya tidak mengandung dan tiba-tiba terasa nak mengandung dan melahirkan. Saya dan hubby pun ada terfikir, kesian pula kat Dian sebab dia keseorangan, kalau ada adik, ada juga peneman. Selalu juga saya tanya dia, dia nak adik boy or girl..dia dengan sepantas kilat bagitau, nak baby girl. My hubby pula nak baby boy, sudahnya, gaduh la papa and Dian!.

Tapi, satu je...rezeki Allah tu ada dimana-mana. Kalau Allah kata  dapat anak cepat, cepatlah, kalau lambat, lambatlah. Yang kita boleh buat hanya berusaha, berdoa dan bertawakal!

Apapun, saya berada jauh dari pandangan Dian - so, memang tak dapat nak celebrate birthday dia!. Sedih juga, sebab setiap tahun, kami akan celebrate birthday sama-sama, samada makan diluar, potong kek mahupun buat majlis harijadi utk dia. Tahun ni pula, birthday dia jatuh dalam bulan ramadhan, so memang takde planning la. Tapi, maybe harini papanya bawa keluar iftar di luar sambil beli sepotong kek (cukupla).

Sempena hari kelahiran Dian yang ke-enam ni, mama nak mengucapkan selamat harijadi, semoga sentiasa dilindungi oleh Allah SWT, mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat dan menjadi anak solehah untuk mendoakan mama&papa kelak!.

Sesungguhnya, Allah telah berpesan dalam Surah Ali-Imran (ayat 139) yang bermaksud:

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman"

Saya quote kata-kata Allah dalam Surah Ali-Imran ini kerana ianya ada berkaitan dengan buku yang pernah saya baca "La Tahzan" (iaitu jangan bersedih). Dimana, tidak ada gunanya kita bersedih dengan apa jua yang menimpa diri kita, cubalah bertenang dan bertaubat kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat serta amal makruf, nahi mungkar.

Pendekatannya sama seperti "orang yang berbuat jahat/salah justeru bertaubat, (ingatlah, Allah Maha Penerima Taubat) jauh lebih baik dari orang yang tidak pernah (perasaan dia) berbuat salah tetapi tidak pernah mohon pengampunan dari Allah, dan sering menunding jari mengata/mengumpat orang yang jahat/salah"

Sebenarnya, itu "La Tahzan" tu adalah buku pendekatan ilmiah untuk saya untuk berubah ke arah yang lebih baik. Kerana sebelum ini, saya terlalu bersedih dan kecewa dengan apa yang pernah saya alami. Tapi, alhamdulillah, kasih sayang Allah itu sangat besar!. 

Sebab itu saya cuba untuk menghuraikan isi maksud kata-kata Allah ini dengan anak saya, walaupun dia tak berapa faham, tapi satu hari nanti dia akan juga faham!. Itu DOA saya!

P/S; Sempena bulan Ramdhan ini, saya bermohon pada Allah SWT agar Dia mengampunkan semua dosa dan kesalahan saya yang telah lalu. Terimalah segala amalan dan taubat dari hambMu yang hina ini, ya Allah, Tuhan Semesta Alam.

Regards, Dr to be - Intan

Sunday, July 07, 2013

Saya tak lalu nak makan...

Assalam kawan2,

Saya sedang final review thesis master saya. Tak habis2, dah 3x review by my SV tp tak siap2 jugak. Jangka hantar pada 10th June ni (siap hardcover) tapi masih in review. Fuh..takut jugak ni. Will pray for that, hope success until the end.

My beauty Dian...
Sejak 2-3 hari ni saya tak lalu makan. Sehari, sekali je makan itupun biskut kering n air teh/cocoa/coffee. Entahla, saya takla berdiet sangat tapi memang takde mood nak makan. Perut pun tak rasa lapar, entahlah, susah nak describe. Sekarang dah summer kat Japan, agak panas jugak, suhu dah berada 30 celcius. Kurang sikit je panasnya dari Malaysia - tapi still panas la. Makanan pun dah tak berapa tahan, lepas masak kena masukkan dalam fridge sebab takut rosak. Yelah, sayang kan kalau rosak, dahlah paste dari Malaysia, susah nak dapat.
My beloved husband..I Love u soo much..

Saya tak lalu nak makan maybe sebab selalu teringat kat hubby and my dotter tu. Saya kesian kat my hubby sebab dia tak pandai masak. Selalu dia bg gambar di whatsapp, gambar dia masak yang entah apa2 je. Saya sedih, kadang2 dia masak maggie je, itupun kuah punya la banyak. Dulu, saya memang masakkan untuk my family. Maggie pun saya yang masakkan, saya tak bagi hubby yang masak sebab dia memang tak pandai masak. Sekarang, dia terpaksa masak sebab katanya boring asyik makan kat luar je.

Kalau ikutkan memang dia lama pernah jadi bujang, sampai umur dia 28thn kot. Tapi sebab masa dia bujang, ada 'tukang masak' yang akan masakkan untuk dia, so, memang dia takde experience masak sendiri. Saya faham sangat sikap hubby saya tu. Kalau dia kata dia tak suka, memang dia takkan buat.

Sebab itu, bila saya masak kat sini, saya rasa sedih sebab hubby selalu kata 'dah lama tak makan sayang masak..'. Saya selalu nangis dan sedih bila hubby cakap macam tu. Mana taknya, tanggungjawab saya untuk masak untuk dia tak dapat saya penuhi.

Tapi saya janji dengan diri saya, ini untuk setahun je. Lepas saya grad, saya sure akan balik.

Maybe ini masa untuk saya muhasabah diri. Setahun berjauhan dari hubby n anak, membuatkan saya banyak berfikir dan menilai sejauh mana keikhlasan saya dan hubby. Banyak dugaan dan cabaran yg kami tempuhi bersama, mana mungkin saya tak ikhlas sayangkan husband saya. Itu tidak mungkin kerana Allah dah beri perasaan sayang saya ini sejak pertama kali saya jumpa husband. Dah itu takdir dan jodoh saya, mana bisa menolak Qodo' dan Qadar dari Allah.

Tapi, seriusly, memang saya tak lalu nak makan. Macam mana saya nak makan kalau setiap kali nak makan, asyik teringat family kat Malaysia??

Apapun, semoga Allah merahmati 'perantauan' ini. Ini semua dari Allah SWT. Dari Dia kita datang dan kepada Dia juga kita akan balik. Semoga Allah memaafkan segala keterlanjuran dosa diri ini, suami, keluarga dan sahabat2 saya. Semoga hidayah Allah berkekalan dalam jiwa dan sanubari ini. Amin..

Mood: Tak dapat digambarkan dengan kata2 perasaan saya nak masuk bulan ramadhan ni - sedih, gembira, riang???. Selalunya saya happy sebab banyak menu best2 saya nak buat untuk hubby n anak tapi???

Regards, Dr to be - Intan

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...